Keadaan yang amat riuh di dalam rumah agam itu dengan suara orang terpekik terlolong, ada juga yang berkejaran.
"Haihh baru tinggal kejap dah tunggang-langgang rumah ni! Kemas cepat!" Kata Ravn lalu menyepak bontot maknae line iaitu Hwanwoong, Keonhee dan Xion.
"Ape nak jadilah dengan dorang tu." Kata Leedo lalu mengemas barang dapur yang dibelinya tadi dengan Ravn ke dalam peti ais.
"Nasib korang dah balik, aku dah tak tau nak handle dorang ni macam mana lagi.." kata Seoho yang baru keluar dari biliknya.
"Alahai kitorang jadi macam ni sebab koranglah! Lama sangat gi shopping orang dah kebulur dah ni." Ha menjawab! Ayy keonhee ni kang!
"Dah tu korang tak reti nak masak? Bukannya kitorang bawak periuk nasi ngan peti ais tu sekali." Kata Ravn.
"Dah dah jangan gaduh. Kitorang lama sebab tapau jajjangmyeon ni haaa. Jangan risau, kitorang sentiasa ingat korang kat rumah ni." Kata Leedo selepas menghidangkan jajjangmyeon di atas meja makan.
"Yeyyyy gomayoyonggg" kata Hwanwaoong dengan nada comelnya.
Mereka semua pun berhenti dari berperang mulut dan masing-masing melabuhkan punggung di kerusi meja makan dan mula makanlah~
"Ha Leedo, macam mana ngan budak tu?" Soal Seoho.
"Pasal tu hyung jangan risau. Aku dah uruskan. Tak lama lagi budak tu akan jumpa kita jugak." Kata Leedo
"Kau boleh jamin?" Tanya Ravn.
"Iyee. Aku kenal sangat kakak dia macam mana, mesti datang punyalah. Korang semua tu kenalah bersabar."
Mereka memandang sesama sendiri kemudian menyambung makan seperti tiada apa yang berlaku.
DI SITUASI LAIN,
Jisoo tidak lepas memandang kad kecik yang dipegangnya dengan fikiran yang serabut.
"Nah kalau kau nak tahu sangat pergi alamat ni. Ceritanya panjang kalau kau nak tertinggal bas bolehlah kau stay sini. Tapi lepastu aku taknak hantar." Kata Leedo lalu memberikan kadnya kepada Jisoo.
Jisoo menelik-nelik kad itu. Kemudian kelihatan budak-budak tadika beratur di luar tadika untuk menunggu ibu bapa dan penjaga mengambil.
Jisoo yang menyedar hal itu keluar dari keretanya dan pergi mendapatkan adiknya.
"Jaemin-ah" Panggil Jisoo mesra. "Noona!" Jerit Jeamin sambil melambai ke arah Jisoo.
Jisoo mengambil beg dari sandangan Jeamin dan memimpin tangannya.
"Jaemin kalau noona nak bawa Jaemin jejalan nak tak?" Soal Jisoo tiba-tiba. "Nak nak" kata Jaemin.
Jisoo dan Jaemin memasuki kereta dan bertolak pergi meninggalkan perkarangan tadika itu.
|
|
☆Jisoo memandang luar rumah itu dari dalam keretanya, sungguh dia kagum melihat rumah itu yang boleh dikatakan rumah impian setiap orang yang melihatnya.
YOU ARE READING
[✔]《RED MOON<붉은 달>》 [Oneus]
FanfictionIkuti kisah 6 orang jejaka yang memang ditakdirkan untuk menjadi pahlawan mahu di hidupan lepas ataupun hidupan yang sekarang ini. "Lindungi budak tu atau keturunan kita pupus"-the first monarch Ceritanya diinspirasikan dari film video Oneus sendiri...