"Assalamualaikum cikgu,izinkan saya nak bagi borang kejap,"sapa Ziyyad bersama ketukan pintu di hadapan kelas 3 Anggerik. Puan Salma iaitu guru bahasa Melayu yang mengajar kelas tersebut hanya tersenyum."Ya,hensem. Boleh boleh,"guraunya. Ziyyad hanya membalas kembali senyuman guru kelasnya itu.
"Urm, siapa nak join perkhemahan jumaat minggu depan boleh keluar ambik borang, kalau boleh yang kurang aktif kokurikulum lah sebab nak kumpul sijil,"beritahu Ziyyad lalu dia menunggu di koridor luar kelas itu.
Cepat cepat Lisa menyiku perut Ara,angkat angkat kening.
"Apa?!"marah Ara. Dia sibuk menulis sesuatu di bukunya.
"Kau tak nak join ke. Jomlah! Teman aku,kau tahu kan aku ni mana aktif sangat kokurikulum."pujuk Lisa.
"Tak nak. Tak berminat,"Ara terus mengabaikan Lisa. Lisa mula menceberutkan muka.
"Weh,jom jom jom,"set set Deeja sudah berkumpul menggedik.Ara hanya memerhatikan dari jauh.
"Okay,aku join!"Ara terus mengangkat punggung. Lisa yang melihatkan itu segera ternganga mulut. Aik?Tadi cakap tak berminat?Lambat lambat Lisa membuntuti Ara.
"Nak borang.."pinta Ara. Ziyyad menghulurkan borang tersebut. Ara menyambut huluran Ziyyad lalu beredar.
"Abang Ziyyad, kalau Deeja bawak makeup boleh tak? Nanti kulit Deeja kering.."soal Deeja gedik. Ziyyad sengih.
"Bawak Watsons terus pun boleh,dik. Takde hal.."jawab Ziyyad.
Ara dan Lisa cuba menahan tawa. Tak jadi nak pergi. Haih, Ziyyad, pandai jugak kau melawak, ek?
"Kau masuk sekali ke?"soal Ara. Ziyyad hanya mengangkat bahu.
"Kenapa? Nak aku join?Asal?Tak boleh takde aku?"Ziyyad mendekatkan dirinya ke arah Ara. Ara berundur.
"Then that is bad news to me. Dahla Lisa,tak elok duduk lama lama dengan geng tak betul ni,"Ara menarik tangan Lisa memasuki kelas.
Set set Deeja terasa dengan kata-kata Ara tapi hanya mampu menjeling. Ziyyad pula hanya tersengih mendengar kata Ara. Dia mula melangkah pergi.
❤️❤️❤️
"Verb yang kena tambah 's' he,she, it.. I,you,we,they,tak payah.."Ziyyad menerangkan satu persatu kepada Ara. Ara hanya diam.
"Ara?Ara?Aku cakap dengan kau ni?Bagi telefon tu dekat novel kau,biar aku bercakap dengan novel kau,takde lah sakit hati sangat.."bebel Ziyyad.
Ara menguap sekali. Ngantuknya! Semalam tengok kdrama sampai pukul tiga pagi. Ingatkan Sabtu ni adalah rehat. Tup tup Ziyyad call nak ajar grammar.
"Ara.."panggil Ziyad lembut. Cepat cepat Ara buka mata. Terkejut! Dia memang tak boleh kena sergah bila orang yang dah selalu cakap kasar dengan dia tiba-tiba bersuara lembut. Seriau!
"Hah,ya...Aku dengar!"Ara menegakkan badan. Telefon yang sudah berhubung dengan Ziyyad selama 32 minit 22 saat itu dipandangnya. Muka Ziyyad dah tenung dia.
"Ziyyad esoklah sambung, aku ngantuklah.."pujuk Ara. Ziyyad mengeluh.
"Mana boleh macam tu, habistu nanti kalau kau nak beranak, kau nak cakap dekat doktor, esoklah saya sambung meneran,saya penatlah.."bebel Ziyyad lagi. Ara mencebik..Ceh,itu dia bagi contoh?
"Ara,kau dengar sini, kita nak berjaya bukan senang tau. Banyak cabaran. Cuba kau bayangkan cikgu cikgu yang mengajar kita tu give up waktu study dulu,siapa nak ajar kita?Ara kau kena tahu..."Ziyad menghentikan kata kata. Dia merenung wajah lena Ara yang sedang berdengkur halus di depan telefonnya.
Ziyyad mendekatkan skrin telefonnya ke mukanya. Diperhati wajah polos Ara. Penat aku membebel kau tidur!
Tanpa sedar,Ziyad juga tertidur tanpa mematikan panggilan.
Sweet dreams..
Yow!Sweet dreams untuk anda juga yang sudi membaca bab ni sampai habis.Fuh!
Lebih sebulan Kut hiatus..Maaf kalau ada yang rasa give up nak baca buku ni..Aku akan kembali aktif hehe..Sebab banyak tengok kdrama so banyak idea.
So as I comeback drop your 🌟 and comment..thanks..
Random tags; _nanirazak_ GOWONFLY rabiatullllllll roseKIM17 Syeeda-Shi04 mrssakeena bubuhyun_ mochii_66 yugf_kim NSFSHN
Mecxira
YOU ARE READING
Dia,Aku Punyalah!
RomanceI AM BACK!!! This beautiful cover from @mochii_66 Sinopsis pendek je.. Ziyyad Arfan,jejaka comel,berlesung pipit belah kanan dan bermata coklat.Ada sesiapa yang minat tak? Tak boleh,sebab siapa yang minat kena langkah mayat Adara Arissa. Siapa Ara?H...