3

21 5 10
                                    

"Nah," Taehyung menghulurkan sebotol air mineral kepada Jiyeon.

"Gomawo."

Dia belanja aku makan ramen dekat 7E.

Aku lapar gila siao. Dari tengah hari aku tak makan apa-apa. Nak makan dekat rumah? Hm itu cari nahas namanya.

"Erm, kau ok?" Taehyung bertanya.

Wajah Jiyeon yang pucat itu membuatkan Taehyung risau.

"Aku ok? Yah! Patutnya aku yang kena tanya kau benda tu!" Aku memandangnya tidak puas hati.

Taehyung tersengih lalu mencubit pipi Jiyeon. Ei comelnya dia membebel!!!

"Tadi muka kau pucat tapi dah ok kot sekarang, pink-pink gitu."

Aku menutup kedua-dua belah pipi aku yang membahang. Dasar anak kim.

Sisa-sisa kuah ramen aku hirup sehingga titis yang terakhir. Ahhh nikmat.

"So, apa yang jadi tadi sebernanya? Kenapa kau ada dekat situ?" soalku.

Takkanlah dia nak jadi customer aku pula kan. Mahu disebat oleh Uncle Kim.

Taehyung berfikir sejenak.

"Panjang ceritanya, kalau nak cerita pun entah-entah sampai esok baru habis."

"Ala cerita je laa," bahunya aku goncang-goncang.

"Kau ada masa ke?"

"Errm," aku mengerling jam digital milik Taehyung.

4:17 a.m.

ALAMAK PUKUL 4:30 SEPATUTNYA AKU DAH KENA SAMPAI RUMAH

Aku bangun lalu tunduk kepada Taehyung dengan tergesa-gesa.

"Anyong!" aku melambaikan tangan sambil memecut pulang ke rumah.

"Ah a-anyong," jawab Taehyung dengan terkebil-kebil.


-


"KAU DAH PANDAI NAK MELAWAN EH! DASAR ANAK TAK KENANG BUDI!HAH!"

Aku jatuh tersungkur apabila ditampar oleh appa.

Hiks, sakit.

Aku tersesat bila nak balik tadi. Sampai-sampai rumah dah nak pukul 5 dah.

Seluruh badan aku menggeletar ketakutan. Lelaki ni kalau marah, tidak boleh dikawal. Habis semua benda dalam rumah ni dibaling.

"Kau pergi mana hah! Kau mengelat kan, tak nak buat kerja! Meh sini kau!" Appa mencapai pasu bunga kecil yang aku hadiahkan kepadanya sewaktu aku 5 tahun.

Wah, tak sangka pasu bunga tu ada lagi sampai sekarang.

Aku rindukan appa yang dulu...

"Ah,"  pasu bunga tersebut dibaling terkena dahiku. Darah panas mula keluar.

"MMMMM!" kakak aku menghalang appa daripada menyakiti aku.

"Unnie, jangan."

"HAHAHA, kau? Kau nak halang aku?" aku menolak unnie yang berada di hadapan appa.

Baik aku halang unnie daripada disakiti appa.

"ARGH, SERABUT!"

PAMM!

Appa keluar rumah dengan menghempas pintu.

Lega sikit hati ni dah tak ada orang jerit-jerit.

Bingit tau tak

Unnie merapatkan kedua-dua belah lututnya ke muka. Aku rasa dia nangis kot. Aku merapati unnie lalu memeluknya.

"Dah, dah, jangan nangis. Nanti Jiyeon pun sedih," aku megeratkan lagi pelukan. Seerat-eratnya.

Tanpa aku sedar, cecair lutsinar mula menuruni pipi. Ya tuhan, aku tak kuat nak lalui kehidupan macam ini.

Unnie mengangkat kepalanya. Dia terus bangun untuk mengambil first aid kit. Dahi aku yang sedikit terkoyak disapu dengan ubat dan dibalut.

Nasib baik unnie ada lagi, kalau tak mungkin aku dah putus asa nak hidup dah sekarang. Mungkin aku....bunuh diri?

Ah no no

Aku mengamati muka unnie. Oh Minjoo, namanya. Orangnya sangat cantik. Mata bulat, pipi tembam sikit. Comel. Tapi disebabkan kesilapan yang dia buat semasa dia berusia 13 tahun, keupayaan bercakapnya dimusnahkan oleh appa.

Disebabkan unnie cuba lari rumah dan menjerit meminta tolong. Appa menyeretnya bawa balik rumah dan memotong lidahnya.

Parental abuse is real guys. Jangan dibuat main. Dekat dunia luar, ada je yang macam aku. Malah, ada yang lagi teruk. Jadi, bersyukur lah dengan nasib korang sekarang ni. Tengoklah ibu bapa korang, bersyukur lah yang diorang jaga korang sampai dah besar macam sekarang ni.

Aku...teringin nak mendapat kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa sendiri.

Omma, selalu tak ada dekat rumah. Seminggu sekali je balik rumah. Kadang-kadang sebulan sekali.

Balik rumah pun, tak pernah nak tanya pasal anak-anak. Aku rasa dia tak tahu pun yang unnie tak boleh bercakap. Asyik terperap je dalam bilik. Malam-malam kitorang boleh dengar omma dengan appa bergaduh.

Haih, aku harap suatu hari nanti keluarga ni dapat hidup dengan harmoni.

Saling menyayangi..







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Rapunzel +Kim TaeWhere stories live. Discover now