• Two •

51 6 3
                                    

Pada pagi yang cerah dan indah, seorang lelaki yang hensem lagikan kacak bergaya sedang lena beradu(tidur) di atas katil bersaiz King.

"Tuanku, bangun. Kita bersantap(makan)" tegur seorang gadis. Tapi apakan daya, suara dia merdu sangat. Mana la budak tu nak bangun.

"Tuankuuu" panggil gadis tu lagi.

"Nanti la Cob bangun ommaa" kata Joonyoung sambil memeluk bantal goleknya dengan erat.

"Celah mana pulak aku jadi mak dia ni?" tanya gadis tersebut pada tiang katil. Tiang katil hanya diam sahaja tanda tak tau.

"Kau pon tiang. Tak membantu langsung. Dah bertahun tahun tinggal ngan tuan kau sendiri pon taktau. Cih podah!" aku rasa pompuan tu dah gila ghamaknya.

"Tuankuuu. Bangunlaaa. Dah pagi ni, nanti makanan sejuk" kata perempuan tu sehabis lembut. Nak je dia ucap innalillah kat situ.

"Ha yela yela" Joonyoung menenyeh matanya seperti budak kecik baru bangun tidur. Baru je sedap mimpi tinggal dekat istana coklat. Kacau je

"Ha bangun pon tuanku. Tuanku pergi mandi and boleh bersantap dekat bawah dengan sepupu sepupu tuanku. Or tuanku nak makan dekat dalam bilik?"

"Takpe takpe. Nanti Cob turun bawah" kata Joonyoung dengan mamainya. Dia tak sedor lagi ke ; - ;

"Okay" perempuan tersebut keluar dari kamar Joonyoung lalu ke kitchen. Joonyoung bangun untuk masuk ke kamar mandi-

"Apesal besar sangat tandas rumah aku ni? Sejak bila omma make over" Joonyoung menayang muka cemberutnya sebelum sambung bersiram(mandi). Bukan siram pokok ye anuck anuck.

Manakala di bawah pula

"Tuanku, ada apa apa lagi yang tuanku nak?" tegur dayang.

"Anni" jawab Younghoon sepatah. Dia still terkejut tu. Mata dia selalu melilau kiri kanan depan belakang atas bawah. Terkejut sebab dia ada dekat istana sekarang ni. Istana sape pulak dia sampai ni.

"Macam mana kita boleh jadi raja ni?" tanya Chanhee. Yang lain mula kaku. Lidah Sangyeon pulak kelu. Taktau nak balas apa. Dia pon tak tau apa yang jadi.

"Tuanku?" tanya lagi seorang dayang dengan pelik. Dah kenapa ngan raja raja ni. Kena amnesia ke apa.

"Boleh kitorang tanya?" tanya Juyeon dengan sopan. Dayang tu pulak makin curiga.

"Emm ya?"

"Ni tahun berapa?" Juyeon menanya.

"2020?" jawab dayang tersebut. Diorang mula menghembus nafas lega. Ingatkan diorang dekat zaman dulu ke zaman akan datang ke.

"Kenapa?"

"Ah takde pape pon. Saje tanya" jawab Juyeon sambil tersengih kearah dayang tersebut.

"Okay" dayang terus melangkah ke dapur.

"Ni real ke wei? Mimpi? Kebin hyung, tampar aku cepat!" kata Haknyeon sambil menunjuk pipinya kepada Hyungseo yang duduk disebelahnya. Hyungseo pula dengan senang hati menampar jejaka tampan tersebut dengan kuat.

"Hadoi!" sakit. Maknanya bukan mimpi la.

"Apa kita nak buat?" Changmin menanya.

"Jadi jela raja" kata Sunwoo dengan gaya swagnya sambil makan pancake yang sedia ada atas meja diorang.

"Er korang. Apa jadi?" Joonyoung yang baru je sampai dekat meja tersebut terus menanya soalan lebih dari KBAT.

"Tuanku, appa tuanku nak jumpa" kata seorang pengawal yang hensem lalu tunduk 90°. Haih, pengawal pon ensem. Macam mane la nak kawal laki laki aku nanti. Mereka semua dibawa ke bilik besar.

"Appa?" tanya Sunwoo dengan terkedu.

"Aku akan anggap semua ni mimpi" kata Hyunjae dan juga Chanhee serentak. Sebab? Appa diorang bertiga terlibat dalam kemalangan jalan raya yang bawak maut. Appa Younghoon pon ada tapi dia sempat lompat keluar dari kereta. Dia dah tak sempat nak selamatkan kawan kawan baik dia. Diorang bertiga memeluk appa diorang dengan erat.

