001

241 45 72
                                    


ೋ❀❀ೋ═══ • ═══ೋ❀❀ೋ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ೋ❀❀ೋ═══ • ═══ೋ❀❀ೋ

6 tahun lepas..

" Awak okay tak ? " soal Seolbin lalu mengusap lembut belakang suaminya itu. Seungmin hanya tersenyum nipis.

" Awak pergilah berehat . Mesti awak penat buat semua kerja rumah sorang - sorang tadi kan ? Tak payah risau pasal saya " kata Seungmin. Seolbin menggeleng kepalanya.

" Tapi saya nak teman awak . Awak pun tidur lah jugak . Awak dah dua hari awak tak tidur " kata Seolbin. Seungmin mengeluh kecil.

" Takpe . Dah saya selesai kira duit ni nanti saya tidur eh ? Awak pergi tidur dulu . Awak kena dapatkan rehat yang cukup . Awak kan- " kata - kata Seungmin terhenti di situ.

" Ye saya tahu , saya mengandung . Saya kena banyak berehat " kata Seolbin lalu menggulingkan matanya. Seungmin hanya tersengih.

" Haa . Kenapa masih berdiri kat situ ? Nak saya ulang apa yang saya cakap tadi lagi ke ? "

" Ye lah . Good night . Awak jangan lupa tidur tau ? Awak kena bangun awal esok " kata Seolbin. Seungmin mengangguk dan tersenyum manis ke arah Seolbin.

Seolbin hanya menggeleng kepalanya dan berjalan ke bilik tidur. Keluhan kecil dilepaskan.

' Seungmin , awak kena tanggung semua ni sebab saya kan ? Menyusahkan betul lah saya ni huh '

' Lepas saya dah bersalin dan sihat nanti saya tolong awak cari duit '

' Huh . Aku benci diri aku sendiri '

Punggung dilabuhkan di atas katil. Pintu bilik itu direnung lama. Ingin sahaja dia mengheret Seungmin masuk ke dalam bilik itu dan menyuruhnya tidur.

Seungmin POV

Dah tidur ke si Seolbin tu? Hmm. Aku nak je tidur tapi aku tak dapat tidur. Banyak lagi hutang yang aku belum langsaikan lagi.

Jam dinding yang terletak tidak jauh dari aku itu, aku pandang. Pukul 2.30 pagi. Wah. Aku kena turun kerja pukul 6.30 pagi esok.

Sempat lagi ke aku nak tidur?

Aku tak mengantuk pun...

Aku tak nak diorang ambil anak aku huh...

Flashback

" Boleh saya jumpa dengan Encik Kim Seungmin ? " soal seorang lelaki yang menggunakan kemeja putih dan seluar hitam.

" Kejap ye " jawab pekerja itu.

" Panggilan untuk cashier , Kim Seungmin . Kim Seungmin sila ke bilik pekerja sekarang "

Seungmin yang masih melayan pelanggan hanya fokus dengan tugasnya.

" Weyh . Ada orang panggil kau tu . Kau pergi je . Nanti aku sambung buat kerja kau " kata Hyunjin.

" Betul ni ? "

" Ye . Haaa pergi cepat " kata Hyunjin. Seungmin pun mempercepatkan langkahnya ke bilik pekerja. Langkahnya terhenti apabila dia melihat seorang yang sangat dikenali dari tingkap bilik pekerja itu.

Kim Seungmo .

Abang kembar kepada Seungmin .

Perlahan - lahan tombol pintu bilik itu dipulas.

" Haa Seungmin . Abang awak nak jumpa awak ni " kata Han lalu tersenyum manis. Seungmin mengeluh kecil, dia sudah tahu apa sebab abangnya datang ke situ.

" Kau nak apa ? "

" Mana duit kau ? Dah sebulan kau belum bayar hutang kau kat aku " kata Seungmo. Seungmin hanya membuat muka menyampah.

" Haa mana duit tu ? " soal Seungmo lalu menepuk - nepuk meja kecil di hadapannya.

" Apa maksud kau sebulan ? Aku baru je bagi kau duit tu sebulan yang le- "

" Excuse you ? Kau bayar aku separuh je . SEPARUH LAGI MANA HAH ?! " soal menghentak kuat meja kecil itu. Seungmin terdiam seketika.

" Erm- seungmo . Aku tak de kena mengena dengan hal ni tapi kau bagilah adik kau tu peluang . Kesian dia . Dia dah bayar separuh kan ? Cukuplah tu " kata Felix. Seungmo menjeling tajam ke arah Felix.

" Cukup ? CUKUP KEPALA HOTAK KAU " bentak Seungmo. Felix menundukkan kepalanya kerana takut untuk melihat wajah Seungmo.

" Kau . Janganlah marah dia . Dia tak de kena mengena dalam hal ni " kata Seungmin. Seungmo menggulingkan matanya.

" Okay . Aku bagi kau tempoh tiga hari . Kalau kau tak dapat langsaikan hutang kau . Aku ambil anak kau . Aku bu- " kata - kata Seungmo terhenti di situ.

" Kau jangan libatkan dia . Dia belum lahir lagi pun " kata Seungmin dengan nada dingin. Seungmo tergelak setelah mendengar kata - kata Seungmin.

" Kalau kau tak bagi aku bunuh dia . Aku bunuh kau je lah eh ? Sejuk sikit hati aku kalau tak tengok muka kau kat muka bumi ni " kata Seungmo lalu berjalan keluar dari bilik itu.

" Weyh Seungmin . Kau okay ke ? " soal Felix lalu berlari ke arah Seungmin. Seungmin hanya mengangguk.

" Kejap eh . Kau tunggu sini . Aku nak ambil sesuatu dulu " kata Felix lalu berlari ke loker yang terletak di sudut bilik itu. Beg miliknya diambil. Dia pun berlari semula ke Seungmin.

" Kau nak balik ke ? "

" Eish . Bukanlah . Nah kau ambil duit ni " kata  Felix lalu menyerahkan sampul yang berisi duit itu kepada Seungmin.

" Eh- kau dah kenapa ni ? Kau simpan je lah duit tu . Kau sakit " kata Seungmin lalu menyilangkan tangannya. Felix mengeluh kecil.

" Aku dah sihatlah " kata Felix.

" Tapi kau selalu sakit "

" Alah . Aku sakit asma je . Rileks ler " jawab Felix dengan muka selamba.

" Kau pergi klinik tu perlu berbayar oi "

" Ambil je ni . Dah jangan banyak cakap lagi "

" Tapi- "

" Kalau aku mati takpe , aku belum ada isteri dengan anak . Kalau kau ehem , kesian isteri kau . Dahlah aku nak kencing dulu . Duit yang selebihnya kau tambah sendiri lah ye ? Hehe " sengih Felix lalu berjalan keluar dari bilik itu.

End Flashback

" Huh

•| ⊱✿⊰ |•

𝓽𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

his dad ; seo changbinWhere stories live. Discover now