Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ೋ❀❀ೋ═══ • ═══ೋ❀❀ೋ
9.45 pm
" Lambatnya awak balik hari ni "
" Tadi hujan lebat kan . Awak nak saya demam ke ? Jalan kaki balik rumah masa hujan lebat " kata Seungmin lalu mencebik bibirnya. Seolbin hanya tersenyum.
" Oh ya . Bila eh awak beranak ? " soal Seungmin.
" Tunggu masa je . Kenapa ? " soal Seolbin pula. Seungmin pun duduk di sebelah Seolbin.
" Saya tak sabar nak tunggu anak kita keluar hehe . Saya takut saya tak sempat- "
" Tak sempat apa ? Awak janganlah cakap benda bukan - bukan " kata Seolbin dengan nada risau. Seungmin tersenyum nipis.
Setiap hari dia berharap dan berdoa supaya dia dapat melihat anaknya tetapi dia dapat merasakan bahawa hidupnya tidak lama lagi.
" Oh ya hari ni Areum unnie dengan Wooyoung oppa kata diorang nak bermalam kat sini sebab rumah diorang tengah dicat . Si Areum unnie tu dia tak tahan dengan bau cat sebab tu lah diorang nak bermalam sini malam ni . Boleh kan ? " soal Seolbin. Seungmin tersenyum manis lalu menganggukkan kepalnya.
" Okay ! Kejap eh . Saya nak tanya bila diorang nak sampai . Bolehlah Saya nak sediakan makan malam awal " kata Seolbin lalu pergi ke bilik tidur.
Seungmin mengeluarkan telefon miliknya. Mesej yang dihantar oleh Felix dibuka.
Yongbok Lee
Yongbok Lee Weyh Seungmin.. aku tau duit yang aku bagi kat kau tadi tak cukupuntuk kau langsaikanhutang kau tapi takpe aku akan tolong kau cari duit lagi !
You Eh . Tak payahlah . Susahkan kau je .
Yongbok Lee Aku buat semua ni sebab aku tak nak apa - apa yang buruk jadi kat kau . Aku nak balasjasa kau . Aku terhutangbudisangat dengan apa yang kau buat kat aku dulu . Kau marah budak - budak yang ejek aku sebab aku ada freckles dulu .
You Ala.. tu benda biasa je . Nenek aku pun boleh buat.
Yongbok Lee Biasa bagi kau . Istimewa bagi aku 👍 btw stay safe and goodnight aku nak berhibernasi ni .
' Haih . Menyusahkan orang betul lah aku ni ' keluh Seungmin. Kedengaran loceng pintu rumah itu berbunyi.
" Masuklah . Pintu tu aku belum kunci lagi " jawab Seungmin. Kelihatan dua orang pasangan suami isteri memasuki rumah itu.
" Uish . Berani betul kau ni . Kalau penjahat masuk rumah korang tadi macam mana ? " soal Wooyoung sambil menggelengkan kepalanya. Seungmin menggosok lehernya.
" Haa korang dua pergilah letak beg korang kat bilik tu " arah Seungmin. Wooyoung dan Areum hanya menurut arahan Seungmin.
" Oh ya . Seolbin mana ? " soal Areum.
" Dia kat tingkat atas . Pergilah jenguk dia " jawab Seungmin. Areum pun berlari ke tingkat atas.
" Oh ya hyung . Maaflah kalau rumah ni tak selesa macam rumah hyung " kata Seungmin sambil tersenyum nipis.
" Selesa lah . Bukannya kita tidur kat longkang pun . By the way , terima kasih sangat - sangat kat kau dengan Seolbin sebab izinkan kitorang bermalam kat sini malam ni " ucap Wooyoung sambil tersenyum manis.
" Alaa . No problem lah . Lagikan korang kan abang ipar dengan kakak ipar aku " kata Seungmin.
" Bila hyung nak pergi honeymoon ? Bukan hyung kata bulan ni ke ? " soal Seungmin.
" Tak jadi . Kitorang plan nak pergi honeymoon lepas si Seolbin dah bersalin . Manalah tau baby tu nanti cari pak cik dengan mak cik dia " kata Wooyoung lalu tersengih.
Kedengaran telefon bimbit milik Seungmin berdering.