ℂℍ𝔸ℙ𝕋𝔼ℝ || 11

247 75 103
                                    

Setahun sebelumnya,

Balik dari Cafe,Minho merebahkan dirinya di atas sofa.Sekarang dia mahu menenangkan fikirannya yang bercelaru.Baru hendak melelapkan mata,terdengar suara esakan.Dia bangun semula dari pembaringannya lalu menuju ke atas.

Pintu bilik dikuak dan kelihatan Yera menangis di hujung katil.Tangannya memegang telefon seperti baru saja meletakkan panggilan.

"Sayang...kenapa menangis ni?",tanya Minho lembut.Tangannya mengusap kepala isterinya itu.

Yera mengangkat mukanya memandang Minho yang berdiri di depannya.

"Min..Mingi dah meninggal...",Yera menjawab.Minho tersentak mendengarkan itu.Dia mengekalkan muka yang bersahaja.

"Bila?Sebab apa dia meninggal...",tanya Minho walaupun dia sudah tahu segalanya.Dia mahu tengok sejauh mana penipuan Yera.

"Semalam....dia...dia accident.",Yera menyambung tangisnya.Dia kemudiannya bangun lalu memeluk Minho.

Minho tak membalas pelukan isterinya.Hatinya remuk sekali lagi.Sampai bila Yera terus memperbodohkan dirinya.Siapa dirinya bagi perempuan itu sebenarnya.

"Saya penat ni...nak mandi lepastu nak tidur.Apa pun,takziah.",Minho menolak perlahan badan Yera.

Yera mengangguk sambil mengelap airmatanya.Minho meninggalkan Yera sendirian lalu menuju ke bilik air.

"Kenapa Minho macam biasa je.",getusnya dalam hati sambil melihat Minho masuk ke dalam bilik air.

"Lantaklah...asalkan semuanya dah selesai...sekarang aku boleh teruskan hidup aku.",bebelnya sendirian.

Di bilik air,

Minho membuka pili air di sinki.Dia membasuh mukanya beberapa kali lalu mengusutkan rambutnya.

Kenapa Yera perlu menipu dirinya tentang kematian Mingi.Dan kenapa dia cakap Mingi mati sedangkan lelaki itu masih berada di hospital.

Kepercayaannya pada Yera kembali pudar dan Minho akan terus membiarkan Yera dengan penipuannya sehingga dia mencari semua jawaban.

===

Yera menyediakan makan malam.Minho pula berada di bilik bacaan selepas bangun dari tidurnya.Sejak kebelakangan ini,kerjanya agak banyak sehingga terpaksa dia menyambung separuh daripadanya di rumah.

"Awak...jom makan.",kedengaran sayup suara Yera di balik pintu.Minho mengemas kertas kerjanya sebelum keluar makan.

Minho memerhati gerak geri Yera dari tadi.Yera kelihatan seperti biasa.Tidak pula dia bersedih dan minta izin untuk melawat pengebumian Mingi.

"Awak okay tak ni?",tanya Minho.Yera mengerutkan dahi.Periuk yang berisi lauk itu diletakkan atas meja.

"Of course I'm okay...kenapa tanya.",soal Yera.

"Sebab awak tak nampak sedih walaupun sepupu awak baru meninggal.Awak tak nak melawat ke?",sindir Minho.

Yera sedikit terkejut dengan kata-kata Minho.Mengapalah dia boleh lupa pasal Mingi.Dia memandang ke arah lain mengelak daripada bertentang mata dengan suaminya.

"Kita melawat esok nak? Kat mana tempat pengebumian Mingi..",Minho sengaja mendesak.

"Tak payahlah...jauh tempat dia.",Yera mencari alasan.

Dia berharap dalam hatinya supaya Minho berhenti menyoalnya tentang Mingi memandangkan dia juga tak tahu keadaan sebenar Mingi selepas dia meninggalkan lelaki itu sendirian tempoh hari.

𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓Where stories live. Discover now