Jessica pov
"Weyh banyak dowh hadiah...sapa belikan?"Tanyaku sambil memandang Girls
"Kitaorang laaa"Kata Zamira bangga
"Wahh tapi kan aku tak suruh korang belikan...banyak ni"Kataku dengan berkerut
"Kitaorang yang nak"Kata Tasha dan aku memeluk mereka
"Thanks weyh...sumpah aku rasa...huhh macam mana eh?"Tanyaku dengan rasa bersyukur
"Aku paham,aku Paham"Kata Victoria dan aku mengangguk
"Ermmm mana Alex dengan yang lain?"Tanya ku memandang sekeliling
"Ada kat luar kot? Layan tetamu"Kata Zamira dan aku mengangguk
"Buka lah hadiah kau! Aku nak tengok"Kata Tasha dengan mata bersinar dan Zamira memandang dia tajam
"Ni birthday Jessica oky?"Kata Tiana datar
"Tauu tapi aku suspen"Kata Tasha sambil melompat-lompat dan aku menggeleng kepala
"Ermmm okey kita buka"Kataku dan aku membuka hadiah pertama
"Dari Zizy"Kataku perlahan lalu aku membuka hadiah
"Woww"Tak sangka kan dia bagi aku satu baju warna hitam...mahal weyh baju ni aku rasa
"Thanks Zizy"Gumamku dan seterusnya...
"Ziky? Aik tadi Zizy ..sekarang Ziky?"Tawa ku lalu aku membuka hadiah
Ternganga luas mulutku dan kawan-kawan aku yang lain pun tak kalah beza
"Weyh!! Telefon iPhone siak!!"Jerit Tiana tak percaya dan aku mula rasa segan
"Mahal ni.."Gumamku...bukan aku tak tau iphone memang mahal
"Tak de penolakan crush!!"Kata Ziky tiba-tiba lalu dia pergi
Aku mula kekok....dan menyimpan balik hadiah tadi
"Nanti lah eh? Aku buka"Kata ku dan mereka mengangguk setuju
Aku keluar sambil memandang sekeliling...mana Alex? Terasa tanganku dipegang membuat aku menoleh
"Sini pun kau"Kata Alex dan aku tersengih memandang nya
"Kenapa?"Tanyaku dan Alex memberikan satu beg kertas kepadaku
"Ermmm? Apa benda ni"Tanyaku lalu aku membuka beg kertas tadi
Beg Gucci...
"A..awak"Kataku tak percaya dan Alex Tersenyum
"Nah"Kata Alex memberi lagi beg yang siap ada belon lagi
Aku menyambut huluran dia lalu membuka lagi beg kertas
"Wow"Kataku lepas membuka satu kotak yang panjang tapi kecil
"Meh sini"Kata Alex dan memberikan dia kotak tadi lalu dia berpusing ke belakang ku
Rantai weyh! Siap ada benda love dengan nama aku....wuuu
"Ada lagi"Kata Alex dan aku berkerut
"Awak...banyak sangat awak bagi"Kataku lembut dan Alex tertawa
"Untuk isteri tersayang"Bisik Alex dan aku tersipu malu
"Nah"Kata Alex memberi satu lagi kotak sederhana
"Ermmm apa ni?"Tanyaku lalu membuka kotak tadi...ternganga kecil aku
"Jam!"Kataku dan Alex mengambil jam tadi dari kotak tu terus memegang lembut lengan kiriku
YOU ARE READING
Dendam kepada Sayang✅✨ COMPLETED
Romance[BOOK 3]♡ Kisah yang menceritakan seorang gadis bernama Jessica. Anak yatim piatu yang kehilangan mak bapa sejak umurnya 5 tahun. Sering dibuli dan dipaksa Alexander adalah lelaki yang hanya berlakon menjadi cikgu kepada Jessica iaitu cikgu Matemat...