Hidupan sekarang》
"Baiklah semua ibu bapa dan adik-adik boleh beratur sebelum masuk, saya akan terangkan secara jelas perkara yang anda nampak di muzium ni. Hey hey hey ADIK OI JANGAN PEGANG!" Kata seorang fasilitator lelaki yang bernama Cha Eunwoo itu kepada serombongan ibu bapa dan budak-budak tadika yang hadir ke lawatan muzium negara.
KRANGG PISH KEDEBUSH!!!
Pasu bunga yang ditengah-tengah alam itu pecah apabila dua orang budak lelaki yang berlari berkejaran di kawasan itu terlanggarnya.
Nasib pasu tu pasu hiasan muzium tu je kalau khazanah negara terpaksa jual organ lah budak-budak tu.
"Aku.cakap.beratur.kan.tadi.ada.aku.suruh.kau.berlari.macam.tu? Hm?" Kata abang fasilitator tu sambil mengawal amarahnya.
Dua orang budak itu menundukkan kepala kemudian perlahan-lahan beratur seperti yang lain. Ibu bapa dua orang budak tu hanya memandang mereka dengan muka 'balik rumah siap kau, malukan orang je'
Tanpa mereka sedar seorang lelaki yang berada di hujung muzium yang lain memerhatikan mereka. Dia pun turut tergelak juga dengan karenah mereka.
Bunyi telefon lelaki itu berbunyi dan dia terus mengangkatnya. "Hello."
'Yah Leedo kau kat mana?' Kata seseorang di dalam telefonnya.
"Aku kat muzium, aku tengah perhatikan budak tu."
' Budak tu buat apa kat muzium? Dia dengan siapa?'
"Dorang ada lawatan, kakak dia ada sekali dengan dia. Okay lah Seoho hyung dorang dah mula bergerak tu."
'Ha ye ye. Pastikan kau tak terlepas pandang budak tu aku rasa askar helios pun tengah cari budak tu... eh tolong eh, gunalah kepandaian kau tu'
"Ye hyung. Kacang je ni, aku kenal kakak dia lagipun hari ni siang takdanya askar helios tu nak keluar time macam ni."
'Ha ye. K bye balik cepat si xion tu dah mula gigit keonhee sebab rindu kau.' "Ye ye haihh" TUT! Panggilan ditamatkan oleh Leedo dan dia mula mengekori rombongan itu dari jauh supaya tiada yang perasan.
Lawatan yang mengambil masa selama 2 jam itu amat menyeronokkan bagi budak-budak tadika itu kerana banyak benda yang mereka belum pernah lihat berada di muzium.
"Baiklah ini merupakan destinasi terakhir kita, biar saya terangkan kepada semua bahawa enam patung lelaki yang gagah perkasa ini merupakan pahlawan negara kita semasa dinasti Joseon dahulu. Mereka semua terkenal dengan semangat mereka untuk mempertahankan empayar daripada runtuh." Kata Eunwoo
Semua budak-budak itu meng-wah dan kagum dengan cerita yang disampaikan abang Eunwoo tu. Ada juga ibu bapa yang mengambil gambar enam patung itu.
"Nampaknya kita sudah berada di hujung lawatan, saya akan berikan masa 15 minit extra untuk ibu bapa dan penjaga semua bawa anak-anak ke tandas atau sebagainya sementara kita menunggu bas sampai untuk pulang ya." Kata Cikgu Park Minyoung.
Maka dengan itu, semua ibu bapa membuat haluan masing-masing. Ada yang pergi tandas, ada yang ambil gambar, ada yang pergi mesin air berdekatan dan sebagainya.
Dengan kesempatan yang ada ini, Leedo pergi ke arah budak yang diperhatikannya dari tadi. Budak itu sedang duduk di luar tandas, mungkin sedang menunggu kakaknya.
Leedo mengambil tempat disebelah budak itu.
"Hai, awak Kim Jaemin kan?" Kata Leedo sambil tersenyum.
"Macam mana ajusshi boleh tahu nama saya?" Tanya Jaemin sambil mendongak memandang Leedo.
"Magic~ tapi Jaemin janganlah panggil ajusshi panggil je hyung" balasnya. "Okay. Wah hyung pandai buat magic ke? Tunjuklah banyak-banyak Jaemin nak tengok!" Kata Jaemin dengan terujanya.
YOU ARE READING
[✔]《RED MOON<붉은 달>》 [Oneus]
FanfictionIkuti kisah 6 orang jejaka yang memang ditakdirkan untuk menjadi pahlawan mahu di hidupan lepas ataupun hidupan yang sekarang ini. "Lindungi budak tu atau keturunan kita pupus"-the first monarch Ceritanya diinspirasikan dari film video Oneus sendiri...