••••••••
First kenal, kau nampak aku.
Ya, walaupun aku masih berlagak biasa. Kau sentiasa nampak aku.
Sampailah aku serahkan hati aku semua pada kau. Sampailah aku betul² sayangkan kau.Tapi bila waktu dah berlalu, kau pun dah jumpa orang lain dalam hidup kau. Kau mula tak nampak aku. Walaupun waktu tu aku selalu dengan kau, tanya khabar kau, sakit demam pedih hidup kau.
Kau dah tak nampak..!! Tetap tak nampak aku.Aku fikir betul ke itu kau? Kau dah berubah ke? Tapi aku masih berusaha untuk kata pada hati aku tak! Kau tak berubah. Kau still orang yang aku kenal. Orang yang sama.
Bila waktu berlalu.
Ya, aku mula faham. Kau berubah. Dan aku tahu sebab apa. Tapi aku masih diamkan diri. Aku tak suarakan rasa hati aku tu.
Sebab kalau aku suarakannya, kau akan terluka dan tak mungkin akan faham perasaan orang yang kau dah tak nampak nie dengan kau selama bertahun²Jadi aku biarkan.
Aku biarkan sampai hari ini semata² nak jaga hati kau. Dan satu hal yang membuatkan aku membiarkan saja kau terus begitu. Itu sebab aku nak suatu hari kau sendiri yang akan SEDAR.Aku tahu sampai bila pun aku tak tahu kau akan sedar tapi aku tetap nak kau SEDAR SENDIRI perubahan yang ada pada diri kau tu selama nie.
Sebab aku fikir untuk apa aku yang menyedarkan kau jika kau sendiri tak TERSEDAR. Jadi aku pilih untuk diam.
Datanglah sesuka hati kau pada aku... dan pergilah sesuka hatimu dan datanglah balik setelah itu, tak apa. Sebegitu ikhlas aku padamu. Tak perlu tanya sejauhmana hancurnya hati aku kerana sejak mengenali kau aku sudah bersedia untuk menerima kehancuran demi kehancuran sebuah hati.
Aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau sampai ke Jannah.
Takkan berkurang rasa sayang ni dek kekuranganmu kerana aku telah berjanji pada DIA untuk selalu menjagamu. (ツ)InsyaAllah.
Kau sentiasa dalam hati aku.Tertulis–·
YOU ARE READING
🙂DIARI BUDAK PSIKO☠
RandomAku hanya bayang, yang mempunyai perasaan terhadap sebutir bintang. Bisa sampaikah perasaanku kepadanya nun diatas sana? Atau aku hanya layak melihat sahaja keindahannya dari sudut sepi ini. Ini hikayat aku, Hikayat baru, Hikayat BUDAK PSIKO.