Dulu.
Dululah, aku selalu macam nak marah kenapa Allah selalu “kenal" kan aku dengan manusia yang entah apa-apa dalam hidup. Memang daripada aku sekolah lagi, mesti ada je manusia yang ada masalah.
Masa aku form 5, cikgu aku paksa aku duduk sebelah budak yang paling bermasalah dalam kelas. Kaki ponteng tahap apa ntah, kaki penipu, kaki pencuri. Pernah sekali dia buat hal.ish geram aku.
Aku nak lempang, nak maki hamun dia tapi sebelum tu aku pergi minta izin dengan mak aku dulu. HAHAHAHAHA!!! Bodoh betul. Sekali mak aku boleh pulak tanya aku balik "dia orang susah ke?” Aku jawab memang dia susah. Mak ayah dia bercerai. Ayah dia rogol dia. Sekarang dia kerja kelab malam.
Terus mak aku cakap “dah, jangan mintak dekat dia lagi camera tu.dia nak jual, nak guna duit agaknya”
Haah, mak aku memang pelik bin ajaib. Mak bagi aku duit untuk gantikan camera tu tapi mak tak bagi aku marah budak psiko kelas aku tu. Aku ikut tapi aku tak bercakap dah dengan budak tu. Benci betul aku dengan dia (waktu itulah)
Lepas tu dapat kawan baik pun bermasalah juga. Masalah yang aku rasa tak sesuai aku nak cerita dekat sini. Tapi, aku benci dia juga senang cerita. Bila aku masuk Universiti, ada lagi Allah kirimkan manusia psiko satu class dengan aku.
Dulu, aku marahlah sebab aku tak tahu apa tujuan Allah kirimkan manusia-manusia ni dalam hidup aku tapi sekarang ni aku dah faham. Sebenarnya, setiap kali aku kena mengadap manusia psiko ni, aku akan jadi manusia penyabar.
Mestilah kena sabar sebab kalau aku tak sabar, mak aku marah aku. Muahahahaha!!! Ayam. Lepas tu, Allah nak aku tahu, manusia ada masalah-masalah mereka sendiri. Siapalah yang nak family kucar-kacir kan macam kawan aku? Siapalah yang dirogol kan? Siapalah yang minta dilahirkan miskin kan?
Allah nak aku belajar BERSYUKUR. Itu sahaja. Isinya sikit, tapi aku mengarut kemain berjela. Sial betul🤪
Ini aku punya diari . Jadi suka hati aku la nk share apa..hahaha
YOU ARE READING
🙂DIARI BUDAK PSIKO☠
RandomAku hanya bayang, yang mempunyai perasaan terhadap sebutir bintang. Bisa sampaikah perasaanku kepadanya nun diatas sana? Atau aku hanya layak melihat sahaja keindahannya dari sudut sepi ini. Ini hikayat aku, Hikayat baru, Hikayat BUDAK PSIKO.