Jessica pov
Alex mengambil troli dan dibawa masuk ke dalam mall....tangan aku dipegang erat oleh tangan kasar kiri Alex manakala tangan kanan nya menolak troli tadi
"So?? Kita nak beli apa??"Tanya aku sambil memandang sekeliling
"Hmm...Beli barang dapur lah...barang dapur rumah kita tu dah habis..."Kata Alex dan aku mengangguk lalu kami pergi ke tempat barangan basah
"Awak...awak nak makan apa malam ni?? Saya masakkan"Kataku lalu Alex memandang aku
"Hmm....kau pandai masak rendang???"Tanya Alex dan aku mengangguk kecil
"Awak nak rendang apa?? Ayam atau daging??"Tanyaku dan Alex memandang depan
"Ayam jelah.."Kata Alex dan aku mengangguk lagi
"Kejap eh.."Kataku lalu melepaskan pegangan...Alex meletakkan tangannya di dalam poket seluar sambil memandang aku
Aku mengambil 2 ekor ayam dan diletakkan di dalam plastik....Aku pergi menimbang ayam tadi dan meletakkan di dalam troli
Aku mengambil 3 bungkus bawang merah dan putih....sebungkus bawang besar diambil...2 paket gula,garam,ajinamoto dan secukup rasa diambil juga
Tepung kentucky,Tepung gandum dan sayur sawi,Salad dan daun kunyit diambil untuk membuat rendang sang suami
Ehek
Serbuk rendang,santan kelapa dan jenis-jenis barang untuk membuat rendang nanti pun diambil
Aku meletakkan semua di troli yang dibawa oleh Alex
"Emm beras masih ada??"Tanyaku dan Alex menggeleng
Kami pergi ke tempat beras dan aku memandang Alex
"Alex ambikkan"Kataku dan Alex memandang aku dengan datar
"Ambik laa..tak berat pun"Kata Alex dan aku mencebik
Sedaya upaya nak angkat tapi tak dapat hmm...Alex pun Hampir tergelak tapi ditahan apabila melihat aku yang hendak mengambil beras dari tadi tak dapat
"Awak!!...ambil laa"Rintih ku dan Alex menggeleng lalu pergi ke arah aku lalu beras tadi diletakkan di troli
"Lemah betul"Kata Alex lalu menolak troli tadi dan aku mencebik...
Sepapan telur diambil dan dimasukkan di dalam troli
"Dah??"Tanya Alex dan aku berpikir sejenak
"Erk...Awak...awak tunggu sini tau..saya nak ambik something"Kataku dan ingin pergi tapi ditahan oleh Alex
"Nope,aku ikut"Kata Alex dan aku berbahang
Aku dengan pasrah membawa sang suami untuk pergi ke tempat tuala wanita
Kami berhenti dan aku menunduk malu...
"Kau nak beli ni ke??"Tanya Alex sambil mengangkat sebungkus tuala wanita yang berwarna ungu jenama Kotex
Alex memandang gadis di sebelah nya yang sedang menunduk malu...dia tertawa kecil lalu mengangguk muka gadis tersebut
"Buat apa nak malu?? Semua benda kau..aku perlu tau.."Kata Alex lalu meletakkan sebungkus Kotex tadi di dalam troli
Alex memegang tangan ku dengan lembut dan kemas lalu dia menolak troli....aku mengeluh dan wajahku kekal merah
Kami pergi ke kaunter bayaran dan Alex mengeluarkan kad kredit nya....malu jugak lah sebab ramai pandang
YOU ARE READING
Dendam kepada Sayang✅✨ COMPLETED
Romansa[BOOK 3]♡ Kisah yang menceritakan seorang gadis bernama Jessica. Anak yatim piatu yang kehilangan mak bapa sejak umurnya 5 tahun. Sering dibuli dan dipaksa Alexander adalah lelaki yang hanya berlakon menjadi cikgu kepada Jessica iaitu cikgu Matemat...