ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 5

325 90 90
                                    

Setahun sebelumnya,

Minho mengambil gambar bunga di taman hotel itu dengan menggunakan kamera Yera.Kameranya tertumpu ke arah cafe yang berhampiran taman itu.Dia "zoom" kan kameranya sebaik melihat kelibat dua orang yang dikenalinya.Mingi dan isterinya.

Yera merengus geram.Sakit betul hatinya bila diugut begitu.Dia menendang kerusi di meja makan tadi melepaskan geram lalu menuju semula ke arah Minho.

Minho mengalihkan kamera ke arah lain lalu menyimpulkan senyuman melihat kelibat isterinya seperti tak nampak apa-apa.

"Dah...jom jalan.",kata Yera lalu menarik tangan Minho namun Minho tak berganjak.Yera menoleh ke belakang.

"Sayang...saya nak tanya something boleh...and saya nak Sayang jujur dengan saya.",Minho bersuara.Yera mula rasa tak sedap hati.Dia hanya mengangguk kecil.

"Kenapa Mingi ada kat sini?Bukan ke rumah dia dekat Incheon?",tanya Minho terus terang dan dia juga mahu jawaban yang jujur dari isterinya.

Yera menundukkan mukanya ke lantai memikirkan jawaban.Ini semua pasal lelaki tak guna tu.

"Sayang?",panggil Minho bila Yera hanya mendiamkan diri.

"Hmm..dia ada interview kat sini,pastu dia mesej saya cakap nak jumpa kat cafe..mianhae saya tipu awak.",jawab Yera.Rasa bersalah mula menyerbu hatinya.Harap-haraplah Minho percaya.

"Ouh...kenapa tak ajak saya jumpa dia...Boleh makan sekali.",jawab Minho.Dia percaya dengan kata-kata Yera memandangkan Mingi pernah bertanyakan pasal kerja.

"Dia nak balik dah malam ni.Kita nak pergi mana lagi?",Yera mengubah topik.Minho pula menunjukkan ke arah pantai

Mereka berdua menyaksikan matahari terbenam di pantai.Yera agak teruja memandangkan itu kali pertama dia mengalaminya.Sempat juga Minho mengambil gambar isterinya dengan berlatarkan matahari yang hampir terbenam.

Mingi yang berada tidak jauh dari kedudukan pasangan itu hanya memerhati.

"Kalau kau tak nak buat,biar aku yang buat.",getusnya dalam hati.Dia cuma menunggu masa untuk menyelesaikan misinya.Lebih tepat,misinya bersama Yera.

===

Keesokannya,Minho mengajak Yera ke pasar yang terkenal di Pulau Jeju untuk membeli cenderahati oleh kerana esok hari terakhir mereka berbulan madu.

Banyak juga cenderahati yang dibeli Minho untuk pekerja-pekerjanya dan tak lupa juga Pakcik Minsik.Untuk mereka pula,Minho membeli baju sedondon.

"Awak...nak tuuuu..",panjang muncung Yera menunjuk ke arah gerai makanan ringan.Minho yang melihat muncung itu mencubit pipi isterinya.Gedik sangat.

"Okay sayang.. anything for you..",balas Minho.Mulutnya juga turut muncung.Yera tergelak kecil.

Gerai yang ditunjukkan Yera itu sudah di luar kawasan pasar jadi keadaan di situ kurang sesak dengan orang ramai.

Sementara Minho membeli makanan untuk mereka,Yera menunggu di bahu jalan.Plastik-plastik yang penuh dengan cenderahati diletakkan atas jalan.Dia mengipas-ngipas mukanya kerana cuaca yang agak panas.

Minho melambaikan tangannya ke arah Yera sambil membawa makanan.Senyuman di muka Minho menghilang sebaik melihat kelibat lelaki asing menghampiri isterinya.Cepat-cepat dia berlari ke arah Yera.

Yera menoleh ke tepi lalu terkedu bila Mingi yang sedang tersenyum menghampirinya sambil memegang sebilah pisau kecil.

Yera memejamkan matanya menunggu masa diserang Mingi.Dia membuka mata sebaik merasa sekujur tubuh memeluknya erat.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now