"Barang semua dah ada? Kalau ada tertinggal aku penggal kepala kau!"ujar Adam, abang Ara yang berusia 18 tahun,tengah tunggu masuk U itu yang kena jadi driver sementara si Ara ni.
"Ada, isy, cakap tu biarlah nampak ikhlas sikit, orang dahlah nak pergi jauh ni cakap gitu pulak!"Ara menghempaskan pintu kereta. Adam menjeling.
"Habistu, kau expect aku buat apa? Oh adikku yang tersayang, jagalah dirimu seperti kau menjaga cinta kita, pulanglah dengan selamat wahai adikku,janganlah dikau dibaham harimau kerana aku tak sanggup melihat harimau itu mati disebabkan makan lemakmu yang banyak ini,"ejek Adam lalu dia tergelak. Ara jeling lalu cepat sahaja tangannya memulas perut Adam. Haaa..tahu sakit!
"Dah lah. Aku nak tinggalkan kau dekat stesen bas tu je. Kalau ada orang tanya cakap lah kau kena culik lepastu penculik tu tak jadi culik kau sebab dia dah insaf,"Adam mula memandu.
"Ngah kau muda lagi kan?"Ara memandang tajam Adam yang tenang memandu.
"Yup,of course I am.."
"Kau nak aku mandulkan kau tak?"Ara sengih psycho. Adam menelan liur.
"Menurut perintah!Kekandamu ini hanya bergurau senda!"Adam tabik hormat.
Ara senyum, kasar kasar abangnya ini, dia tahu Adam sayang dia.
❤️❤️❤️
"Baik,semua pelajar berkumpul di dataran sekarang. Ikut tingkatan dulu. Nanti baru saya agihkan kumpulan.."ujar Cikgu Fadlan,cikgu kokurikulum.
"Dan saya juga harap awak semua sudah dimaklumkan,kita akan bergabung dengan SMK Maju Satu,jadi jaga tingkah laku.."sambungnya lagi.
"Wait, what seriously? Semua lelaki sekolah tu hensem hensem kut,"ucap Lisa. Ara memandang pelik.
"Aik? Mana kau tahu?"soal Ara. Lisa dan Ara sambil itu perlahan berjalan ke batch mereka.
"Dulu abang aku sekolah situ, banyak weh budak lelaki hensem sekolah situ,"terang Lisa. Ara senyum, hehe, boleh cuci mata.
Ara hanya termenung sambil melayan perasaan,kena berkumpul tengahari buta kat dataran memang menguji kesabaran.
Pandangannya jatuh pada Ziyyad yang kacak memakai seluar track adidas serta baju PJ sekolah mereka. Haish,budak lelaki lain pakai normal je sampai kat dia macam model. Bila Ziyyad senyum mesti lesung pipit dalamnya terbentuk. Mata coklat Ziyyad juga menarik perhatian sebab ketara sangat warna coklat. Cantik! Maklumlah nenek Ziyyad orang Switzerland.
"Woi pendek kau usyar aku lagi ek? Memang sekolah ni tak ada lelaki hensem lain dah asyik nak usyar aku je?"soal Ziyyad lalu menyangkung di depan Ara.
"Habis cakap dah? Pergi berambus!"Ara menolak Ziyyad. Akibatnya,Ziyyad terjatuh lalu terhempap Deeja. Deeja mengaduh seketika.
"Aww..Abang Ziyyad duduk atas Deeja la. Haha, apalah abang Ziyyad ni!"ujar Deeja sambil gelak-gelak. Ara mengerutkan dahi. Diikuti dengan Lisa dan Ziyyad. Cepat cepat Ziyyad bangun.
"Otak tu bagi center sikit boleh? Buta ke? Duduk atas kau? Gila ke apa?" Ziyyad sempat menjeling lalu dia berlalu pergi.
Deeja mengetap bibir geram lalu dia memandang Ara yang sedang berpura pura memandang tempat lain, tahan senyum.
