1♤

177 18 29
                                    

Situasi Di Joseon,

Kelihatan ramai tentera yang muda-muda sedang berlatih di Changdeokgung sambil diperhatikan oleh pegawai pelatih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kelihatan ramai tentera yang muda-muda sedang berlatih di Changdeokgung sambil diperhatikan oleh pegawai pelatih. Namun aktiviti mereka tergendala apabila kedatangan Maharaja Sunjong di umumkan

"Sedia! Baris!"Arah ketua jeneral, semua tentera berhenti berlatih dan mula berbaris seperti yang diarahkan

Lebih dari 3000 orang pahlawan dan tentera berada di situ. Maharaja tersenyum dan kagum melihat ketangkasan semua tentera dan pahlawannya.

"Beta begitu bangga dengan kamu semua. Semoga semua titik peluh yang kamu semua kerahkan semasa latihan dapat membantu kamu untuk mempertahankan empayar kita. Tahniah dan kamu semua boleh pergi berehat." Kata Maharaja dan kemudian berlalu pergi untuk melawat ke kawasan istana yang lain serta diiringi oleh sida-sida dan istanawatinya.

Mereka sekadar menunduk sehinggalah Maharaja betul-betul tiada di pandangan mereka. Kemudian, mereka semua pun bersurai.

"Panggilkan keenam-enam mereka." Kata jeneral Kim kepada pegawai pelatih.

Pegawai itu menunduk dan segera memanggil enam orang pahlawan yang disebutkan. Seperti yang diarahkan, keenam-enam pahlawan itu pergi berjumpa dengan jeneral kim.

"Ada apa jeneral memanggil kami semua?" Kata Youngjo selaku pahlawan yang paling tua dikalangan mereka.

"Saja. Marilah ikut saya," kata jeneral kim sambil melangkah meninggalkan keenam mereka yang terpinga-pinga.

"Kamu tau apa maksud baginda raja tadi?" Tanya jeneral kim

"Pasal mempertahankan empayar kita?" Kata Geunhak.

"Yelah ishh! Maksudnya apa? Orang tanya maksud lah oi!" Kata jeneral kim.

"Ouh HAHAHAHA tak tau?" Kata mereka sambil tertawa kehairanan.

"Haihhh macam mana kamu boleh jadi pahlawan yang terbaik di negara kita ni. Sini mari masuk." Jeneral Kim mula memasuki tempat yang dipanggil perpustakaan diraja. Mereka berenam semakin hairan. Takkanlah dorang datang sini nak belajar? Hampir semua buku di perpustakaan diraja ni mereka dah khatam.

"Jeneral, kita nak buat apa kat sini?" Kata Dongju selaku yang paling muda.

"Ha duduk duduk. Saya nak katakan sesuatu ni." Kata jeneral kim.

Mereka semua duduk di satu meja bulat yang besar dan ditengah-tengahnya ada beberapa peta dan surat-surat yang tampaknya daripada pihak musuh. Adakah....

"Kita bakal berperang?!" Kata Hwanwoong dan mereka semua terkejut.

"Patutlah maharaja cakap macam tu!" Kata Gunmin. "Ya betul tu,"

"Ma-maharaja?!" Serentak kata mereka yang terkejut dengan kehadiran maharaja.

"Beta mahu bincangkan pelan dan strategi beta bersama dengan kamu semua, agar senang untuk kamu semua arahkan pada yang lain nanti, itu sebab beta dan jeneral aturkan semua ini bersama untuk beritahu pada kamu semua. Senang kerja, nanti bila dah perang kita serang ikut strategi kita kan jeneral?" Terang maharaja diikuti anggukan daripada jeneral kim.

[✔]《RED MOON<붉은 달>》 [Oneus]Where stories live. Discover now