"Please, aku merayu jangan buat aku macam ni."
"....."
"Aku janji lepas ni aku dengar semua cakap kau, but please aku tak nak dipaksa macam ni"
"....."
"Arghh, sakit weh! Jangan buat aku macam ni, aku belum ready lagi."
"......"
"ARGHH!!!"
_____________________________
"Adik, bangun!! Mimpi apa kamu ni? Teruk sangat mengigau tu." Kak Fina segera mengejut aku bangun.
Ya dia kakak aku, tapi dia kakak angkat aku. Aku menjadi yatim piatu sejak 5 tahun lagi. Ibu bapa aku meninggal di bunuh oleh perompak. Masih segar di fikiranku saat ibu bapa aku dibunuh.
Tapi aku cukup bersyukur masih ada keluarga yang sudi jaga aku seperti anak mereka sendiri. Aku tidak pernah sama sekali dilayan seperti anak angkat, malah aku di layan sama rata dengan adik beradik angkat aku.
"Tulahh, kakak dah pesan jangan tidur lepas asar. Kan dah mimpi yang bukan-bukan, sekarang pergi mandi sana nak maghrib dah ni."
"Anas masih mengantuk la kak, nak tido balik boleh tak?" Ujar aku sambil menguap.
"ANAS, KAMU TU DAH BESAR! PERGI MANDI SEKARANG JUGA!" Marah Kak Fina.
"Yela, baik akakku yang garang seperti singa." Aku terus berlari masuk ke dalam bilik air.
"Apa kau kata? Ada yang aku sumbat mulut kau dengan cili nanti." Dengus Kak Fina sambil mengemas katil aku.
Aku manja? Yup aku memang sangat manja tapi hanya dengan akak aku sahaja la. Lupa pulak nak kenalkan diri aku, aku Zairul Anas bin Chan Fitri. Aku merupakan anak tunggal dan aku berkacuk cina, so jangan pelik kenapa aku comel. Tiber.
Selesai mandi aku segera bersiap-siap dengan sangat simple.
"Kak, akak masak apa makan malam ni? Adik lapar la." Aku sedaya upaya cuba mengintai Kak Fina dari jauh.
"Ni ha akak masak ayam merah dengan telur dadar je. Buat-buat tanya pulak kau ni."
"Ade apa-apa yang boleh adik tolong? Kesian pulak adik tengok akak masak sorang-sorang." Aku terus membelek bawang yang dah dikupas.
"Kau demam eh anas? Sejak bila kau jadi prihatin ni? Ke kau nak bodek aku ni ha? Selalunya tak kisah pun akak buat apa kat dapur ni ha." Kak Fina segera membelek muka aku.
"Ish akak ni, time orang nak tolong buat reaksi macam tu. Bila tak tolong mula pot pet pot pet, kalah makcik Senah belakang rumah tu. Takde la, adik just kesian kat akak je. Betul ni tak nak adik tolong?" Aku menepis tangan Kak Fina dan terus acah-acah nak pergi.
"Ye la, pergi tengok nasi yang akak dah tanak tu. Klau dah siap kau gaul-gaul sikit bagi cepat kering. Lepas tu, pergi kemas meja makan sana. Sekejap lagi baba nak balik dah." Kak Fina menyambung menyiapkan masakannya.
"Owh, harini baba balik eh? Mama ada sekali tak harini? Ke mama terpaksa duduk rumah kat KL tu?"
Baba dan mama aku ade dua buah rumah. Rumah yang aku duduk ni dekat Pahang. Maklum la baba dengan mama aku memang original Pahang. Cuma disebabkan kerja, mereka terpaksa beli rumah dan berpindah di Kuala Lumpur sana tu.
"Haah, baba balik dalam dua tiga hari ni je. Macam kamu tak kenal baba kamu tu, selalu sangat risaukan anak-anak kat rumah. Kalah mama tau." Seloroh Kak Fina
Kami berdua terus tergelak dan menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi.
_____________________________
"Aih, penatnya!" Keluh aku.
"Baru tolong sikit dah mengadu penat, kau ni laki ke perempuan? Akak yang perempuan ni pun masih lagi gagah, buat malu je la kau ni." Bebel Kak Fina.
"Akak tahu tak beza akak dengan burung murai?" Kak Fina pandang aku pelik.
"Apa?"
"Takde beza pun akak dengan burung murai tu, sama-sama suka bising. Naik pekak telinga dengar. HAHAHAHAHA." Dekah aku kat situ.
"Eh bangang punya adik. Kau tunggu aku pijak kau nanti." Kak Fina segara capai bantal dan lempar ke aku.
'buk'
"Sejak bila akak pandai headshot kepala org ni? Ni mesti main pubg selalu ni." Kak Fina hadiahkan aku jelingan tajam sambil berlalu ke dapur semula.
"Assalamualaikum, baba dah balik." Aku segera mendapatkan baba dan terus menyalami dia.
"Ada barang yang nak diangkut tak baba?” tersenguk-senguk aku melihat kereta baba.
"Ada banyak, pergi amik kat bonet kereta baba tu." Baba terus masuk ke bilik untuk menyegarkan dirinya.
Sedang aku ambil beberapa beg kat bonet aku tetiba ade suara menegur aku.
"Tak payah nak tamak sangat amik banyak-banyak kau tu dah la lembik."
Terlepas semua barang yang aku pegang tadi. Terkejut aku bila tahu kehadiran dia kat sini.
"Apa kau buat kat sini? Bukan kau masih study kat Gothenburg ke? Kenapa mesti sekarang kau muncul kat rumah ni?"
Aku tak dapat terima kepulangan dia selepas apa yang dia lakukan kat aku.
"Aku..."
.
.
.
.
.
.
.
Sorry guys kalau tak berapa okay? Sebab saya masih baru dalam dunia penulisan ni..Jangan lupa vote dan komen tau, need you guys punya pendapat.
