1

24 2 2
                                    

Kang Daniel melangkah keluar dari bangunan utama syarikat penjualan gula-gula kapas miliknya.

Siapa sangka bahawa syarikat bernama Unicorn Candy Ent. tersebut merupakan pusat agensi The Assassin yang melatih pembunuh upahan berjaya terbesar di Asia.

"Tuan, nak saya hantarkan tuan pulang?" Pelawa Park Jihoon, assassin 009. Lelaki itu memang seorang yang peramah dengan semua orang kecuali mangsanya. Dia juga orang kedua paling peramah antara pembunuh upahan di situ.

"Tak apa, saya balik jalan kaki sahaja. Bukan jauh sangat rumah saya," tolak Kang Daniel. Lelaki itu lebih suka berjalan kaki ketika berulang-alik dari pejabat ke rumah. Katanya, berjalan boleh sihatkan badan.

Daniel memasuki lorong kecil yang menjadi jalan pintas dari pejabat ke rumahnya. Tadi kata berjalan sihatkan badan tapi ambil jalan pintas juga. Inilah manusia.

Tanpa sengaja, Daniel tersepak batu yang terdapat di atas jalan.

"Aduh, sakitlah! Kau dah kenapa duduk dekat jalan aku? Sakit kaki aku!" Tengking Daniel. Oi, bang. Sejak bila jalan ni jadi milik kau?

Maka, batu pun pasrah.

Ketika itulah Daniel terpandang lelaki memakai mask dan memegang dagger di belakangnya.

Oleh kerana dirinya telah disedari lelaki itu mengambil langkah mendekati Kang Daniel.

CEO The Assassin itu melangkah ke belakang. Setapak demi setapak diambil akhirnya badan lelaki itu mencium dinding.

"Kau dah tak boleh lari Kang Daniel. Ada kata-kata terakhir sebelum aku tamatkan riwayat kau?" Soal lelaki itu. Pisau yang dipegangnya diletakkan pada leher.

Tiba-tiba Daniel tersenyum.

"Hihi. Sayang," panggil Daniel manja. Suaranya dikecilkan. Bibir bawahnya digigit penuh menggoda.

Dahi lelaki itu berkerut ingin memahami situasi. Dagger pada leher Daniel mengendur. Tergoda mungkin.

"Sayang. Kenapa ni?" Daniel memaut lengannya ke leher si pembunuh. Bibirnya mengukir senyuman penuh makna.

"Ni, sayang kau!" Jerit Yeonsoo sambil menikam dagger miliknya pada bahu lelaki yang cuba membunuh Kang Daniel tadi.

Terasa dirinya terancam, lelaki itu terus melarikan diri dengan bahu yang masih bercelucuran darah.

"Kau lepaskan dia macam tu sahaja?" Soal Daniel. Tidak puas hati rasanya kerana lelaki itu cuba membunuh Daniel.

"Tak lah. Tengok tu," arah Yeonsoo. Matanya memandang ke arah lelaki tadi yang sudah terbaring tidak jauh dari mereka.

"Saya dah sapu racun pada dagger tu," sambungnya lagi.

"Kau bunuh dia?" Soal Daniel tidak percaya.

"Yalah. Kenapa?" Soal Yeonsoo semula. Nak Lepas salah, bunuh pun salah jugakah?

"Bengap juga assassin 001 ni kan? Macam mana nak soal siasat kalau pembunuhnya mati?" Kang Daniel menunjal perlahan kepala Yeonsoo.

Yeonsoo tersengih apabila tersedar kecuaiannya.

"Halah, ni yang tak boleh nak marah ni. Comel sangat crush aku sorang ni," ucap Daniel perlahan sambil memandang ke arah lain. Bengap pun crush kesayangan dia juga.

"Apa? Tuan kata saya comel? Terima kasih." Ucap Yeonsoo. Bibirnya mengukir senyuman manis. Berkali tengok pun tak sesuai dia jadi assassin.

"Mana ada. Aku kata kau ni bengap. Tak sesuai jadi assassin 001," tipu Daniel.

"Eleh, dulu tuan juga yang naikkan pangkat saya," balas Yeonsoo tidak mahu kalah.

"Dah lah. Saya pergi dulu," sambung Yeonsoo lalu pergi meninggalkan Daniel sendiri.

The AssassinTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang