"Maaf Eunbi, appa tak mampu hadir untuk kamu. Appa..."
Suara lirih seorang tua kedengaran sayup-sayup saja di hujung talian. Seolah-olah tidak cukup tenaga walaupun untuk menjawab panggilan.
"Appa busy. Takpe appa.. Eunbi ok je kat sini. Appa pun jangan lupa jaga makan tau." Eunbi bersuara lembut. Pandangannya kaku. Memandangkan ayahnya tidak akan nampak riak wajahnya sekarang, dia tidak memaksa diri kali ini.
"Maafkan appa Eunbi. Appa sayang Eunbi.."
"Eunbi pun sayang appa.."
"Tuttt... Tuttt"
Panggilan diputuskan oleh pihak sana. Eunbi tau apa yang berlaku kepada ayahnya. Namun dikuatkan sahaja semangatnya.
✼ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ✼
Hujan turun berderai-derai, semakin lama semakin lebat. Daripada pantulan tingkap, mampu melihat sahaja wajah Eunbi yang sayu.
Sejak dia mengetahui kesihatan ayahnya semakin merosot, Eunbi kurang ceria berbanding dulu. Hanya kerap termenung dan marah-marah.
Jauh berbeza dengan sikap asalnya. Yang periang, menceriakan dan sentiasa tak lekang daripada senyuman.
"Patut ke aku berenti dan jaga appa je?" Eunbi bermonolog dalam hati. Memikirkan tentang umurnya yang boleh dikira agak berusia berbanding trainee yang lain membuatkan dia terasa rendah diri.
Company pasti ingin mendebutkan yang muda-muda sahaja. Berbanding dirinya yang sudah masuk usia 20-an namun masih lagi berstatus trainee.
Eunbi mengeluh berat. Termenung memandang awan yang gelap, menitikkan air hujan yang lebat.
"bulgeun haega sesuhadeon paran bada geomge~~ Oh ~Oh ~muldeulgo~~ gureum bibaram ogadeon hayan haneul hoesaek~ bitteulgo~ mamsoge~ chajaon~ eodumeul geudaero dugo bameul~ deopeun~ chagaun geurimjamanyang gudegeomge eoreumdeuri~~ nogajimyeon
jogeum~deo ttatteutan noraega naoltende~ eoreumdeureun wae geureoke~ chagaulkka~ chagaulkkayo~~"Satu lagu pilu dinyanyikan oleh Eunbi. Namun hujan menjadi semakin lebat berbanding tadi. Senyuman pahit terukir di bibir Eunbi.
"Suara aku makin tak sedap mungkin."
Salah satu kepercayaan mengatakan, sesiapa yang menyanyi namun hujan turun atau hujan menjadi semakin lebat bermakna suaranya sumbang.
Hujan yang semakin lebat memaksa Eunbi untuk menjauhkan diri daripada tingkap kerana angin yang kuat memercikkan air hujan daripada sudut2 tingkap yang berlubang.
YOU ARE READING
❄️FIRST SNOW | 첫눈 |
Aventura𝟯𝟱 𝗴𝗶𝗿𝗹𝘀 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗱𝗶𝗳𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁 𝗰𝗼𝗹𝗼𝘂𝗿𝘀, 𝘄𝗵𝗼 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗰𝗵𝗼𝘀𝗲𝗻 𝘁𝗼 𝗱𝗿𝗮𝘄 𝗮𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗯𝗹𝗮𝗻𝗸 𝗽𝗮𝗴𝗲𝘀? ⓒsince July 2020