❝ Jihyo, kamu nak bawa bekal ke pergi sekolah ini ? ❞ soal Yoon Ri.
❝ Nak, lagipun dah lama Jihyo tak bawa bekal ❞ balas Jihyo.
❝ Tunggu sekejap, eomma masukkan sandwich ini dalam bekas dulu ❞ tutur Yoon Ri. Sandwich yang dibuatnya tadi dimasukkan ke dalam bekas berwarna biru.
Selepas itu, bekas itu diserahkan kepada Jihyo. ❝ Gumawo, eomma ❞ ucap Jihyo. Badan Yoon Ri itu dipeluknya.
❝ Hari ini kamu pergi sekolah dengan Taehyung, ya. Eomma pergi kerja dengan appa sekejap lagi. Lagipun, jalan universiti Taehyung sama jalan dengan sekolah kamu ❞ tutur Yoon Ri.
Beberapa minit selepas itu, Taehyung tiba di ruang makan itu. ❝ Jihyo dah siap ke ? ❞ tanya Taehyung.
❝ Sudah. Eomma ada buatkan sandwich pagi ini, kamu mahu tak Taehyung ? ❞ soal Yoon Ri.
❝ Gwechana, nanti Taehyung makan dekat kafeteria universiti aje ❞ balas Taehyung.
❝ Kalau macam itu, kamu berdua boleh pergi. Takut terlambat pula Jihyo nak masuk kelas nanti. Hati-hati ya ❞ ucap Yoon Ri.
❝ Nae, omma. Annyeong ❞ kata Jihyo. Dia berlalu keluar daripada rumah itu bersama Taehyung.
Selepas itu, Jihyo dan Taehyung memasuki kereta mewah milik Taehyung dan pantas sahaja kereta mewah Taehyung itu menyusuri jalan raya.
+++
❝ Gumawo, oppa ❞ ucap Jihyo sebaik sahaja mereka tiba dihadapan sekolahnya.
❝ Sama-sama. Balik nanti kau tunggu aku ambil kau ❞ ujar Taehyung.
❝ Gwechana, Jihyo boleh balik jalan kaki aje ❞ tolak Jihyo.
❝ Jangan melawan, balik nanti kau balik dengan aku. Keselamatan kau, keselamatan aku juga ❞ tutur Taehyung.
❝ Iyalah, oppa. Jihyo keluar dulu, annyeong ❞ kata Jihyo. Pintu kereta dibukanya lalu ditutupnya kembali.
Sempat dia melambai tangannya kepada Taehyung sebelum kereta Taehyung meninggalkan perkarangan sekolah itu.
Dia memasuki perkarangan sekolah itu. Matanya memerhati pelajar-pelajar yang baru tiba pagi itu.
❝ Hani ! ❞ panggil Jihyo yang perasan ketibaan Hani itu. Dibawa langkahnya mendekati gadis itu.
❝ Jihyo, awalnya kau sampai ❞ ujar Hani.
❝ Takdelah, aku pun baru sampai. Taehyung oppa yang tolong hantarkan aku pagi ini ❞ gerutu Jihyo.
❝ Taehyung oppa, seriuslah ? Melepas aku nak tengok wajah kacak dia pagi ini ❞ tutur Hani. Bibirnya dicebikkan sedikit.
❝ Gatalnya, kau ini. Dengan abang tiri aku pun kau suka, ya ? ❞ kata Jihyo.
❝ Mestilah ! Dia kacak. Takkan kau tak jatuh cinta dengan wajah kacak dia ? ❞ tanya Hani.
❝ Aku dengan dia tak lebih daripada adik beradik. Lagipun, sekarang ini aku hanya jatuh cinta dengan Changwook aja ❞ balas Jihyo.
❝ Baiklah, kau kan jatuh cinta dengan Changwook seorang aja. Kajja, kita masuk kelas ❞ kata Hani. Lalu mereka berdua berlalu pergi ke blok sebelah kanan yang menempatkan kelas mereka berdua.
+++
❝ Sayang ! ❞ panggil Changwook yang melihat kelibat Jihyo yang sedang mendekati ke arahnya.
❝ Maaflah kalau buat awak tunggu lama. Saem lepaskan kitorang lambat tadi ❞ ucap Jihyo.
❝ Gwechana, saya pun baru keluar kelas ❞ balas Changwook.
❝ Maafkan saya sebab hari itu tak dapat pergi majlis perkahwinan eomma dengan appa awak. Lagipun awak tahukan yang nenek saya di Busan itu sedang sakit, jadi saya dengan keluarga kerap melawat dia dekat sana ❞ cerita Changwook.
❝ Takpa, saya faham. Saya harap nenek awak cepat sembuh ❞ ucap Jihyo.
❝ Saya, pun. Jangan lupa kata tahniah ya daripada saya untuk eomma dengan appa awak ❞ kata Changwook.
❝ Nae ❞ balas Jihyo sepatah.
❝ Dah lewat ini, awak taknak balik ke ? Saya kena balik sekarang sebab nanti eomma saya ajak jumpa kawan dia ❞ kata Changwook meminta diri.
❝ Hurm, saya nak balik lah ini. Hari ini abang tiri saya yang ambil saya daripada sekolah. Mesti dia tengah tunggu itu ❞ jawab Jihyo.
❝ Awak ada abang tiri ? Wah, awak tak bagitahu saya pun ❞ kata Changwook.
❝ Macam mana saya nak bagitahu awak kalau kita pun jarang berjumpa ? Sekarang ini awak dah tahukan. Ya, saya ada abang tiri. Nama dia Kim Taehyung ❞ balas Jihyo.
❝ Dia kacak macam saya ke ? ❞ tanya Changwook.
❝ Dia kacak, tapi saya rasa awak lagi kacak daripada dia ❞ jawab Jihyo. Changwook pula sudah tersenyum kembang.
Teman wanitanya ini, pasti sahaja mampu membuatkan dirinya cair. ❝ Baguslah kalau macam itu ❞ ujar Changwook.
Pipi gadis itu diusapnya sebelum dia mengucup dahi gadis itu. ❝ Baiklah, saya balik dulu ya ❞ pinta Changwook.
❝ Nae, nanti mesej saya tau ❞ sempat Jihyo memesan. Changwook hanya mengangguk membalas sebelum dia beredar dari taman bunga sekolah mereka itu.
❝ Susahnya sekarang ini kalau saya nak borak lama-lama dengan awak, Changwook. ❞
Jihyo mengeluh perlahan. Selepas itu, langkahnya pula dibawa beredar daripada taman bunga itu.
+++
to be continued .
YOU ARE READING
STEPBROTHER | TaeHyo
Fantasy❝ psychopath stepbrother. ❞ * Taehyung Kim * Jihyo Song