19 | T-T

1.7K 75 26
                                    

  Syifa melihat ke atas katil. Mata dah bengkak. Mata, jangan khianati tuan awak. Tuan awak tak nak menangis ni.  Tuan awak kena kuat. Kena kuat untuk suami dia yang struggle untuk hidup. Awak kena kuat supaya suami awak tak lemah di sana. Suami dia memerlukan dia untuk just lagi ni. Awak jangan menangis ye mata.

  "Aaden, Syifa aku tau korang sedih. Tapi korang makan la dulu. Aku beli nasi goreng ayam dengan nasi goreng pataya ni. Air pun ada." Zayyan yang baru naik dari kantin hospital melihat ke arah Aaden yang tengah menyandarkan kepala ke dinding dengan mata tertutup. Kalau benda dah nak jadi apa kita boleh buat? Dah takdir untuk terjadinya macam ni. Kita pun bukan boleh jangka.

  "Kalau aku tau semua ni nak jadi, aku dah jalan dulu dari Ay. Sekurang-kurangnya aku yang ada atas katil tu penuh wayar bukan Ayden." Aaden yang menutup mata bercakap. Syifa senyap. Dia tak rasa lapar langsung. Dia berfikir tentang Ayden. Semoga selamatlah Ayden dari malaikat yang akan meragut nyawanya. Kalau Ayden tiada, bagaimana dia mahu teruskan hidup? Dunia ni dah kosong tanpa Ayden. Dia taknak jadi janda muda. Dia nak Aaden sahaja.

  Cerita dia macam ni, Ayden dilanggar kereta lepas keluar dari Airport kebetulan dia seorang. Bukan satu langgar dia, tiga pulak tu tapi alhamdulillah masih hidup. Badan dia atas katil penuh wayar. Tu pun makan nasib si Zayyan jumpa restoran makanan Malaysia. Kalau tak berspagetti tak pun pizza la hari-hari. Apa nak buat lagi? Perancis bukannya negara mereka. Untuk hire Chef peribadi juga mesti akan ambil masa. Jadi sebab itulah Zayyan buat keputusan untuk terus mencari restoran yang menjual makanan Malaysia.

  "Syifa kau macam mana nak jaga Ay kalau kau tak makan. Aaden kau tak payah mengada. Aku call mummy kau kang." Ugutan Zayyan sedikit pun tidak berkesan. Aaden tetap macam tadi. Syifa pun sama. Langsung tak berganjak tubuh mereka. Masih merenung tubuh Ayden yang tak berbaju tapi penuh berwayar terlantar tidak sedarkan diri.

  "Kau bayangkan orang yang kau paling sayang tengah sakit 50/50 dah. Kau boleh makan dengan gembira ke?" Aaden bertanya senada. Tak berminat nak buat lawak chapter ni.  Maaf semua. Ayden dah sedar balik nanti aku buat lawak. Sekarang aku takda mood nak buat lawak.

  "Memang la tapi macam mana Ayden nak kuat lawan koma dia tu kalau korang pun tak kuat nak terima keadaan dia?" Balas Zayyan senada jugak. Tak guna marah sekor ni. Dia bukan faham bahasa pun. Kalau marah lagi dia marah kita balik. Baik aku diam je. Marah buat sakit jiwa je. Dia akan melawan dan dia tak akan dengar langsung.

  "Makan je la dulu. Kang korang pulak sakit. Aku dah call An dengn Ar. Diorang dah on the way datang sini." Zayyan duduk sambil minum air dalam tin. Tak tahu air apa dia minum. Dia kan dah biasa duduk sini. Dia tahu mana halal untuk dia minum dan mana halal untuk dia minum. Sama juga makan. Itulah sebab nya mereka percayakan Zayyan dengan membiarkan dia ikut walaupun mereka tahu kalau bawa Zayyan lagi haru-biru hidup mereka.

  "Zayyan awak tolong jaga hubby jap. Saya nak pergi tandas jap." Syifa bangun jalan pun tak betul ke arah bilik air. Dah macam ambik arak budak ni. Dari semalam sejak sampai ke perancis dan Ayden dilanggar, Syifa tak tidur langsung lagi. Dia hanya termenung dan menangis. Entah apa di fikiran Syifa ni.

  "Kau jangan bunuh diri pulak. ayden tak mati lagi ni." Zayyan cakap dengan senada. Tolong la jangan gelak tak lawak ok. Aku cuba sedarkan dia ni.

  "Tak." Syifa masuk. Aaden bangun terus keluar dari bilik vip tersebut. Sekarang tinggal Zayyan dengan Ayden je. Zayyan senyum mengejek. Inilah masanya untuk aku kenakan dia ni. Selalu sangat kutuk aku kan.

  "Ha kau selalu ejek aku kan. Sekarang kau dah terlantar. Ha padan muka kau. ahahahahaha. Weh kalau kau mati en aku ambik Syifa tau."

Pak!

  Syifa dengan muka mencuka tampar belakang badan si Zayyan. Berjengket si Zayyan kena tampar belakang badan. Muka pucat Syifa terlakar di mata. Dia tersengih tidak bersalah. Aku ni baik. Mana salah. Yang salah tu Ayden. Suruh la dia bangun cepat. Aku penat dah ni.

C  |  HIS ANGEL Where stories live. Discover now