ENAM√

100 16 10
                                    


Sedang fokus Jihyo memandu. Secara tiba-tiba seorang kanak-kanak berlari ke tengah jalan tanpa melihat kiri dan kanannya. Walaupun ketika itu lampu isyarat menunjukkan warna merah kepada pejalan kaki

Jihyo dengan pantas memijak pedal brek untuk mengelak dari melanggar kanak-kanak itu. Keretanya hampir-hampir saja melanggar kanak-kanak itu.

"Ya Tuhan. Nasib baik aku sempat tekan brek. Kalau tak apa lah yang jadi sekarang ni"

Jantungnya berdetak sangat laju akibat kejadian yang mengejutkan. Nasiblah waktu itu jalan tidak banyak kereta.

Setelah detak jantungnya kembali normal. Tingkap keretanya diketuk oleh seseorang.

"Minta maaf sangat-sangat cik. Anak saya tiba-tiba sahaja melintas. Nasib baik cik tak langgar dia. Saya memang cuai sebab lepaskan tangan dia tadi. Minta maaf sangat-sangat" ujar ibu kepada kanak-kanak yang melintas tadi.

Dia berulang-ulang kali memohon maaf kepada Jihyo atas kecuaian dan ulah anaknya itu.

"Tak mengapa la puan. Janji anak puan tak jadi apa-apa"

"Maaf sekali lagi ya cik. Sujin minta maaf kat cik ni"

"Sujin minta maaf ya noona. Lepasni Sujin akan tengok kiri dan kanan bila nak melintas" ucap kanak-kanak tadi dengan petah.

 Lepasni Sujin akan tengok kiri dan kanan bila nak melintas" ucap kanak-kanak tadi dengan petah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Takpe. Lain kali jangan buat lagi tau, bahaya"

"Okay"

"Kalau macam tu. Saya minta diri dulu ya cik. Maaf sebab dah menyusahkan cik. Mari Sujin"

"Ahh saya pun nak gerak dah ni. Bye Sujin" kata Jihyo kepada Sujin.

"Bye noona. Harap jumpa lagi. Hehehehe" kemudian Sujin pun berlalu pergi bersama ibunya.

Ketika Jihyo baru mahu memulakan pemanduannya semula. Sebuah kereta mewah yang dipandu dari arah lain hampir-hampir melanggar kereta kesayangannya.

Jihyo segera memberhentikan keretanya di tepi jalan. Begitu juga pemandu kepada kereta mewah itu tadi.

Melihat pemandu kereta mewah itu keluar dari keretanya, Jihyo turut keluar dari keretanya itu.

"Heyy. Kau ni tak nampak ke kereta aku lalu tadi?" marah pemandu tersebut.

"Minta maaf ya encik. Saya tak nampak kereta encik tadi" kata Jihyo.

Dia meminta maaf sedangkan bukan kesalahannya tapi kesalahan lelaki itu yang memandu laju bagai tiada hari esok.

"Senang ja minta maaf. Lepastu nanti buat lagi benda sama. Lain kali mata tu pandang depan, bukan pandang tempat lain. Akal yang tuhan bagi tu guna betul-betul" bebel lelaki itu.

"Excuse me sir. Awak yang salah sebenarnya. Awak tak nampak ke lampu isyarat tu warna apa? Awak yang pandu kereta macam kena kejar pembunuh, lepastu nak salah-salahkan orang"

"Macam ini la encik. Saya tak mahu nak buang masa bergaduh ke bertumbuk dengan encik. Saya minta maaf okay. Saya banyak hal lagi nak diselesaikan. Bye" kata Jihyo kepada lelaki itu.

Belum sempat lelaki itu membalas kata-katanya. Jihyo terlebih dahulu melangkah ke keretanya dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.

"Watde- aku belum habis cakap lagi dia blah macam tu. Ish, kalau jumpa lagi aku ceramah biar telinga dia pekak" lelaki itu menyepak batu di kakinya dan masuk ke dalam kereta.

"Haishh kau pun satu tae, yang kau tiba-tiba maki dia kenapa. Ni semua Jaehyun punya pasal. Pasal dia lah aku lepaskan marah kat orang lain. Nasib baik perempuan tu buat tak kisah"

"Aduhh mesti dia dah tunggu lama ni. Mampus la aku kena bebel. ARGHHH Jaehyun kau tunggu esok aku kerat-kerat kau" gumam Taehyung sambil memukul-mukul stereng kereta yang dianggapnya Jaehyun itu.








"Kenapa la malang sangat nasib aku harini. Tak habis-habis jumpa orang tak betul." Jihyo berkata lalu memasuki laluan menuju ke arah airport.

"Aduhhh, dah lambat pula tu. Ni dah pukul 2.30 ni. Mesti berasap anak Yoo ni tunggu aku. Nasib la aku punya 'mood' nak bergaduh tak ada harini. Kalau tak dah lama insaf mamat tadi aku kerjakan"







"Huargghhh Yeon Seok sorry sangat-sangat"

"Huargghhh Yeon Seok sorry sangat-sangat"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Eh, aku nak naik teksi ni. Tak payah lah susah-susah. Berjanggut tunggu kau. Lain kali aku naik teksi je"

"Eleh, kau naik teksi celah mana. Aku lambat pun bersebab. Konon nak naik teksi. Dah bertahun aku dengar ayat tu. Tapi bila balik muka aku juga yang jadi teksi tak berbayar kau"

"Hihihi. Gurau-gurau manja. Janganlah marah, macam tak kenal je aku punya perangai. Itulah fungsi kawan. Kawan kan tolong antara satu sama lain"

"Kau nak aku tinggalkan kat sini ke? Dah-dah la alasan kau tu. Jom balik, ke kau nak tunggu sampai esok?"

"No. Aku nak balik. Penat ni. Tolong angkat beg aku, banyak barang ni"

"Ishh, menyusahkan la. Banyak gila barang kau. Lain kali dengan kapal terbang ni sekali kau angkut ehh" bebel Jihyo tetapi tetap juga mencapai beg-beg milik Yeon Seok itu.





































I LOVE YOUWhere stories live. Discover now