| 07

1.2K 134 5
                                    

Jihyo memandang pantulan wajahnya dihadapan cermin gantung biliknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyo memandang pantulan wajahnya dihadapan cermin gantung biliknya itu. ❝ Cantik ❞ pujinya perlahan.

Lalu beg tangan berjenama Gucci yang dihadiakan Changwook bulan lepas, dicapai.

Hari ini, dia akan keluar berjanji temu bersama kekasih hatinya itu. Sudah hampir dua bulan mereka tidak keluar bersama kerana lelaki itu selalu pulang ke Busan untuk melawat neneknya yang sakit.

❝ Aik, Jihyo. Kau nak pergi mana pakai cantik-cantik ini ? ❞ soal Taehyung sebaik kelibat Jihyo muncul di tingkat bawah itu.

❝ Pergi keluar dengan kawan ❞ balas Jihyo.

❝ Iya ke ? Kawan lelaki atau kawan perempuan ? ❞ tanya Taehyung lagi. Dia mula bangkit daripada sofa itu dan mendekati Jihyo.

Wajah serius ditayangkan pada gadis itu. Sudahlah baru awal pagi dan gadis itu pula ingin keluar meninggalkannya seorang diri dirumah ?

❝ Kenapa abang nak tahu ? Bukan urusan abang pun ❞ jawab Jihyo acuh.

❝ Kenapa aku nak tahu ? Aku abang kau dan kau tanggungjawab aku. Jadi, semua tentang kau aku perlu tahu ❞ balas Taehyung dingin.

❝ Abang jangan melebih boleh tak ? Saya ada hidup saya sendiri, jadi abang tak perlu nak kongkong hidup saya ❞ ujar Jihyo. Dia memandang Taehyung geram.

❝ Sekarang ini kau nak kata aku kongkong hidup kau pula ? Aku tanya kau kan kau nak keluar dengan siapa. Jangan tipu aku ❞ kata Taehyung. Mukanya didekatkan dengan wajah gadis itu.

❝ Saya nak keluar dengan namjachingu saya. Puas hati abang ?! ❞ balas Jihyo kasar.

Taehyung mengetap bibirnya geram pabila mendengar balasan Jihyo itu. ❝ Kau ada namjachingu ? ❞

❝ Ya, saya ada. Macam mana saya kenal dia atau apapun bukan urusan abang. Sudahlah, saya dah lewat ini ❞ kata Jihyo. Wajahnya dijarakkan daripada wajah Taehyung dan lantas sahaja dia beredar keluar daripada rumah itu.

Pintu rumah itu sengaja ditutupnya kuat. Taehyung merengus kasar lalu disepaknya kerusi yang berada bersebelahan dengannya.

❝ Bodoh ! Dia dah ada namjachingu lah Taehyung, haish ! ❞ ujar Taehyung. Rambutnya dikuak kebelakang sebelum dia menaiki tangga menuju ke biliknya.

+++

Maaflah sebab saya sampai lambat. Awak baru sampai atau dah lama ? ❞ ucap Jihyo sebaik sahaja dia tiba di kafe itu.

❝ Gwechana, saya baru aja sampai. Kita pesan makan dahulu lepas itu kita baru bual, ya ❞ balas Changwook.

Pelayan dipanggil lalu mereka berdua memesan makanan dan minuman masing-masing.

❝ Terima kasih ❞ ucap Jihyo dan Changwook serentak kepada pelayan yang telah mengambil pesanan mereka tadi.

❝ Jadi, kenapa sampai lambat ini ? ❞ soal Changwook.

❝ Taehyung oppa itulah. Dia sibuk nak jaga hidup saya dan macam taknak bagi saya keluar jumpa awak tadi ❞ balas Jihyo. Bibirnya dicebik perlahan mengingati perangai Taehyung sebentar tadi.

❝ Biasalah itu, mungkin dia risaukan awak sebab awakkan adik perempuan dia ❞ tutur Changwook.

❝ Adik tiri ajapun bukannya lebih daripada itu. Eomma sebelum ini okay aja kalau saya nak keluar dengan awak, bukannya macam dia kena tanya banyak kali ❞ tutur Jihyo.

Changwook pula sudah tertawa perlahan. ❝ Takpelah, asalkan sekarang ini awak dah dapat jumpa saya. Hari ini awak cantik sangat, tahu ❞ puji Changwook. Dia tersenyum melihat wajah cantik gadis itu.

❝ Awak ini, ada-ada ajakan untuk buat saya malu ❞ jawab Jihyo. Wajahnya yang memerah ditundukkan sedikit daripada dilihat Changwook.

❝ Mana ada, dah memang fakta yang awak itu cantik ❞ puji Changwook lagi. Ikhlas.

❝ Awak pun apa kurangnya, kacak ❞ puji Jihyo pula.

❝ Itu saya memang sudah tahu ❞ balas Changwook tidak berbasa-basi.

❝ Yah, perasannya awak ! ❞ kata Jihyo. Bahu Changwook dipukulnya perlahan.

❝ Sakitlah, sayang ! Nak buat macam mana, dah memang saya kacak ❞ ujar Changwook sambil tersenyum sumbing.

Jihyo pula sudah tertawa perlahan melihat reaksi Changwook itu. Lelaki itu pasti sahaja ada yang membuatkannya geli hati.

+++

to be continued .

STEPBROTHER | TaeHyoWhere stories live. Discover now