"Kau sengaja kan nak bagi abang Ziyyad benci aku? Apa masalah kau eh? Dah dia jatuh atas aku,"marah Deeja. Ara yang sedang minum air tersedak.
"Hah? Tadi cakap abang Ziyyad kau duduk atas kau? Ni nak claim lain pulak? Memang betul-betul gila agaknya kau ni!" Ara menyengih.
"Kau kan.."baru Deeja mahu menampar muka Ara, namanya dipanggil.
"Khadeeja Natasha, awak satu group dengan Ziyyad Arfan ya,boleh bergerak sekarang,"arah cikgu Fadlan.
Apa lagi, bersinar-sinar muka Deeja mendengarnya. Cepat cepat dia berlari mendapatkan Ziyyad.
"Adara Arissa, awak satu kumpulan dengan senior sekolah lain,maaf..Nama dia Fayq Eryan,yang kulit putih putih tu,"kata cikgu Fadlan sambil menunjukkan ke arah seseorang.
Ara mendekat kepada kumpulannya, nasib baik ada Dhia, rakan sekelasnya dalam kumpulan tersebut.
"Hai.."sapa Ara. Semua mata disitu memandang.
❤️❤️❤️
"Hai pretty, nama siapa?"soal seorang senior perempuan di situ. Ara hanya mampu mengukirkan senyum.
"Ara, Adara Arissa,"Ara memperkenalkan diri.
"Hai,nama akak Fisya,panggil kak Sya je, yang akak tembam ni nama dia kak Jun,yang lelaki tengah berangan crush tu,nama dia Awie, yang hensem tu Fayq, jangan crush dekat dia sebab tu akak punya pakwe,"terang senior perempuan yang dikenali sebagai kak Sya.
"Bila masa pulak? Jangan nak claim sesuka hati,ek!"kata Fayq. Ara terpana, memang hensem betul. Muka macho, dengan mata bulat nya, memang mampu buat sesiapa sahaja cair.
"So, dari sekolah ni semua junior kan? Perkenalkan sorang sorang kecuali Ara,"kata Sya. Lalu, mereka pun memperkenalkan diri seorang demi seorang. Jumlah kesemuanya tujuh orang termasuk Ara.
"Tadi cikgu cakap kena lantik co leader setiap tingkatan, so kami yang Form 5 ni lantik Fayq , form 3 siapa nak jadi?"soal Awie. Memandangkan perkhemahan kali ini hanya melibatkan dua form sahaja, jadinya ada tingkatan 3 dan 5 sahaja.
"Ara,dia garang!"ujar Daniel tiba-tiba. Rakan sebelah kelas Ara.
"Okay,set. Jom!"ajak Fayq tiba tiba. Ara hanya membuntuti Fayq.
Dari jauh, kelihatan mata Ziyyad mengekori langkah Ara dan Fayq.
"Dalam ramai-ramai orang,kenapa mesti kau Fayq?"Ziyyad menyoal perlahan.
"Hah?Abang Ziyyad cakap dengan Deeja ke? Deeja tak dengarlah.."kata Deeja tiba tiba.
"Tak.. Jomlah cikgu dah panggil tu,"ajak Ziyyad.
Hai goodnight..Siapa tak puas ending true beauty kita geng! Jangan risau cerita ni ending dia tak kan sama dengan true beauty..sakit hati woo nanti..huhu..siapa Fayq?stay tuned..
Urm..nak 🌟 boleh?
Random tag: _nanirazak_ GOWONFLY Syeeda-Shi04 yugf_kim kemkem0404 mochii_66NSFSHN Mecxira
YOU ARE READING
Dia,Aku Punyalah!
Roman d'amourI AM BACK!!! This beautiful cover from @mochii_66 Sinopsis pendek je.. Ziyyad Arfan,jejaka comel,berlesung pipit belah kanan dan bermata coklat.Ada sesiapa yang minat tak? Tak boleh,sebab siapa yang minat kena langkah mayat Adara Arissa. Siapa Ara?H...