BAB 11

46 4 0
                                    

Iman masih menunggu di luar wad kecemasan. Raut wajahnya yang kelihatan sangat risau dan takut jelas terpapar. No, kejadian tu takkan berulang. Everything will be okay, gumamnya sambil melabuhkan punggung ke bangku menunggu. Dari jauh bunyi tapak kaki orang mendekatinya yang duduk dalam keadaan resah itu. 

"Man, macam mana Arif?" Tanya Alzam sambil memandang ke wad Arif. Namun soalannya tidak dijawab oleh Iman malah diberikan tatapan kosong olehnya. 

"Man, are you okay?" Iqbal melabuhkan punggungnya tepat disebelah Iman sambil memandang wajah gadis itu. Entah mengapa ketika itu hatinya tergerak untuk bersikap lembut dengan Iman. Mungkin kerana situasi ketika itu agak tegang membuatkannya berlembut dengan Iman. 

"Iman?" Tegur Iqbal lagi sambil memegang bahu Iman. Alangkah terkejutnya saat Iman tiba-tiba memeluk tubuhnya. Kedengaran dari dakapan itu, Iman sedang teresak-esak menangis kerana berasa bersalah. Felix dan Alzam yang melihat kejadian itu terdiam dan membantu untuk menenangkan Iman yang sedang menangis. 

"Ssshhh... Dah,dah... It's okay. Arif takkan apa-apa," Alzam mencangkung dihadapan Iman dan Iqbal sambil mengukirkan senyuman tenangnya. Bahu Iman tepuk perlahan oleh Felix sambil mengiakan apa yang dikatakan oleh Alzam.

Tiba-tiba pintu wad terbuka dan seorang doktor perempuan keluar dari wad itu bersama 2 orang jururawat sambil mengukirkan senyuman kearah mereka bertiga. Doktor perempuan itu mendekati Iman yang masih menangis didakapan Iqbal terus berkata,

"Fir, Arif okay... dia just-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya. Iman bangun dan berjalan masuk ke dalam wad sambil memerhati Arif yang masih belum sedar dari pengsannya. Doktor perempuan itu hanya menggelengkan kepala dan tersenyum saat melihat tindak balas Iman yang sudah lama dia tidak lihat.

"Cantik jugak doktor tu kan," Felix memandang Alzam sambil tersengih. Secara automatik, kepala Felix diketuk oleh Alzam.

"Kau ni kan... tak nampak kawan kita tengah terlantar dekat katil hospital tu? Tak ada rasa kasihan ke," wajah Felix ditatap tajam olehnya sebelum memandang ke arah Iqbal yang masih terdiam sambil memandang Iman yang berada di dalam wad Arif.

"Iqbal? kau-" Alzam cuba menegur tingkah laku rakannya itu. Namun Iqbal memandangnya dengan pandangan yang menyeramkan dan bangun berjalan ke arah wad.

***

Okie~Okie~ 

Aku bakal terangkan tentang HO2 CARBON MONOXIE. Ingat eh, benda ni tak wujud langsung pun dekat dunia nyata. HO2 CARBON MONOXIDE, kita mesti tahu pasal karbon monoksida kan, benda ni memang sama macam monoksida tapi bezanya adalah ia berubah dalam bentuk wap atau gas dan ia berwarna kekelabuan. HO2 CARBON MONOXIDE hanya bertindak balas melalui sesuatu cecair khas yang dicampurkan ke dalam kapsulnya serta ia akan mudah menunjukkan kesan kepada mangsa jika suhu kawasan mangsanya berkurangan dan menggunakan kaedah seperti di kejadian tandas lelaki itu. Oleh disebabkan itu, cara untuk mengurangkan kesan atau mengelak daripada terkena gas itu, cepat bertindak dan jika sudah terkena gas itu, cepat-cepat bersihkan kawasan muka dan mesti berada dikawasan yang suhunya tidak sama dengan suasana di kawasan yang terkesan. Tapi kalau seseorang itu lambat atau menyebut gas itu lebih dari 10 minit berkemungkinan besar nyawanya berada dalam keadaan bahaya. );

***

Suasana wad itu masih sunyi dan tiada sesiapapun berani bersuara. Namun Iman memecahkan kesunyian itu.

"Biar aku yang teman Arif, " Iqbal yang mendengar kata-kata dari Iman itu terus mengangkat wajahnya dan memandang Iman yang masih memandang Arif.

Apa keistimewaan yang ada pada Arif? Hebat sangat ke dia tu, Iqbal mendekati Iman dan bersuara.

"Biar aku teman kau jugak dekat sini," Iman hanya mengangguk dan bangun dari tempat duduknya sebelum berjalan keluar dari wad. Dia mengeluarkan telefonnya dan menelefon ahli keluarganya untuk memberitahu keberadaannya serta kejadian yang telah berlaku. 

