46

10.8K 1K 192
                                    

-It will take decades to forget
best friend, the person who has
created a big impact in my life-

-It will take decades to forgetbest friend, the person who hascreated a big impact in my life-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 tahun kemudian...

"Hui anak-anak!" jerit Theo kuat sambil berlari anak ke arah Ethan. Beberapa orang di dalam kafe itu memandang ke arah Theo.

"Aku seorang saja tahu dekat sini. Siapa anak kau?" Ethan menggodak jus epal di dalam gelas dengan straw. Theo mengambil tempat duduk dihadapan Ethan.

"Sampai hati kau. Aku dari kecil jaga kau tahu." Theo mengelap air mata palsunya yang sempat dituang sedikit ke pipinya menggunakan air mineral yang dirembat di meja sebelah.

"Kau jangan tiber boleh, tak?" Ethan sudah malas melayan. Lima tahun sudah berlalu tetapi perangai Theo masih tidak berubah.

Salah. Sepuluh tahun sudah berlalu tetapi perangai kanak-kanak Theo masih terbawa-bawa sehingga kini.

"Sampai hati kau. Kecil hati mak tahu." Theo membuat muka sayu.

"Tiber." kata Ethan.

Theo tergelak kecil.

"Lucas dengan Jay mana?" tanya Theo. Gelas Ethan dicapai lalu diteguk jus epal itu sehingga setengah. Ethan menahan sabar sahaja.

"Waiter!" Ethan mengangkat separa tinggi tangannya. Seorang pelayan mendekati meja mereka.

"Yes? Boleh saya bantu?" tanya pelayan tersebut dengan senyuman dibibir.

"Saya nak tiga jus epal." pinta Ethan. Dia menarik senyuman nipis. Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Hoi aku tanya ini!" kata Theo kepada Ethan.

"Sabar, kambing. Sabar." balas Ethan geram. Ada karang yang makan tapak kasut dia nanti.

Theo mencebik.

"Lucas dengan Jay mana?" tanya Theo sekali lagi.

"Entah."

"Stupid betul. Tadi bukan main suruh aku sabar. Bila aku tanya sekali lagi dia jawab entah. Tadi macam tahu sangat." bebel Theo perlahan.

Ethan buat tidak dengar sahaja. Kau orang kena faham istilah perlahan bagi Theo itu sampai meja sebelah boleh dengar apa yang Theo cakap. Kalau kuat pula satu kafe boleh dengar.

"Yow." tegur Lucas yang baru tiba. Kelihatan ada dua orang bodyguard di sisinya.

"Shuh! Duduk jauh-jauh!" Lucas menghalau bodyguardnya. Kurang adab ini anak. Bodyguard tersebut mengambil tempat jarak satu meja dari mereka.

"Hey, sayang!" tegur Theo ceria. Lucas pandang Theo.

"Tiber." Lucas mengambil tempat duduk di sebelah Ethan. Theo membuat muka masam.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now