21 | what?

1.4K 78 78
                                    

  "How you like that! Boom bara boom boom boom." Ayden buka mata perlahan. Apa kejadah aku dengar ni? Muka Syifa dicari. Dia tengah lap kaki Ayden. Patutla rasa sejuk je. Bersyukur betul dia memiliki Syifa. Memang susah sangat dicari.
Kalau nak cari yang pandang harta memang sekejap aja mau jumpa. Untuk yang tidak memandang harta dan sanggup susah bersama itu susah.

  "Angel." Syifa dipanggil perlahan, dia masih tidak terdaya untuk bercakap dan bersembang. Banyak kudratnya hilang disebabkan dia tidak makan sepanjang dalam koma. Syifa pandang Ayden. Terus merah mata perempuan tu. Setelah sekian lama dia menunggu lelaki itu memanggil dia begitu. Akhirnya!

  "Hubby." Syifa senyum tapi dalam masa yang sama dia check kesihatan Ayden. Ayden dah stabil. Setelah 3 bulan Ayden koma sekarang dia dah sedar. Bersyukur sangat Syifa rasanya. Tiga bulan tempoh bukan sekejap. Tapi dia tidak kisah sanggup habiskan tiga bulan ataupun sepanjang hidup untuk lelaki yang bernama Ayden Collins, suaminya itu.

  "Anak monyet mana yang berzumba tu?" Ayden pandang Aaden yang tengah bertiktok. Apa kejadah la adik dia ni pun. Kita tengah sakit dia boleh berzumba dekat sini. Sabar je lah hati. Kalau tak memang nak kena si Aaden ni.

  "Adik hubby la." Syifa tersenyum pandang Aaden. Dari tadi lagi dia berjoget dekat situ. Walaupun dia berjoget dia tetap menunggu dan menemani Syifa sampai suaminya itu pulih dan bangun dari rantai yang mengikatnya kuat di katil tersebut.

  "Haish. Assalamualaikum." syifa senyum dapat salam dari Ayden. Alhamdulillah dah bangun suami yang ditunggu tiga bulan. Ayden dah pandai memberi salam. Mungkin kerana bersyukur diberi peluang untuk hidup kembali. Mungkin juga terbuka hati untuk menerima.

  "Eh Ayden kau dah sedar?" Aaden mendekat dan terus memeluk Ayden. Rindu betullah. Dia dan kembarnya itu mana pernah berpisah. Jadi bila Ayden koma nak dekat tiga bulan dia jadi resah dan gundah. Rasa macam dunianya berhenti berputar. Sebab itulah dia jadi tak sedar diri sewaktu Ayden masih koma. Dia buat kerja bagaikan dia robot. Supaya di dapat lupakan Ayden untuk seketika.

  Ayden pandang dengan muka anbelibebal. Aku dah la baru bangun dia lompat macam tu sakit pinggang aku. Nasiblah adik siapa ini. Kalau orang lain mau la ditendangnya si Aaden ni. Hampeh betullah.

  "Eh Aaden apa awak ni sakit la hubby saya tu." Aaden tetap Aaden. Dengan muka tak kisah. Dia sambung aktiviti murni yang tergendala tadi. Sabar aje lah dengan perangai si Aaden. Nasib ingatkan adik je ni.

  "Nasib adik." Syifa tergelak dan tersenyum manis. Bersyukur kerana suaminya telah dipulangkan kepadanya.

  AC

  "Apa?" Syifa yang tersenyum-senyum dipandang. Takkan dah mental kut bini aku sebab aku koma tiga bulan? Baru koma tiga bulan. Kalau koma tiga tahun mau kena lawat isteri dia dekat wad gila pulak.

  "Cuba hubby teka apa dalam perut saya?" Ayden blur. Perut? Ada usus la kan? Takkan ada Batu permata pulak? Lain lah kalau isteri dia ni gila nak telan batu permata. Agak lah.

  "Kau belajar doktor kan." Syifa angguk. Masih tersenyum. Memang lah dia belajar medical dan berakhir menjadi doktor. Apa soalan Ayden ni? Dah bangun dari koma takkan lah amnesia pula.

  "Dahtu apa ke bijak sangat tanya dalam perut ada apa ada usus la." Balas Ayden selamba. Syifa buat muka stress. Ya Allah seben aku ni. Kita kena banyak bersabar Kalau berhadap dengan suami ini macam. Rasa nak suruh pergi koma balik. Haih.

  "Ih hubby ni saya pregnant la." Ayden terus pandang muka Syifa nak pastikan betul ke? Mengandung? Biar betul isteri aku mengandung? Dia mengandung anak siapa pulak ni? Sejak bila dia ada hubungan dengan orang lain ni? Macam tak percaya saja. Tiba-tiba rasa nak koma balik.

C  |  HIS ANGEL Where stories live. Discover now