•Three•

43 5 13
                                    

"Haah amnesia. Terlanggar pokok tadi" Jisu menjawab. TOO pulak hanya mengiyakan sahaja walaupun alasan tu tak munasabah langsung ;-;

"Biar betul kau ni" jawab Youngjo.

"Takpela. Tunjuk je jalan kat diorang Ravn hyung" kata Hwanwoong. Youngjo pun apa lagi dah kalau kesayangan dia suruh camtu an *lekmun*

"Ha meh meh" Keonhee mengajak diorang semua untuk kerumah masing masing. TOO mengikut Oneus dari belakang. Diam je dari tadi.

"Macam mana korang boleh terlanggar pokok ni? Sampai amnesia bagai. Rumah sendiri pon dah tak kenal" Gunmin bertanya. Yang lain pulak buat muka nesen je.

"Entahla. Tak ingat" Chihoon menjawab. Dah amnesia mane la nak ingat.

"Pulak. Ha ni rumah kau Jyou. Belah tu rumah Chan. Dah shuh shuh pegi balik. Nanti bising pulak omma kau" Gunhak berkata dan lebih kepada menghalau sebenarnya. Jeyou dan Chanhyuk mengangguk lalu masuk kerumah berlainan.

"Woi. Salah tu. Aku dah tunjuk leklok dah tadi" Gunhak menggeleng kepalanya. Chanhyuk dan juga Jeyou bertukar rumah semula lalu masuk dengan kekok.

"Apa nak jadi ler" Dongju berkata. Pelik dia bila tengok hyung dia tu.

"Rumah Chihoon lak kat sini and bla bla bla" Oneus menunjuk rumah masing masing.

"Okay mekasih" kata Jaeyun lalu masuk kerumahnya meninggalkan Oneus dengan kebingungan yang semakin bingung bila tengok TOO yang sediakala bingung yang membingung paling bingung dekat tempat bingung sambil terbingung disitu.

"Dah ler. Takyah fikir sangat pasal diorang tu. Pelik pelik je. Jom la balik" Hwanwoong berkata. Yang lain mengangguk lalu pulang kerumah.

Rumah Jeyou

"Maaa" Jeyou memanggil ibunya. Tapi takde sahutan.

"Kau tak rindu laki kau ke?" kedengaran suara seseorang sedang bercakap disebalik pintu. Jeyou pe lagi. Dah kalau ada yang nak membawang, terus je dia pergi skodeng.

"Rindu memang rindu. Tapi nak buat camne kan. Arwah meninggal sebab Tuhan lagi sayang dia. Kalau aku tak paksa dia pergi beli tepung dalam hujan sebab dah nak raya haritu, mesti dia masih ada kat tepi aku" Puan Kim berkata dengan nada sedih. Jeyou yang terdengar perbualan tersebut terkejut.

"Papa.. Dah takde?" dia keluar dari rumah dan terus kerumah sebelah. Rumah Chanhyuk.

Tok tok tokkkkkk

Jeyou mula memanggil atok didalam rumah tersebut. Okay guro-

"Chan hyung!" Jeyou berterusan mengetuk pintu tersebut. Nak pergi rumah orang lain, dia taktau.

"Apa bende la" Chanhyuk membuka pintu tersebut. Mahu roboh rumah tu kalau dia tak rajinkan diri bangun dari sofa tadi.

"Dunia kat sini berbeza"

"Apa maksud kau?" Chanhyuk berkata. Pelik dia tau *suara gedik*

"Papa Jyou takde"

"Aik? Pergi mana?" Chanhyuk yang masih blur tersebut hanya bertanya dengan muka yang sengaja dibengongkan.

"Syurga" dengan susah payahnya Chanhyuk membetulkan wayar otaknya untuk memahami maksud Jeyou tersebut. Setelah siap wayar dia jadi lurus, baru lah dia faham.

"Aku harap kau dapat tahan untuk sementara. Nanti kita cari jalan balik dekat tempat asal kita" Chanhyuk menepuk bahu Jeyou untuk menaikkan semangatnya semula. Untuk pengetahuan korang, Jeyou adalah anak emas ayahnya. Memang anak bapak. Kalau jumpa, nampak macam kawan rapat.

