*Sambungan flashback*
"Apa maksud kau suruh aku kahwin dengan dia?!",Seonhee meninggikan suaranya.Dia memang belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga di usia yang masih muda.
"Aku buat semua ni sebab rancangan akulah.Kalau kau kahwin dengan dia,dapatlah kau peratus saham sebagai isteri dia dan dalam pada masa yang sama,kita boleh rampas syarikat dia.",terang Mingi.
Seonhee masih menarik muka,apa yang dirancang abangnya itu memang tak terlintas langsung di kepalanya.Mingi memang gila.
"Arasseo...tapi aku nak dalam 3 bulan,semua dah selesai.Kalau tak,aku cancel semua plan kita.",balas Seonhee.
Mingi mengangguk setuju.Setakat 3 bulan,apalah sangat baginya.Malam itu,Mingi bermalam di situ memandangkan rumahnya agak jauh dari rumah Seonhee.
===
Yera datang lagi ke rumah Seonhee untuk berjumpa kawannya sebelum bertolak ke Seoul petang itu.
"Tak payahlah susah-susah datang rumah aku.Kita boleh je kan contact.Aku doakan supaya perkahwinan kau kekal hingga akhir ayat.",ucap Seonhee tanpa perasaan.
Yera pula hanya memeluk kawannya itu sambil mengelap airmatanya.Seonhee ialah satu-satunya kawan dia yang rapat.Kawannya yang lain pula semua duduk jauh dari tempatnya.
Setelah lama berpelukan,Yera melepaskan pelukan tadi.Airmata masih berbekas di pipinya.
"Kau bertolak pukul berapa?",tanya Seonhee.
"Dalam setengah jam lagi.Sebab Tuan Lee yang datang jemput kitaorang.",beritahunya.Seonhee tersenyum mendengar jawaban Yera.Sekarang,semua rancangannya dengan Mingi boleh berjalan dengan lancar.
===
Suasana dalam kereta agak riuh kerana perbualan antara Tuan Lee dengan Encik Kim.Radio yang dipasang juga hanya kedengaran sayup-sayup.Yera pula sesekali tergelak kecil bila Tuan Lee mengenangkan semula kenangannya semasa kecil.
Encik Kim yang memandu kereta itu,gagal mengelak bila sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,merempuh kereta yang dipandunya.
Dalam sekelip mata,kereta itu sudah terjunam di gaung.Yera pula masih dalam keadaan separuh sedar manakala dua lelaki separuh usia itu sudah tak kedengaran suara.
"Ap..Appa",panggilannya perlahan.Namun tiada jawaban.Yera melihat keadaan luar melalui tingkap.Keadaannya ketika itu terbalik disebabkan kereta yang dinaikinya itu terbalik akibat terjunam tadi.
===
Mingi keluar dari lori yang dipandunya tadi sambil menjenguk keadaan di bawah gaung.Seonhee pula baru tiba di tempat itu.
"Surprised!!",Mingi mendepakan tangannya meraikan kejayaan rancangannya.
"Kau ambik lori siapa pulak ni?",soal Seonhee sebaik melihat lori itu.Bahagian depan lori itu pula sudah remuk akibat hentaman kuat.
![](https://img.wattpad.com/cover/229779591-288-k757591.jpg)
YOU ARE READING
𝐓𝐑𝐔𝐒𝐓 || ˡᵉᵉ ᵐⁱⁿʰᵒ || ✓
Mistério / SuspenseSelepas kehilangan bapanya dalam sebuah kemalangan jalanraya, Lee Minho berkahwin dengan seorang gadis, Kim Yera yang juga merangkap teman baiknya ketika masih kecil dulu atas permintaan bapanya sebelum ini. Kehidupan perkahwinan mereka berdua sanga...