"UNNNIEEE!!!"
Jeritan Hana yang menerjah masuk dorm kecil mereka bergema sehingga tercoret satu 'seni' baru di atas buku nota B6 milik Yeuna.
Ya, seni contengan zaman neolitik. Yang macam kat gua tu. Haaa lebih kurang.
"Yeah appa Hana dah hantar duit, unnie.. jom la shopping~~~~"
Diikutkan hati, mahu saja Yeuna menaikkan tangannya apabila tangannya ditarik Hana namun ditahan sahaja. Kang tak pasal2 dia kena hukuman disiplin sebab pukul teammate sendiri.
"Yeuna tengah sibuk la Hana.. jangan kacau dia." Yeuna menarik nafas lega sebaik sahaja Eunbi bersuara tegas. Tapi dia mengeluh kembali apabila menyedari Eunbi cuma menegur dalam keadaan acuh tak acuh. Mana maunya? Eunbi tak toleh pun kat diorang.
"Alaaaa meh la unnie. Hari ni je kita xde latihan kan. Kalau lambat nanti sold out."Hana mula memberontak apabila kemahuannya tak dituruti. Kakinya dihentak-hentak dan mukanya membuat riak wajah yang pelik, bibir kecilnya dinaikkan ke hidung. Hudoh bebenor di mata Yeuna.
Barangkali menyedari ketidakselasaan mereka, Yeonsoo yang sejak tadi berada di ruang pantri yang kosong itu mendekati mereka. "Yelah yelah, jom keluar. Kebetulan unnie pun nak beli eyeliner baru."
Sebelum mereka melangkah pergi, Yeonsoo membuang isyarat tangan 'semua beres' kepada Yeuna. Yeuna dan Eunbi menarik nafas lega sebaik sahaja 'gangguan' sudah berjaya dihalau dengan jayanya.
"Hana ni pun.. hari ni je kita boleh rehat daripada latihan. Buat jela aktiviti indoor." Luah Yeuna tak puas hati. Tumpuannya terhadap penulisan lirik terganggu, menyebabkan dia frust selama beberapa minit.
Tadi asalnya dah ada idea, lepas Hana terjah idea tu terus hilang. Ke mana hilangnya idea tu? Keluar shopping ngan Hana dan Yeonsoo mungkin.
"ARGHHH GERAMNYA AKUUU" Yeuna menconteng isi notanya secara mengkhinzir buta. Dikoyaknya helaian yang diconteng itu lalu dilemparnya.
Namun lemparannya terkena kepala Eunbi.
"Kau pun sekor lagi, buat hal jugak... KELUAR!!"bentak Eunbi dengan marah.
Lorh, kok teruk bangat amuk si Eunbi sih? Period ka?
✼ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ҉ ✼
Selepas dihalau keluar oleh Eunbi dari dorm, Yeuna mengambil keputusan untuk pergi ke kafe berdekatan dorm saja. Atleast boleh la jugak nak minum2 kan? Tekak pun dahaga sebab lama sangat fikir idea nak tulis lirik.
"TING!"
"Eoseo oseyo... (Selamat datang)"sapa staf kafe tersebut sebaik saja Yeuna berada di kaunter pesanan.
"Americano satu, tanak ais"
Simple dan cepat. Yeuna terus mengeluarkan wangnya tanpa menunggu cashier itu menyatakan harga.
YOU ARE READING
❄️FIRST SNOW | 첫눈 |
Adventure𝟯𝟱 𝗴𝗶𝗿𝗹𝘀 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗱𝗶𝗳𝗳𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁 𝗰𝗼𝗹𝗼𝘂𝗿𝘀, 𝘄𝗵𝗼 𝘄𝗶𝗹𝗹 𝗯𝗲 𝗰𝗵𝗼𝘀𝗲𝗻 𝘁𝗼 𝗱𝗿𝗮𝘄 𝗮𝘁 𝘁𝗵𝗲 𝗯𝗹𝗮𝗻𝗸 𝗽𝗮𝗴𝗲𝘀? ⓒsince July 2020