"Nae hyung"

Rumah Oneus

"Yah Son Dongju!" kedengaran suara Hwanwoong bergema dirumah tersebut. Ya, diorang duduk sekali. Appa Youngjo yang belanja rumah tu untuk diorang duduk. Tapi bil elektrik ngan air bayar sendiri hohoho kurang masin betul.

"Apa bising bising ni?" Gunhak menegurnya.

"Xion tuuu. Dia letak stoking busuk dia dalam bekas pensel aku!"

"Hey. My stoking is wangi lagikan harum okay" Dongju berkata. Hwanwoong pula hanya menjelingnya. Dah penat nak bertekak ngan budak tu. Asyik kalah je.

"Tak payah layan sangat la budak tu. Takkan la Woongie tak biasa lagi" Youngjo berkata sambil menepuk kepala Hwanwoong perlahan.

"Asyik dia je menang heh" Hwanwoong merenung Dongju sedalam dalamnya. Tapi ape la yang Dongju kesah. Dia buat derk je. Daser budak

"Baik korang berbaik sebelum aku tak masak untuk korang berdua" Gunmin mula menyelit. Bukan apa, dia pon dah masak sangat.

"Taknak" jawab diorang berdua serentak.

"Dalam masa 1 saat, mintak maaf sekarang!"

"Mengalah je la" Youngjo berkata. Dia duduk disofa bersama Gunhak.

"Taknak"

"Malam ni ngan pagi esok, korang berdua tak payah makan. Duduk dalam bilik je. Jangan keluar sebelum pukul 5 petang" Gunmin melangkah masuk kedalam bilik stor untuk mencari kunci bilik. Fuh kejem ;-; Seingat aku la, aku takde bagi skrip camni kat dia. Dia nak balas dendam ke apa.

"Lelele makin kecik la kau nanti Woong~" Keonhee berkata dengan sedikit gaya gediknya. Tetap cumil di mata author.

"Sudah sudah la tu Keon. Nanti kau pulak yang tak dapat makan" Gunhak berkata sambil matanya menatap tv. Tengah tengok road to kingdom. Oneus tengah perform lagu Be Mine by Infinite.

"Hensem wo Rameo tuuuu" Youngjo berkata sambil berfanboying. Gunhak pula hanya menatap manusia yang bernama 'Rameo' tanpa sebarang perasaan.

"Dah masuk bilik cepat!" Gunmin berkata. Dongju dan Hwanwoong memasuki bilik yang sama. Diorang kena duk sama sama kalau bergaduh. Biar berbaik gittew. Lepas kunci je pintu tu, terus dengar diorang sambung bertekak.

"Hyung punya pasal lah ni!"

"Eh aku pulak. Kau la!"

"Ha! Sambung gaduh lagi. Sampai malas besok pon aku tak bagi makan!" Gunmin memberi warning yang begitu menggerunkan bagi aku. Gunmin memandang mataku dengan tajam lalu aku buat buat baca buku. Lepas Gunmin blah baru aku perasan aku baca buku terbalik. Buku Math pulak tu.

Lepas Gunmin bagi warning, terus diorang berdua diam. Takut mati kebulur ler tiu.

Dengan serta merta Gunmin jatuh tergolek tanpa ada angin ribut petir menyambar sume tetuba je jatuh bersama potato chips honey cheese. Youngjo, Keonhee and Gunhak be like:

"Tu la. Tuhan dah cakap tak baik balas dendam kat orang kan dah kena balik kat kita"

"Let me help you. Are you okay, chips?"

"Ha biarkan je dia duk situ sampai besok pagi. Jom sambung tengok cite Disbilable Me ni"

"Bukan Disbilable, Dispicable bongok"

"Alah sama lah tu" dengan itu, Lee Gunmin yang malang itu hanya ditinggalkan disitu dengan keaadan yang sangat embarrassment.

Aku pon malu tengok dia ni

"Suda ler. Aku nak menyendue" Gunmin bangun dari lantai tersebut dan masuk ke dalam biliknya.

"WOI DAH TU SAPE NAK BERSIHKAN POTATO  NI HA. NAK LARI PON AGAK AGAK AH" Youngjo mula membuka luas kerongkongnya untuk menjerit. Haih peshtaim saye nampok awok jerit cenggini tau. Buruk ya ampun. Tetap hensem.

To be continue

The Real King 《더보이즈 원어스 티오원》Where stories live. Discover now