"Eh? Kenapa ngan anak appa ni?" pelik juga dia ngan anak dia yang sorang ni. Tetiba nangis lepas peluk. Goodjob korang, goodjob. Dengan itu, author menangis terharu sambil menepuk tangan dengan bangganya melihat laki laki dia yang hensem tu pandai berlakon.

"Di-Diorang rindu je kot ahjussi" Hyungseo menjawab dengan pantas. Diorang semua pon tau apa yang berlaku.

"Aik. Baru je seharian appa pegi main takraw ngan yang lain dah rindu?" setelah pertanyaan tersebut keluar, diorang bertiga menggaru kepala dengan kekok.

"Ada apa appa panggil kitorang?" Younghoon cuba untuk mengubah topik.

"Oh ya. Kamu semua takde apa apa yang nak buat kan harini?" The Boyz pulak hanya menggeleng. Bukannya diorang tau apa yang ada.

"Bagusla. Memandangkan kamu semua dah ambik alih kerja kitorang, kamu semua ditugaskan untuk memberi bantuan kepada kesemua penduduk kampung yang tinggal kat sini" kata appa Hyungseo.

"Beri bantuan?"

Meanwhile

Perkampungan Jahaneum

"Eh? Kita kat mana ni?" tanya seorang lelaki yang hensem. Eh ni laki aku ni-

"Semua orang laki kau kalau kena ngan taste kau" sempat si cameraman ni menyampuk. Eh ade je kau. Nasib je la dapat cameraman banyak mulut ni. Lenkali aku kena cari camerama bisu agaknya.

"Ni macam.. kampung?"

"Kampung?" dia melihat pakaian yang diorang pakai. Semuanya trend zaman dulu. Buruk.

"Oh mai godeu, Chihoon hyung! Real ke ni?!" tanya Woongi dengan gaya gediknya. Tapi tetap comel hiks *lap air mata palsu*

"Weh J.You. Tampar aku cepat" Chanhyuk berkata sambil menunjuk pipinya. Tanpa rasa bersalah, Jeyou menamparnya dengan lembut.

"Tak sakit. Fuh mimpi agaknya" Chanhyuk mengeluh lega.

"Eh sorry sorry. Aku tertampar hyung slow la tadi. Tangan tetiba bengkok pulak" kalini Jeyou menampar Chan dengan kuat sampai boleh dengar author ketuk kuali- k takde kena mengena.

"Sakit bahlul" amboi mulut. Anda masih budak ya. Saya tampar satgi.

"Ha sakit. Tak mimpi la kan" Minsu menanya sebelum dia sedar sesuatu.

"WHAT?! REAL?! MUSTAHILLLL" hamek kau. Kalah Jaeyun ;-;

"Tapi... kita nak tinggal kat mana?" Sungmin menanya.

"Em.." Jaeyun berfikir dengan dalam. Susah sebenarnya kalau jadi leader ni. Semua benda susah ditanya kat dia. Kesian

"Takpe macam ni. Kita tinggal je dulu kat sini, lepastu kita plan cara cari balik diri sebenar kita" Jaeyun berkata. Dia pon takde idea lagi nak buat apa.

"Kita mane la kenal rumah memasing. Cene nak cari?" Kyungho menanya. Jaeyun sekali lagi berfikir. Belum sempat Jaeyun nak bukak mulut, Jisu dah potong duku.

*dulu

"Tanye la orang" walaupun benda tu susah diorang nak buat, kena la try kalau nak tau hasil kan. Diorang mula berjalan ke arah jalan besar berpasir. Kena jalan kaki ler maknenye. Diorang tengok sekeliling takde pulak kereta kuda ke lembu ke labu ke.

"Weh weh. Ada orang la kat situ. Donggeon hyung. Pegila tanya" Sungmin menolak bahu Donggeon kedepan seperti dalam drama yang selalu adeee je kes membuli senior sendiri.

"Eh asal aku pulak kena?" Donggeon bertanya tak puas hati.

"Sebab author tak bagi skrip kat hyung untuk chap kalini. Saje nak jadi murah hati. Babtu bagi chance ni" jawab Sungmin semula. Author pulak hanya menayang poker face bersama peng'orchestra yang lain. Murah hati la sangat.

"Em excuse me. Beta- Ah i mean saya nak tanya, mana rumah kitorang eah?" tanya Donggeon dengan sopan walaupun nampak biadap.

"Saya? pfft- sejak bila kau jadi sopan santun ni Donggie? Amnesia ke?" tanya pemuda tersebut. Diorang pula memandang antara satu sama lain manakala Donggeon hanya memandang kearah gula dikedai runcit sebab dia taktau nak tengok kat mana

To be continue

The Real King 《더보이즈 원어스 티오원》Where stories live. Discover now