(SongMoon's Cafe)
"Selamat datang. Encik berdua nak pesan apa?" tanya Jihyo kepada 2 orang lelaki di meja nombor 5.
"Cik. Kalau lembu tengah mengamuk kita kena buat apa nak bagi dia berhenti?" soal salah seorang lelaki di meja itu secara tiba-tiba.
"Tenangkan lembu tu?"
"Salah"
"Ikat lembu tu?"
"Salah"
"Habistu apa jawapannya?"
"Tambah 't' kat hujung lembu tu nanti jadi lah lembut. Kelakar kan saya ni. HAHAHAHHAHA" kata lelaki tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Apalah nasib aku dapat pelanggan tak punya akhlak ni. hati kecil Jihyo bersuara.
Kwon Soon Young a.k.a Hoshi SEVENTEEN
"Hahaha. Kelakar la encik ni, mesti bertuah teman wanita encik dapat teman lelaki macam encik. Sudahlah kacak, pandai melawak pula tu" kata Jihyo.
"Well, memang tidak dapat dinafikan apa yang awak cakap tu. Saya ni bukan nak riak tapi ramai perempuan luar sana yang tergila-gilakan saya. Mungkin awak salah satunya betul tak?" kata sang jejaka yang diberi nama Soon Young itu.
"Abaikan je dia ni cik. Anggap saja lah yang tadi dia tengah 'high' itu yang tiba-tiba merepek tu" rakan kepada lelaki tadi tiba-tiba mencelah.
Soon Young mencebik.
"Ah, tak mengapa" kata Jihyo. Walhal hatinya sudah meronta-ronta mahu mengetuk kepala lelaki sepet tadi dengan buku pesanan yang berada pada tangannya.
"Beri saya ice americano dan chocolate cake" ujar lelaki yang mencelah tadi.
Choi Junhong a.k.a Zelo B.A.P"Okay. Encik pula nak pesan apa?" tanya Jihyo sekali lagi kepada Soon Young.
"Hot chocolate dan chocolate cake" ujar Soon Young dengan bibir yang memuncung panjang mengalahkan mulut angsa.
"2 chocolate cake, 1 ice americano dan 1 hot chocolate. Itu sahaja?" Jihyo bertanya lagi.
"Yup, itu sahaja"
"Okay, pesanan encik akan siap dalam masa 15 minit" ujar Jihyo dan berlalu pergi.
Sambil menyusun pesanan ke atas dulang Jihyo melirik ke arah jam tangannya.
"Eit, dah pukul 12 tengah hari la. Aku kena gerak pergi airport ni. Kang jalan 'jam' lama menunggu anak Yoo ni kang"
"Eunha"
"Ya unnie. Ada apa?" tanya pekerjanya itu.
"Tolong hantar pesanan ni pada meja nombor 5. Lepastu pesan dekat Jaehee suruh tolong jaga cafe. Unnie nak keluar ada hal sekejap" pesan Jihyo sambil mencapai beg tangannya.
"Unnie datang semula tak lepastu?"
"Datang, tapi mungkin lambat sikit"
"Okay" kata Eunha lalu pergi menghantar pesanan ke meja nombor 5.
Ketika Jihyo ingin keluar dari cafe Jaehee menegurnya.
"Nak pergi mana? Awal lagi nak balik"
"Aku nak pergi ambil anak Ahjumma Yoo ni. Kau tolong jaga kedai jap"
"Aik. Asal kau yang kena jemput pula?"
"Dia dengan suami dia 'busy'. Jadi aku la kena jadi driver tak berbayar"
"Ooo. Haa yela, dah pergi. Kang lambat pula. Hati-hati bawa kereta tu"
"Baik boss" ujar Jihyo dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
I LOVE YOU
FanfictionPerjumpaan secara tidak sengaja yang membawa kepada pekara baik atau buruk? Nak tahu sila baca. Sorry baru nak berjinak menulis di pakcik oyen ni. Sebarang kesalahan harap dimaafkan. Sorry sebab jarang update kerana memikirkan jalan ceritanya. Huhu...