Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Seolbin POV
'Aku dah selamat bersalin. Tapi si Seungmin ni mana eh? ' soalku. Aku capai telefon miliku yang terletak di sudut meja bersebelahan.
' Huh ' keluh aku. Nombor Seungmin aku dial tetapi tidak dijawab. Dia mula berfikir bukan-bukan.
' Dia curang ke? '
' Dia kena bunuh ke? '
' Kena culik? '
' Ke dia lari dari rumah? '
“ Eish. Aku mesti berfikiran positif. Aku nak pergi tengok baby aku. Hehe ” kata aku sambil tersenyum riang. Aku turun dari katil dan berjalan perlahan-lahan untuk keluar dari wad ini.
Sebaik sahaja aku berjalan keluar dari wad aku, aku terdengar suara beberapa orang yang sangat lantang mengarah semua orang untuk ke tepi.
“ TEPI! TEPI! ” jerit seorang doktor dan beberapa orang jurarawat.
Aku cepat-cepat menyandar di dinding yang berdeketan untuk memberi laluan kepada mereka. Kelihatan lelaki yang baring di atas katil tersebut berlumuran dengan darah.
' Kesiannya.. ' kataku. Setelah mereka masuk ke dalam wad ICU, aku pun pergi ke wad bayi. Aku hanya melihat anakku dari luar wad. Aku terdengar perbualan seorang doktor dan seorang jururawat yang berdiri di hadapan wad ICU tersebut.
“ Pesakit kita tidak dapat diselamatkan. Awak dah cuba hubungi ahli-ahli keluarga mendiang yang terdekat ? ” soal doktor tersebut. Jururawat itu mengangguk laju.
“ Saya sudah cuba untuk telefon isteri dia. Tapi, dia tak jawab. Saya dengar isteri si mendiang tu ada kat hospital ni ” jawab jururawat itu.
“ Siapa? Jururawat ke? ” soal doktor itu.
“ SEOLBINNIEE !! ” jerit Areum dari belakang sambil berlari ke arah aku. Wooyoung yang mengikuti isterinya itu dari belakang.
“ Eish. Janganlah bising. Nanti orang kat sini marah ” tegur aku. Areum hanya tersengih.
“ Asal kau tak masuk wad ni? Tak nak tengok muka anak kau ke? Apa nama dia? ” soal Areum bertubi-tubi. Mata aku masih fokus memandang doktor dan jururawat itu.
“ Kim Minseol. Aku malaslah nak masuk aku tengah khusyuk dengar perbualan orang ni. ” jawab aku sambil memandang ke arah jururawat dan doktor yang berdiri tidak jauh dari mereka itu.
“ Pasal ahli keluarga terdekat mendiang tu. Diorang kata isteri mendiang ada dekat hospital ni. Mesti dia sedih kan ” jawab aku. Wooyoung mengangguk faham.
“ Kwon Seolbin ” kata jururawat itu.
Sepantas kilat kami bertiga menoleh ke arah doktor dan jururawat itu. Jantung aku berdegup laju