CINTA HATI MR. ANNOYING

53 15 2
                                    

Hi! Saya dah vote story awak.🥰
therozez

Cerita ni mula mula dah buat aku sebak gais, Aafira Khalisya hanya seorang anak angkat. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa angkatnya.

Kehidupannya berubah secara drastik apabila ibu bapa angkatnya meninggal dunia tika dia baru saja balik dari Perth, Australia. Abang angkatnya mengusir dia dari rumah. Memang dari dahulu lagi dia tak suka dengan Fira. 😭

Sudah jatuh ditimpa tangga lah pulak, Aafira yang baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa angkatnya dikejutkan lagi dengan agenda tunangnya. Aqram.

Tunangnya di fitnah depan Aafira dengan kesalahan telah membuat seorang wanita bernama Sara Marissa mengandung. Fira cukup sakit apabila kehilangan ibu bapanya, ditambah lagi kecurangan tunangnya. Siapa yang tak sakit? Aku sendu wei baca ni.😪😭😭

Tali pertunangan diputuskan atas permintaan Aafira Khalisya. Sungguh berat untuk dia menyatakan demikian.

Macam mana kehidupan dia selepas ni? Tiada rumah untuk berteduh, tiada tempat untuk mengadu. Nak tahu siapa insan yang akan menolong Fira? Baca dekat cerita ni. 🤭 sumpah aku sedikit lagi menangis dekat perawalan cerita. Hati tisu sangat lah aku ni hehe 🤣.

Aku nak cerita lebih lagi tapi nanti korang tak baca pulak cite ni 🤣. Korang baca lah, serius story ni best... aku tak tipu. 😘

Lepas dia putus tunang tu lagi lah aku rasa syok nak baca. Jangan lupa update terus yer. Tak sabar nak baca pengakhiran cerita ni. Sad ending ke happy ending? 😣.❤

Aku nak letak gambar senanya, tapi line slow lah pulak ditambah dengan hujan lebat ni huh. 😪. Nanti lah kalau line aku elok, aku letak cover cite ni kat sini. 🥰.

Korang jangan lupa baca eh! Aku hempuk kang! Hahaha gurau 😂. Cikidot dekat profile dia yer 😘.

 Cikidot dekat profile dia yer 😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Vote Your Story [CLOSED]Where stories live. Discover now