Hi! Saya dah vote story awak. 🥰
hnnnss__Story ni buat aku sendu. Kebanyakan aku baca story sendu lah 😭. Tak pun aku memang hati tisu? Hahaa. Story ni dah complete 🥰 mesti ramai kan yang suka baca cerita yang dah complete? Meh lah ramai ramai serbu buku ni. Tak menyesal punya lahh.
Story ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Aqilah Ariana. Lah, memang tajuk dia Aqila Ariana sudah semestinya ini cerita dia kan? Hahahaha. 🤣
Aqila Ariana, seorang gadis kampung yang kehilangan kedua ibu bapanya. Dia kini dijaga oleh ibu tirinya, iaitu cik Mah beserta abang tiri, Nazmi. Ehh wait... bukan mereka yang jaga Aqilah tapi sebaliknya. 😣. Kini dia hanya mempunyai sebuah rumah pusaka peningalan arwah ibu dan ayahnya. Pelbagai dugaan menimpanya setelah Nazmi ingin melancarkan rancangan terhadap Aqilah. Nak tahu apa yang Nazmi buat kat Qila? Baca lahh 😜.
Tengku Aidan Firhad, lelaki yang terjebak dalam satu perkahwinan atas dasar paksaan. Bukan paksaan kerana ibu dan bapanya, tetapi kerana dia di tangkap basah dengan seorang perempuan di apartment miliknya. 😩. Siapa jer yang suka kahwin dengan stranger kan??? Aidan langsung tidak mempunyai perasaan kepada isterinya sampailah hubungan mereka mencecah sebulan 😍. Aidan yang tidak tahu dengan kondisi isterinya dikejutkan apabila dia terlihat isterinya batuk teruk. Selepas itu, dia membantu isterinya untuk pulih dari penyakit yang dialami. Perasaan cinta kian berputik di hati seorang lelaki bernama Tengku Aidan Firhad. Nak tahu siapa isteri kepada Aidan? Baca lah uolzzz 🤣.
Tengku Riana Amalin, dia terlibat dalam sebuah kemalangan kereta, dari situ dia mengenal Aqila Ariana gadis yang menolongnya tika dia tengah tidak berdaya. 🤔. Dia menyimpan perasaan kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin. Eh gurauuu, lelaki tu belum berpunya, sengaja nak kenakan Rian. Senanya lelaki tu pun sukakan Rian gak 😍. Aishhh suka aku baca tentang Rian ni hehe. Korang pun baca lahhh best tau 😩.
Tengku Aryan Raykal, adik kembar kepada Riana. Wow kembarr aku suka bab kembar ni 😍. Menurut aku, Aryan ni seorang yang ramai peminat. Nak cakap playboy, takde pulak aku baca yang dia selalu ganti makwe. Hagaha 🤣. Aryan ni selalu tolong si Aidan tu, bila masa Aidan perlukan dia. Nak tahu apa pengorbanan seorang Aryan dalam cerita ni? Korang baca lah selanjutnya 😜.
Banyak lagi senanya watak dalam cerita ni tapi aku tak pandai describe jadi yang penting aja lah aku masukkan yer 😂. Jemput baca uolzz 😘.