Dalam bilik Aisy..
Telefonnya berdering menandakan ada orang menelefonnya. Laju sahaja dia mencapai telefon dan mengangkat panggilan tersebut.
" aslm, wey " sapa Adellea dibalik talian.
" wslm, ha nak apa? " soal Aisy.
" aik dah lupa lah tu~~ " kata Adellea dengan nada merajuk.
" lupa ? Lupa apa ek ? " soal Aisy dengan kening yang berkerut cuba untuk mengingat sesuatu.
" jarang kau nak lupa sesuatu perkara tau, ni pelik. Mesti ada apa² kan ? " tebak Adellea.
" eh..ma-mana ada. Aku dah ingat, kau nak ajak aku pergi celebrate kan ? Aku main² jer tadi hehehe.. " kata Aisy kening yang tak gatal digaru.
" yeye lah tu... Nanti lagi setengah jam aku sampai tau " pesan Adellea.
" ok nanti kau pakai baju mana ? "
" baju yang mickey mouse tu lah. Kau ada lagi kan? "
" ouh yang tu ada² jumpa jap lagi tau "
" bye "
"bye "
🍰🍦🍰🍦🍰
Ting tong !!
" alamak minah tu dah sampai !! " kata Aisy seorang diri. Kelam kabut dia sebab mencari baju maklumlah dah lama tak pakai.
Laju sahaja dia turun tangga kalau ikut kan hati mahu saja dia terjun dari tingkat atas sampai bawah tapi...takut bangun² kat dalam kubur.
" hye babe !!! " sapa Aisy sebaik sahaja membuka pintu.
" hye !!! Mana auntie ? " soal Adellea.
Baju Aisy
Baju Adellea
" sapa panggil auntie tadi ? Tersedak auntie kat dapur tu " kata Datin Dahlia.
" terkejut Adell ingat hantu mana lah tadi " kata Adellea tangannya mengurut dada.
" muka cantik macam auntie ni boleh Adell kata macam hantu ? Sampai hati eh ? " kata Datin Dahlia seperti berjauh hati.
" alolololo auntie jgn lah merajukkk, Adell nak pinjam anak auntie boleh tak ? "
" pinjam ? Nak pergi mana ? " soal Datin Dahlia.
" nak pergi celebrate !! " jwb Aisy yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
" ouhhh...dua je ? "
" ada la-- " belum sempat Aisy menghabiskan ayatnya Adellea memotong.
" yer, kitorang dua je "
" ouh, ok take care "
" ok, mommy. "
Baru saja masuk kereta Adellea diserbu dengan berjuta soalan.
" tak ajak el ke ? Tapi kenapa ? Kesian dia...nanti dia tersinggung, macam mana ? Nanti dia...KENAPA KAU TAK AJAK DIA ?! " soal Aisy hairan.
Adellea mendiamkan diri, matanya tetap memandang telefon.
" Adell... Aku tanya ni " soal Aisy lagi, tapi kali ini dia menggoyangkan lengan Adellea. Adellea terus beralih pandangan ke arah Aisy.
" kau masih anggap dia kawan kau ? " soal Adellea.
Aisy terkedu, tak sangka soalan itu keluar dari mulut Adellea." wey ! Ke-kenapa kau cakap macam tu ? Of course dia kawan kita. Korang gaduh ke ? " mahu terkeluar air mata Aisy tapi di tahan. Hati tisu biasa.
" selepas apa yang dia buat kat kau kau still anggap dia kawan kau ? "
" buat apa ? " soal Aisy hairan.
" tak da apa lah aku gurau jer. Lagi pun esok kan cuti mana tahu dia nak pergi oversea. "
" ouh.. Lupa pulak, kau ni buat aku risau tau " kata Aisy walaupun didalam hati dia tidak percaya, cukup sekadar menenangkan hati sendiri.
" hehehehh "
" sampai bila aku nak tipu dia. Aku tahu el ada rancangan " bisik Adellea.
Tiba di baskin robbens..
" selamat datang " kata penjual itu.
" wey kau pegi cop tempat " pesan Adellea.
" alright " kata Aisy.
Selepas memesan ice cream, Adellea pergi ke arah meja Aisy.
" wahhhh....ice cream strawberry !!!! " dengan gelojohnya Aisy makan.
" uit, makan slow², kau nak tercekik ke ? Kalau kau mati aku tak nak uruskan jenazah kau " kata Adellea sekadar gurauan.
" jahat gila kau !!! Kau memang nak aku mati kan? Sampai hati.. Huwaaaa " rengek Aisy.
" shuuu..aku nak makan. Malas aku nak layan drama korea kau kat sini. Makan banyak² tau ! Aku beli banyak ni "
" makan je kerja " usik Aisy dihujungnya ketawa kecil. Adellea terus mencerlung tajam ke arah Aisy
🍦🍦🍦
Selepas makan...
" erkkkk " sedawa Adellea.
" oiy, sopan lah sikit anak dara uittt " tegur Aisy
" hehehehh, kenyang sangat lahhh "
" lepas ni nak pergi mana eh ? " soal Aisy jari telunjuknya di letakkan di dagu.
" wayang jom " jwb Adellea.
" nak³ !!! " kata Aisy teruja.
" jap aku gi bayar "
Sedang Aisy memerhati sekeliling dia terpadang dua susuk tubuh yang amat dia kenali. Nafasnya makin laju, matanya mula berkaca. Tapak tangannya usah di kata sudah basah lecun.
" betulkah apa yang aku nampak ? " soal Aisy di dalam hati.
-Bersambung-
YOU ARE READING
🍦 Be My Last 🍬
Romance"Maybe i'm not your first love but i wish i will be your last" - ?? Mengesahkan tentang seorang gadis sekolah menengah , Aisy Dania. Seorang yang peramah , baik dan setia dalam percintaan . Namun kesetiaannya dikhianati oleh cinta pertamanya , Edria...