Bab 20 ❤

29K 1.1K 72
                                    

"Eh beb cuba kau tengok Adriana tu! Ya Allah gedik nya dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh beb cuba kau tengok Adriana tu! Ya Allah gedik nya dia. " ujar Dayang dengan lenggok geli nya.

"Dah lah seksi nak mampus! Apa dia ingat uni ni bapa dia punya. Huh! Lambattt lagi lah. " sambung Riana pula dengan muka menyampah.

Aisyah hanya tekun mendengar. Malas mahu tambah dosa. Cukup cukup lah dosa dengan suami. Heh!

"Eh kau ni Syah! Kitaorang cakap dengan kau! Boleh pula kau mengelamun. "

Marah Dayang. Sedari tadi hanya mereka sahaja yang bersuara. Aisyah hanya diam ataupun meng'hm' kan soalan yang mereka ajukan.

"Tak ada apa apa lah. Aku cuma penat je hari ini. " jawab Aisyah penuh yakin.

"Kau ni Dayang! Cuba cuba lah kau faham kan si Aisyah ni. Dia kan baruu je kahwin. "

"Ouh jadi nya Syah penat sebab malam pertama dia lah. Faham faham! Sorry Syah !"

Tersenyum sumbing Dayang dan Riana bila malam pertama menjadi sebutan Dayang. Aisyah sudah membuat muka menyampah. Malam pertama? Huh! Lambatttt lagi. Lagi pun dah dua bulan kahwin. Apa yang malam pertama nya?

"Tapi bukan ke si Aisyah ni dah dua bulan kahwin? " Dayang mengiyakan kata kata Riana.

"Alah hari hari malam pertama ye dok? " serentak itu terhambur ketawa Riana dan Dayang tapi tidak bagi Aisyah.

"Jangan nak merepek sana! Bukan malam pertama tapi malam peperangan! " gerutu Aisyah. Bila diingatkan semula kejadian malam semalam membuat dia panas.

Flashback

Gelas yang terletak elok di cabinet diambil Aisyah dengan menjengket sedikit kaki nya. Dapat sahaja Aisyah melepaskan keluhan berat. Bukan main tinggi!

Sinki didekati sebelum membasuh gelas itu dengan cermat. Selesai sahaja kaki nya menghayun ke peti ais untuk mengambil susu HL yang dibeli nya tempoh hari.

Dituangkan susu itu ke dalam gelas lalu kotak yang telah habis itu dibuang ke dalam tong sampah.

Belum sempat Aisyah mahu mencicip air susu HL itu Ryan terlebih dahulu minum nya dengan rakus. Ternganga Aisyah melihat susu kegemaran nya diminum rakus oleh Ryan.

"Apa ni!? " jerit Aisyah lantang. Dah lah itu yang terakhir. Selamba badak dia je ambil.

Kening Ryan bertaut. Takkan minum pun tak tahu? Apa guna dikurniakan otak tapi tak diguna kan. Ye dok?

"Minum? Takkan tu pun tak tahu. Tak sekolah ke kau ni. "

Gelas yang sudah kosong itu diletakkan di atas meja kaca yang berada di tengah tengah dapur itu sebelum dengan muka tidak bersalah berjalan meninggalkan Aisyah.

"Oi beruk! " laung Aisyah. Sungguh hati nya sekarang sakit seolah olah ada sebilah pisau menghiris hatinya.
Walaupun kerana susu kegeraman nya. Dah nama pun favorite siapa tak marah?!

Ryan berpusing. Telinga belum pekak lagi kan? Dia tak salah dengar kan?

"Beruk? "

"Ha'ah beruk! Awak beruk tu. Yang awak pergi minum susu saya tu asal?! Macam tak ada minuman lain dalam rumah ni. Eh dasar beruk betul lah! Nak je aku humban balik dalam hutan. " geram Aisyah sambil berpeluk tubuh.

"Ewah ewah ewah. Sedap betul mulut kau cakap aku macam tu kan. Hello aku tak pernah pun ambil susu kau. Rasa pun tak. "

"Jadi tadi tu apa? Bukan rasa? "

"Aik sejak bila aku buat. Tak silap aku, aku minum air susu tadi tak ada pula aku minum susu kau. " sinis Ryan.

Aisyah berfikir sejenak. Memikirkan kenyataan dari Ryan. Apa yang dia maksudkan eh?

Nampak sahaja riak muka kebingungan isteri nya spontan dia mengeluh kecil. Susah dapat isteri bengap ni. Dah lah bengap lembab pula tu.

"Eh kau ni lah. Nak tahu sangat apa yang aku maksud kan? " soal Ryan dengan pantas.

Aisyah menangguk laju. Hati nya sungguh kuat mahu tahu akan kenyataan Ryan tadi.

"Ni! " tunjuk Ryan pada dada Aisyah. Lembab sangat kan.

Terkejut Aisyah apabila jari telunjuk Ryan mengena pada dada nya. Terus sahaja Aisyah memukul tangan itu.

"A-pa a-awak ni?! " jerit Aisyah lagi.

"Haih tak faham lagi?! Tadi aku minum susu HL bukan susu kau! Tak faham lagi? " marah Ryan. Dah buat macam tu still tak faham lagi? Susah betul lah hidup dengan orang macam ni.

Memerah muka Aisyah apabila memahami apa yang cuba Ryan sampaikan. Langsung tangan nya naik memukul dada bidang Ryan yang tidak berlapik apa apa.

Laju sahaja kaki Aisyah lari dari ruangan dapur itu. Sesak dada nya lama lama disana. Bukan nya boleh dijangka apa yang bakal terjadi.

Ryan menyeluk kedua tangan nya di poket seluar sukan nya dengan senyuman sinis.

End Flashback

Tergelak Dayang dan Riana mendengar luahan cerita Aisyah. Sesekali kepala mereka digeleng geleng.

"Ya Allah! Serius lah beb? " ujar Dayang dengan sisa tawanya.

"Hish! Kauorang ni kalau nak gelak pun perlahan lahan lah sikit. Kita dekat public kot. " adu Aisyah. Separuh wajahnya ditutup dengan tudung selendang nya kerana banyak mata mata yang memerhati.

"Sorry sorry. Lucu gila suami kau. Kau pun satu tak faham faham. " kini Riana pula membalas seraya mengesat sisi air mata kelucuan di mata nya.

"Teruk lah kauorang ni! Apa yang lucu nya? Geram ada lah! "

"Tak pa aku ada plan untuk kau balas dendam. Amacam? On? "

Terangkat angkat kening Riana dan Dayang menandang Aisyah. Tak sabar mereka menunggu jawapan yang diberikan oleh Aisyah.

"Confirm lah! "

Dayang dan Riana mula membisikkan sesuatu pada Aisyah. Melebar senyuman Aisyah apabila mendengar rancangan mereka.

'Not bad'

'Tunggu kau Ryan! '

'Tunggu kau Ryan! '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now