BAB 1

62 3 0
                                    

"Berikan aku secebis kasihmu"

🍁🍁🍁

"LYDIA."

Seru suara dari arah kanannya yang memaksa Lydia untuk berpaling. Senyuman terukir di bibir.

"Sha, kau dah sihat?" soal Lydia kepada sahabatnya Asha Amani. Sejak dia berpindah ke highschool twightlight hanya Asha yang seakan menerimanya di kelas 5 Sains Tulen 1.

Asha mengukir senyum lalu mengangguk perlahan. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.

"Tapi kau masih pucat Sha. Dahlah tu jadi atlet. Kalau adik kau tahu macam mana?" kata Lydia bernada risau.

Manakan tidak, tiga hari lepas Asha pengsan di tengah padang semasa latihan larian untuk ke peringkat negeri sehingga dimasukkan ke hospital.

"Takde apalah, Asha ok," kata Asha lagi sambil mengeluarkan buku nota kecilnya .

"Betul ni?" soal Lydia meminta kepastian. Kerana, wajahnya tidak seiring dengan apa yang dipeerkatan.

Asha mengangguk pasti.

🍁🍁🍁

"Ash, we done."

Kata-kata Nadia tempoh hari benar-benar melukakan hatinya. Perhubungan yang hampir mencecah 1 tahun terbuang begitu saja. Dimana silapnya dia jugak kurang pasti. Namun, apa yang dia tahu. Hati Nadia berubah arah. Mudahnya!

"Jauh termenung," tegur Iyad yang merupakan sahabatnya. Tetapi, Iyad atau nama sebenarnya Nik Izyad Danial merupakan pelajar tingkatan enam.

Ash atau nama sebenarnya Ashraf Aiman memandang ke arah suara tersebut.

"Takdelah, mana tahu aku lepak sini?" soal Ashraf.

Iyad senyum.

"Ni pun tempat aku lepak kalau aku susah hati. So, kenapa?" soal Iyad lagi. Dia dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena akan sahabatnya ini. Tetapi, dia tidak boleh meneka hal apa.

"Takde apalah, saje lepak sini. Best jugak," dalih Ashraf. Wajahnya tidak memandang Iyad ketika bercakap sebaliknya memandang padang yang seluas alam.

Iyad senyum nipis. Rasanya dia tahu?

"Pasal Nadia?" teka Iyad. Ashraf senyum hambar.

"Kitorang dah putus semalam," kata Ashraf memulakan cerita. Dia memang tak boleh berahsia dengan Iyad. Gagal!

Iyad mengerutkan dahinya. Pelik. Padahal semua tahu bagaimana Nadia dan Ashraf bercinta. Tetapi hari ini, lain pula yang didengarnya.

"Kenapa korang putus?" soal Iyad ingin tahu. Mesti bersebab. Kalau tak, itu sangat mustahil. Putusa tanpa sebab? sangatlah bodoh!

"Dia tak cakap apa-apa pun," jawab Ashraf selamba. Walhal dia tahu sebabnya.

"Takpelah Ash, bukan jodoh kau. Lagipun, kita masih muda. Banyak hal yang kita kena lalui lagi. Sabar ok bro?" ujar Iyad sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

Ashraf senyum hambar.

"Yelah."

TBC..

LYDIASHRAF

LYDIA AYUNI

ASHRAF AIMAN

ASHA AMANI

RAFIQ AIDAN

IZYAD DANIAL

FATIHAH HANIS

ABAIKAN SEGALA TYPO!
ENJOY BOOK 4.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LYDIASHRAFWhere stories live. Discover now