PROLOG| DER ADLERKILLER

178 7 0
                                    

TANGAN memegang pistol Glock 19. Sasaran disasarkan pada musuh disebalik selimut. Orang yang dia percaya selama ini telah terbukti hanya mahukan kuasa. Rakan yang dia betul betul percaya selama ini hanyalah menjadi pisau yang menyiat nyiat isi daging saudaranya sendiri.

"Du scheinst mein Feind zu sein. " (Rupanya, kau lah musuh aku.)

Pistol kesayangannya bermain main di kepala sang mangsa. Dia penat untuk dikhianati lagi. Walaupun itu satu satunya rakan yang dia percaya namun itulah juga musuhnya.

"Die Person, der ich am meisten vertraue, schiebt meinen Rücken." (Orang yang aku percaya, tikam belakang aku sendiri.)

Baginya, rakan dihadapannya dapat diklasifikkan sebagai seorang yang BERANI. Ya, tiada siapa yang berani mempermainkan dia.

Mangsa dihadapannya menggigil ketakutan. Bukannya dia tak tahu kekejaman 'rakannya' itu, dia sudah lali melihat rakannya membunuh orang dihadapan dirinya. Seringkali dia diajak untuk bersama-sama 'menikmati' permandangan itu. Namun dia dah terjebak dengan permainan kuasa yang dia mulakan sendiri.

"Ich möchte dich töten, aber davor möchte ich dich zuerst foltern. "(Aku nak bunuh kau tapi sebelum tu, aku nak seksa kau dulu.)

Dia nak mengajar 'rakannya' supaya menyesal bermain main dengan dia. Lagipun dia tahu mangsanya tahu nasib yang akan berlaku. Tiada ampun bagimu.

Dia tergelak sinis. Matanya kembali tajam seperti helang menikam mangsanya. Jika matanya itu pedang, sudah lama orang disekelilingnya tiada.

"Helft mir! Tut mir leid" (Tolong aku! Maafkan aku.)

Dia perlu mencuba, walaupun tahu itu semua hanya sia sia. Manalah tahu persahabatan yang pernah terjalin dulu membuatkan hatinya kembali lembut.Dia tersenyum sinis.

"Tu ihm weh!" (Seksa dia!)

Anak buahnya mematuhi perintah itu. Bukan mereka tidak tahu, sesiapa yang tidak setujuinya, maka nyawa akan melayang. Jeritan demi jeritan kian menghiasi.

Tetapi sedikit pun tidak terganggu wanita itu. Dia sudah biasa akannya. Baginya itu hanya satu irama lagu yang amat disukainya. Baginya juga itulah kebahagiaan buat hidupnya.

Dialah DER ADLERKILLER.

Dialah THE EAGLE KILLER.

Bukan kerana dia memburu helang, tapi perwatakan seperti helang. Matanya tajam mudah untuk menangkap mangsanya. Dan yang lebih penting dia suka bersendirian dan bersaing.

Baginya semua sudah lengkap. Sempurna. Tapi ada satu sahaja yang dia tiada dalam hidupnya.

Cinta. 

Bukannya tidak pernah mencuba, tapi tidak diterima.

_________________________________________________

 COMMENT AND VOTE =)

Ustaz, My Mafia HusbandWhere stories live. Discover now