Kringg... Kring... Kring...
Tangan seorg gadis meraba permukaan meja yg berada di sebelah kiri katilnya seperti mencari sesuatu. Setelah berusaha mencari kini benda tersebut berada didlm genggamannya. Tanpa rasa bersalah dia melemparkn jam loceng digital itu ke arah dinding biliknya. Namun balingannya tersasar menuju ke pintu biliknya.
"Iman!!!!" jeritan seorg wanita berusia 40 an sambil bercekak pinggang dihadapan pintu bilik gadis itu. Pening kepalanya melihat kerenah anak daranya yg masih lena diulit mimpi. Walaupun matahari sudah meninggi di atas kepala anaknya ini tidak akan terjaga jika tiada siapa yg mengejutkannya.
" GEMPA BUMIII !! " terus terjatuh gadis itu dri katilnya apabila terdgr jeritan mamanya itu.
"Gempa bumi apanya...Kamu tengok ape yg kamu buat.. Habis berkecai jam loceng ni." marahnya sambil mengambil bahagian loceng itu sebelum mencampaknya kedlm bakul sampah hitam milik anaknya itu. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan-lahan. Dadanya diurut perlahan utk meredakan kejutan yg diterima olehnya tadi.
"Fuh nasib tk jln lagi. Kalau tk.. " gumam gadis itu sambil mengangkat kepalanya dan menatap wajah garang mamanya dgn penuh kasih syg. Cehh.. Kemudian satu sengihan terukir di bibirnya.
"Ape sengih2? Tengok matahari tu. Dah pukul berapa ni? Baru nk bangun ke?" marah mamanya, Puan Sri Jasmine. Anak mata gadis itu mulai beralih ke arah jam tgnnya.
" Ala ma.. Baru pukul 10.. Awal lgi kot kalau Iman nk bangun. " jawab gadis yg digelar Iman itu.
"Pukul 10 kamu la man. Sekarang dh pukul 12. Tk lama lagi papa kamu balik. Kamu nk kena marah dgn papa kamu ke? " tanya Puan Sri Jasmine sambil membuka tirai langsir bilik anaknya itu. Keadaan biliknya yg tidak terurus menaikkan lagi kepeningan kepala Puan Sri Jasmine.
"Tpi ma sekarang kan holiday, biarla Iman rest dulu. Lagipun Iman kan baru ja balik sini" ujar Iman, bangun dan duduk di atas tilamnya.
"Lagipun Iman fikir minggu dpn Iman nak balik London sbb holiday Iman dh nk habis" sambungnya lgi.
"Hish budak ni.. Ade2 je jawapannya. Dh pergi mandi, bersiap then turun lunch kat bawah " arah mamanya dgn tegas sebelum melangkah keluar. Pintu bilik di biarkan terbuka sebelum dia turun ke tingkat bawah. Iman memanjangkan lehernya utk melihat keberadaan mamanya. Setelah dia yakin yg mamanya telah turun ke bawah, dia menghempaskan tubuhnya ke tilam empuk yg dibeli oleh alongnya 2 bulan lepas sebelum kepulangannya. Namun belum sempat Iman memejamkan matanya, kedengaran suara Puan Sri Jasmine menjerit dri tingkat bawah.
" Iman, bangun! jgn ingat mama tk tahu apa yg kamu buat dkt atas tu. " Iman bgn dri katilnya dan berlari menuju ke bilik airnya. Tuala yg tersidai di ambaian diambil olehnya. Kalau tk bangun tk ke naya dia di lenyek oleh mamanya itu.
Puan Sri Jasmine dh terlalu masak dgn perangai anak perempuannya itu walaupun dia tdk pernah menjaga Iman sejak kecil.Sejak kecil lagi Iman diajar oleh keluarga angkatnya ttg seni mempertahankan diri. Jadi tidak dihairankan la kalau Iman tu berperangai seperti budak lelaki. Kalau boleh Puan Sri nk anak daranya itu normal mcm gadis lain. Ehh bukan homoseksual tpi dia nk anaknya itu berperilaku seperti seorg gadis bukan lelaki. Tapi nk buat mcm mana perkara dh nk jadi Puan Sri redha aje la. Selain Iman, Puan Sri Jasmine turut mempunyai sepasang anak kembar lelaki yg berusia setahun lebih tua dri Iman.
YOU ARE READING
Miss bodyguard
ActionPandai berlawan. Pintar teknologi. Benda biasa bagiku. "Kekalahan"? Perkataan itu tidak pernah dalam kamus hidup aku kecuali "KEHILANGAN". Aku pernah menghilangkan diri dari keluargaku kerana sebab-sebab tertentu dan kini aku kembali setelah 3 tahun...