Alzam dan Felix mendekati Iqbal dan mengucapkan selamat tinggal padanya. Mereka berdua memang nak teman Arif tapi esok mereka berdua ada kelas pagi. Setelah mereka berdua beredar, suasana malam itu kembali sunyi dan dingin kerana pada masa itu cuaca di luar sedang hujan lebat. Tidak lama kemudian, Iqbal mendapat satu pesanan Whatapps dari seseorang yang dia tidak kenali.

'Macam mana persembahan aku petang tadi? Hebat kan? Oh ya, aku dengar kawan baik kau masuk hospital sebab keracunan? Hahahahahaha~ aku harap kawan kau baik-baik ja. Tapi aku harap sangat lalat seekor tu mati.' 

Saat membaca isinya Iqbal cepat-cepat memandang kearah Iman yang sibuk bermain telefonnya. Ketika itu, perasaan risaunya semakin membuak-buak. Kenapa aku nak libatkan orang lain dalam hal ni? Dan kenapa aku yang kena semua ni? Siapa kau?, omelnya sambil kembali menatap kaca telefonnya.

"Bos okay?" Iman melihat wajahnya dan buat sementera waktu anak mata mereka bertentangan. 

"Erm... okay ja," dia cepat-cepat mengalihkan anak matanya ke arah lain. Suasana ketika itu bertukar menjadi janggal buat seketika. Telefon yang berada di tangannya di masukkan ke dalam poket seluar sebelum merebahkan diri ke sofa wad untuk melelapkan matanya. Bukan sekadar melelapkan mata tapi untuk mengurangkan suasana tidak menyenangkan untuk dirinya dan Iman disitu.

***

Kelihatan Iqbal sudah tertidur di sofa wad itu. Tubuh badan Iman memang terasa penat tapi anak matanya tidak mahu untuk melelapkan mata kerana takut berlakunya serangan hendap dari musuh. Iman bangun dan melakukan beberapa renggangan untuk mengurangkan rasa penatnya. Dan buat seketika, dia memerhati ke arah luar pintu kaca yang menghadap kearah luar hospital. 

Suasana hujan yang sudah berhenti turun membuatkannya terbuka hati untuk membuka pintu gelangsar kaca itu dan mengambil udara segar untuk menenangkan dirinya. Jaket yang diberikan oleh Arif masih tersarung di tubuhnya. Ingatannya terhadap kejadian tadi mengingatkannya dengan seseorang yang pernah wujud dalam hidupnya dahulu. Secara tidak disadarinya satu senyuman terukir dibibirnya.

'A-Aku senyum?' jari tangan kanannya menyentuh bibirnya dan memandang ke arah cermin dipintu gelangsar itu. Namun disaat dia berpaling ke belakang, susuk tubuh seorang wanita berbaju doktor berdiri tepat dihadapan pintu wad menatapnya.

"Dah lama aku tak nampak kau senyum Fir. Sejak peristiwa-" dengan pantas Iman memotong ayat wanita itu dan masuk ke dalam wad itu.

"Aku dah tak sanggup nak ingat peristiwa tu lagi Nia. Cukup la sekali aku rasa macam mana rasa kehilangan. Aku dah tak sanggup untuk merasainya lagi," ujarnya sambil mendekati doktor wanita bernama Nia itu. Seketika anak matanya memadang ke arah Iqbal lalu ke arah Arif. Nia mendekati Iman dan memegang bahunya.

"Fir, aku dah lama kau. Sejak kau first day masuk akademi lagi," ujarnya sambil mengukirkan senyuman pada Iman sebelum menyambung bicaranya.

"Aku, kau, Hinata dengan Erul dah lama berkawan. Aku tahu kau masih rasa bersalah dengan peristiwa tu. Aku tahu kau sayangkan diorang sangat. Tapi kita tak dapat nak putarkan masa. Kau perlu redha dengan apa yang dah jadi, terima kenyataan yang diorang dah tak ada. Ingat kalau ibu tengok keadaan kau macam ni, mesti ibu pun sedih. Kita dibesarkan di akademi yang sama, siapa yang tak sedih dengan pemergian semua ahli keluarga ibu. Aku pun sedih jugak." 

Bahu Iman dipegang lembut sebelum dipeluk. Ketika itu, Iman berusaha untuk menahan air matanya namun matanya sudah berkaca saat mendengar kata-kata Nia. Nia mengusap lembut rambut Iman seperti mana Ibu pernah lakukan pada Iman saat dia sedang bersedih dahulu. Pelukan Iman terhadap Nia semakin erat dan membuatkan butiran-butiran mutiara indah jatuh membasahi pipinya.

KALAU LA IMAN DAPAT PUTARKAN MASA, IMAN AKAN BERUSAHA UNTUK HENTIKAN ZAFRAN DARIPADA TINDAKAN BODOH DIA, rintih hatinya.

Miss bodyguardWhere stories live. Discover now