Petang itu seperti yang dijanjikan, Alzam, Arif, Felix dan Iqbal sedang sibuk menyiapkan beberapa kerja yang diberikan oleh pensyarah mereka.
'Mana budak tomboy ni?' Iqbal mencari kelibat Iman yang masih belum kelihatan sejk tadi.
"hoi Iqbal, tk lari kemananya awek kau tu" sakat Felix sambil membelek-belek muka surat bukunya.
"tu bukan awek aku la. Budak tu bodyguard aku" jawabnya sambil kembali duduk di sebelah Alzam yang sibuk memanjang dengan telefon.
"bodyguard?" membutang anak mata Alzam dan Felix saat medengar jawapan sahabatnya itu. Arif yg tadinya sibuk menaip terus berhenti menaip dan memandang gelagat sahabatnya.
'Bodyguard?' fikiran Arif mulai menimbulkan pelbagai persoalan dlm diam. Wajah Iqbal diperhati olehnya dgn penuh pertanyaan.
***
Selang beberapa minit kemudian, kelibat Iman kelihatan berlari mendekati mereka yang berada di pondok berdekatan tempat letak kereta.
"Apasal kau lambat sangat?" tanya Iqbal dalam keadaan tidak puas hati. Wajah Iman ditatap olehnya dgn pandangan yang agak tajam.
"ada hal" jawab Iman bersahaja. Tatapan Iqbal itu tidak dihiraukan olehnya malah dibalas dgn tatapan bersahaja dan raut muka tidak bersalahnya.
"hal apa yg penting sangat tu?" soal Iqbal lagi. Hatinya masih panas. Iqbal pantng kalau orang tk datang tepat pada waktu yang dijanjikan.
"perlu ke kau tahu?" semakin panas hati Iqbal saat mendgr jawapan selamba Iman itu. Iman mendekati Alzam dan Arif yang berada didlm pondok.
Tanpa segan silu, Iman duduk disebelah Arif yang sibuk membuat kerjanya. Tangannya kelihatan sangat pantas saat menaip dan matanya langsung tidak berganjak dari srceen laptopnya.
"kau buat apa tu?" soal Iman. Iqbal yang berada disebelahnya langsung tidak diendahkan olehnya. Iqbal dilayan seperti kayu oleh Iman.
"hoi! aku belum habis cakap lagi!" marahnya. Namun Iman tetap tidak melayannya.
"kau nk aku report dkt papa kau ke?" ugut Iqbal sambil mengeluarkan telefonnya dari poket kiri seluarnya.
"jgn!" dgn pantas Iman merampas telefon Iqbal dan membawanya lari.
"bagi phone aku balik" Iqbal cuba merampas telefonnya nmun gagal kerana Iman lebih pantas mengelak.
"Jgn harap. kalau kau report dekat papa aku, aku pecahkan phone kau" ugut Iman pula.
"ye.. bak sini phone aku. Aku nak pergi toilet ni" hampir tergelak Felix saat melihat wajah Iqbal yg kelihatan terdesak ingin ke tandas.
"jap" Iman membuka telefon Iqbal dan mendail nombor telefonnya.
"done" terus dibalingnya telefon itu kearah Iqbal. Nasib Iqbal sempat menangkapnya kalau tak berkecai telefon kesayangannya di lantai simen taman itu.
"Anything kau call ja" jerit Iman saat melihat Iqbal terkedek-kedek berlari menuju ke arah tandas awam yang agak jauh dari pondok mereka berkumpul. Tambahan lgi tandas itu terlindung sedikit dengan pokok besar yg berada diantara pondok mereka dan tandas awam.
"ha ye" sahut Iqbal. Iman, Alzam dan Felix hanya menahan gelak mereka. Arif pula sibuk menyahut panggilan telefonnya.
"ye, I know" ujar Arif yang berada sedikit jauh dari rakannya. Pada saat Arif mematikan panggilan telefonnya, mata nya tertangkap pada kelibat seseorg yang berada dibalik pokok yang berada di tempat letak kereta. Dia kelihatan sedang memerhati mereka sambil membawa sebuah beg berwarna hitam ditangannya.
"Arif!" dgn pntas Arif berpaling dan memandang Iman memanggilnya. Namun pada saat di kembali melihat kearah pokok tdi, kelibat misteri itu hilang bagai dibawa angin.
***
Iman dan yang lain sibuk menyiapkan kerja mereka sehingga tidak menyadari yang Iqbal masih tidak pulang dari tandasnya.
"Man, dah dekat-dekat 30 minit Iqbal dekat tandas tu?"
Alzam memecah suasana sunyi mereka. 3 rakannya itu terus mengangkat muka mereka terus menatap ke arah Alzam yang kelihatan tidak senang duduk. Entah mengapa dia merasa ada sesuatu yang berlaku pada rakannya yang sorang itu. Anak matanya menatap ke arah pintu utama tandas awam yang berada tidak jauh dari mereka itu. Iman yang tadinya kelihatan tenang kini kelihatan sedikit cemas. Ada benar juga apa yang diujarkan oleh Alzam itu. Tidak pernah-pernah papanya atau Uncle Irham bagitahu yang Iqbal ni pencinta tandas awam sampai perlu berjam-jam menghayati 'keindahan' yang terdapat dalam tandas.
"Aku rasa better kita periksa Iqbal dekat sana. Mana la tau kalau dia..." Belum sempat Felix menghabiskan percakapannya, satu tumbukan perlahan diberikan oleh Arif ke lengan kiri miliknya.
"Mulut kau tu nak kena cili ke," ugut Arif sambil memberikan satu tatapan tajam yang amat menyeramkan padanya.
Mereka yang melihat tingkah Arif yang menyeramkan itu terus terdiam dan mengemas alat tulis mereka serta menyimpan barang berharga ke dalam beg mereka sebelum menuruti langkah Iman yang kelihatan sudah berada di hadapan mereka. Ketika mereka berjalan menuju ke arah tandas itu, kelibat lelaki misteri yang dilihat oleh Arif tadi memunculkan dirinya semula di balik sebuah pokok keramat yang berusia puluhan tahun di belakang tandas awam. Lelaki itu seperti memegang sesuatu ditangannya sambil mengarahkannya ke arah seseorang.
BANG!
Das tembakan yang terkena tepat di pokok berhampiran Iman membuatkan langkah cepatnya terhenti mendadak. Oleh kerana bunyi das tembakan itu, Felix hampir terjatuh terkejut dan Alzam terkaku sebentar seperti kerasukan. Arif yang melihat lelaki itu terus berteriak kuat.
"HOIII!!!"
Akibat jeritan Arif itu, lelaki tersebut bangun dan melarikan diri. Barangnya dibiarkan dibalik pokok tersebut. Arif cuba mengejar lelaki tersebut namun kepantasannya lebih pantas dari Arif.
"Iqbal!" tanpa berfikir panjang Iman masuk ke dalam tandas lelaki dan menendang satu per satu pintu tandas tersebut hingga pintu ke 4 tandas itu. Pintu tandas yang kelihatan terkunci dari luar itu diterajang kuat oleh Iman dengan sepenuh tenaganya.
Alangkah terkejutnya dia saat melihat....
YOU ARE READING
Miss bodyguard
ActionPandai berlawan. Pintar teknologi. Benda biasa bagiku. "Kekalahan"? Perkataan itu tidak pernah dalam kamus hidup aku kecuali "KEHILANGAN". Aku pernah menghilangkan diri dari keluargaku kerana sebab-sebab tertentu dan kini aku kembali setelah 3 tahun...