Bab 41❤

19.9K 894 26
                                    

"Jamah sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jamah sikit. "

Gelengan demi gelengan diberi buat Ryan. Wajah yang polos dengan mata yang sembam membuat Ryan makin risau hari demi hari. Setiap hari boleh kira pakai jari beberapa suap nasi sahaja yang dimakan nya.

"Kali ini aku tak kisah apa dah, kau tetap kena makan. Sampai bila nak jadi macam ni? Huh? "

"Hubby tak faham perasaan orang mengandung. " Aisyah memandang sekilas wajah suaminya sebelum mengerekot ke kepala katil.

Ryan mendengus geram. Asyik cakap benda yang sama. Apa dia perlu mengandung dulu ke? Apa selama ni belum cukup apa yang dia buat?

"Apa lagi yang aku tak faham huh? Selama ni aku memang tak pernah faham perasaan kau lah? " ujar Ryan berjauh hati. Jujur dia cakap sifat isterinya berubah dari hari itu. Mahu keluar bilik pun tak nak!

Aisyah turut berjauh hati. Dia perlukan masa takkan itu pun suami nya tak tahu? Lepas apa yang jadi takkan senang macam tu sahaja dia boleh lupakan?

"Aku tanya Aisyah?! " Tengking Ryan. Mangkuk yang berisi bubur diletakkan di atas meja kopi. Kuat.

Terhenjut bahu Aisyah menerima segala kekuatan bunyi tersebut. Air mata mula bertakung. Cadar katil dicengkam kuat.

"Aku--- "

"Aisyah perlukan masa! Apa hubby ingat Aisyah senang senang boleh lupakan apa yang jadi?! Lepas apa yang Aisyah dengar, lepas apa yang Abang Aarif buat hubby ingat senang untuk Aisyah lupakan? Aisyah perlukan masa hubby. "

Akhirnya terlepas juga segala yang Aisyah pendam selama ni. Selama ini dia pendam agar menjaga hati semua orang. Tangisan yang kuat itu kedengaran di setiap sudut bilik.

"Aisyah nak sangat Abang berubah. Aisyah nak sangat keluarga Aisyah ceria. Bukan ini yang Aisyah nak. Memang Aisyah ada hubby tapi Aisyah juga perlukan keluarga yang bahagia. Hubby ingat Aisyah boleh tenang macam tu je? Aisyah nak sebelum due date Aisyah, keluarga Aisyah bahagia dan diredhai Allah. Aisyah tak tenang hubby. Aisyah tak--- "

Terhenti ayat Aisyah tatkala tubuh tegap Ryan memeluk tubuhnya erat. Disana lah Aisyah mengeluarkan segala yang dia pendam. Belakang badan Ryan ditumbuk sambil mengeluarkan tangisan nya.

Ryan mengusap rambut Aisyah dari atas sehingga bawah rambut. Ubun ubun isterinya dicium berkali kali menenangkan hati isterinya.

"Aisyah tak kuat nak hadap ini seorang diri. Aisyah cuma perlukan seseorang yang sokong Aisyah. Yang jadi tulang belakang Aisyah bila Aisyah susah. "

"Hubby je yang Aisyah ada sekarang. Aisyah harap sangat sangat hubby faham perasaan Aisyah. "

Ryan memegang erat bahu Aisyah. Mata Aisyah yang berair merah tersebut ditenung penuh dalam dan tenang.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now