Selepas panggilan telefon itu habis ditamatkan, dia mengeluh perlahan. Kekasihnya tidak dapat datang ke majlis perkahwinan eommanya hari ini kerana keluarga mereka perlu pulang ke Busan.
❝ Jihyo, ❞ Yoon Ri memanggil. Jihyo yang sedang menatap telefonnya itu, memandang Yoon Ri yang berdiri bersebelahan dengan Jae Rim.
❝ Eomma dengan appa dah habis layan tetamu ke ? ❞ soal Jihyo.
❝ Belum lagi, semua tengah menjamu selera. Mari sini, appa dengan eomma nak kenalkan kamu dengan abang tiri kamu ❞ tutur Yoon Ri.
Dia dan Jae Rim membawanya sehingga lah mereka bertemu dengan seorang lelaki muda yang kacak.
❝ Perkenalkan ini Taehyung, abang tiri kamu ❞ kata Jae Rim. Jihyo memandang Taehyung dihadapannya itu. Lelaki itu tinggi dan sangat kacak.
❝ Taehyung, ini Jihyo adik tiri kamu ❞ kata Yoon Ri pula. Taehyung memandang Jihyo sambil menggingit bibirnya perlahan. Cantik. Lalu mereka berdua berjabat tangan.
❝ Jadi, lepas ini kita sekeluarga akan tinggal serumah. Appa dengan eomma harap sangat Jihyo boleh rapat dengan Taehyung ❞ tutur Jae Rim.
❝ Mestilah yang Jihyo akan rapat dengan Taehyung oppa nanti ❞ balas Jihyo. Senyuman lebar diberikan.
Taehyung terkedu melihat senyuman manis Jihyo. Gadis itu sangat cantik dan manis jika tersenyum begitu.
❝ Baguslah, kamu berdua kenallah dulu. Eomma dengan appa mahu sambung layan tetamu ❞ ujar Yoon Ri. Lalu ditarik tangan Jae Rim berlalu dari situ.
Keadaan mereka berdua sangat kekok. Sebelum Jihyo dahulu membuka suara.
❝ Oppa, kerja ke masih belajar ? ❞ tanya Jihyo.
❝ Aku masih belajar dekat universiti. Kau pula ? ❞ soal Taehyung.
❝ Oppa tahukan yang saya muda beberapa tahun daripada oppa. Mestilah saya masih sekolah ❞ jawab Jihyo.
Taehyung pula hanya meng'oh'kan sahaja. Kemudian, tiba-tiba muncul Hani ditempat itu.
❝ Jihyo, dekat sini pun kau ! Penat aku cari kau dekat tempat makan tadi ❞ tutur Hani.
❝ Maaflah, eomma aku bawa aku jumpa oppa aku dekat sini tadi. Alang-alang kau ada dekat sini, kenalkan ini Taehyung oppa ❞ kata Jihyo.
Hani seraya sahaja memandang wajah Taehyung. Senyuman mula menghiasi wajahnya.
❝ Oppa, ini kawan rapat Jihyo. Nama dia, Hani ❞ tutur Jihyo. Taehyung hanya mengangguk sambil memandang Hani yang sedang leka memandang wajah kacaknya.
Kim Taehyung, sudah pastilah dia tahu yang dirinya kacak sehingga gadis itu tenungnya sebegitu.
❝ Annyeong ❞ sapa Hani teruja. Taehyung tidak membalas malahan dia hanya tersenyum sahaja memandang Hani.
❝ Hurm- tadi kau kata kau cari aku. Kenapa ? ❞ tanya Jihyo. Menghilangkan rasa kurang selesa pada dirinya dan Taehyung yang melihat Hani.
❝ Tadi aku cari kau sebab aku nak minta diri, mak aku suruh balik awal sebab ada hal ❞
❝ Aku minta diri dulu, ya. Terima kasih sebab jemput aku dan jangan lupa kata tahniah daripada aku untuk appa dengan eomma kau ❞ balas Hani lebar.
❝ Sama-sama. Terima kasih juga sebab kah sudi datang ❞ ucap Jihyo. Lalu mereka berdua berpelukan.
Selepas meleraikan pelukan, Hani memandang Taehyung yang masih berdiri disitu memandang mereka berdua.
❝ Bye, abang kacak. Saya balik dulu ❞ ujar Hani malu.
❝ Nae, annyeong ❞ balas Taehyung. Hani tersenyum lebar sebelum dia berlalu dari situ.
❝ Maaflah kalau oppa tak selesa tadi dia pandang oppa macam itu. Dia kalau jumpa lelaki kacak memang macam itu ❞ tutur Jihyo menghilangkan rasa tidak selesa dalam diri Taehyung.
❝ Ani, aku tahu yang aku ini kacak sampai dia pandang aku macam itu. Cuma kau aja yang tak pandang aku macam itu bila kau jumpa aku tadi ❞ balas Taehyung.
❝ Oppa jangan perasan, ya. Ramai lagi lelaki yang lagi kacak dekat luar sana ❞ kata Jihyo. Lalu dia beredar dari situ menuju ke ruang makan.
Taehyung terdiam sebelum dia tersenyum sinis. ❝ Iyalah, itu. Nanti wajah kacak aku juga yang kau akan selalu mahu pandang ❞
Seperti Jihyo, langkahnya dibawa menuju ke ruang makan untuk mengisi perut yang kosong.
+++
to be continued .
YOU ARE READING
STEPBROTHER | TaeHyo
Fantasy❝ psychopath stepbrother. ❞ * Taehyung Kim * Jihyo Song