27 | study

1.3K 61 71
                                    

  "Angel." Syifa hanya tersenyum dapat rasa tangan sasa Ayden memeluk pinggangnya. Errr rawr gitu. HAHA. Takpa yang penting halal. Tak halal tu dilarang Cuba di rumah ye.

  "Ye hubby. Nak apa hari ni? Nak breakfast sebelum pergi pejabat?" Ayden tak jawab tapi dia peluk Syifa makin kuat. Syifa sabarkan hati. Aku nak memasak ni. Nanti hangus dia juga tak dapat makan. Jangan salahkan saya ye.

  "Dah macam belangkas aku tengok dua ekor ni." Marya entah macam mana boleh muncul dekat rumah Ayden. Biasalah dia tu. Ada saja di mana-mana. Asalkan rumah 4 beradik ni memang tak menentu kat mana dia nak muncul. Ikut sesedap rasa dia lah macam biasa.

  "Eh kak Marya. Buat apa kat sini kak?" Tanya Syifa. Tak perasan pun minah ni dah ada kat dapur.seperti yang kita tahu dia menyelinap diam-diam ke dalam rumah Ayden. Mana siapa nak perasan dengan dia. Rumah Ayden pulak punya besar. Jadi kalau dia jalan pun tiada siapa perasan.

  "Datang nak menasihatkan suami kau ni. Buat benda biar guna otak bukan guna kemarahan. Dia dah hancurkan empayar orang tau." Ayden menggumam sesuatu. Syifa hanya menepuk-nepuk tangan Ayden. Apa pulak budak ni buat? Hancurkan empayar siapa pulak ni? Ayden buat perangai lagi ke? Haih empayar tu dah la nak bina bukan senang. Dan Ayden dah hancurkan empayar milik orang tu.

  "Kau tak boleh nak nasihatkan aku macam tu je. Sebab kau bukan bapa dan bukan seorang suami. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk isteri aku dan bakal anak-anak aku." Balas Ayden selamba. Seperti yang kita semua tahu juga Aaden tak kisah.

  "Dasar hati keras. Jangan sampai anak kedua kau hilang jugak. Bye." Marya keluar terus dari rumah tersebut. Syifa blur. Apa yang Marya maksudkan? Anak kedua hilang lagi? Ada kena mengena dengan anak dia ke?

  "Hubby.. Apa yang kak marya maksudkan?" Ayden diam sekejap. Bodo la Marya ni. Langsung isteri aku dah tanya bukan-bukan. Aku Ayden. Aku tahu apa aku buat. Tindakan aku semua ada sebab. Kalau aku cakap A tu A la jawapan dia. Setiap apa aku buat dan aku cakap ada sebab dia yang tersendiri.

  "Biarkan je perempuan tu. Dia meroyan la tu tak dapat ikut suami dia outstation." Ayden balas selamba lagi dia duduk makan makanan yang Syifa dah masak. Malas melayan Marya. Dia bukan rasa pun apa yang aku rasa. Cakap banyak tapi satu habuk pun tak tau. Menyusahkan aku.

  "Angel. Kau nak sambung belajar tak?" Syifa pelik dengar ayat Ayden. Dia tengah tanya aku nak belajar ke tak ke? Gila mestilah nak. Syifa baru buka mulut nak menjawab dah ada orang tolong. Habis la dua bala tu dah bangun dah. Taj tenang dah dunia ni.

  "EH MESTI AKU NAK. DAPAT HILANGKAN DAKI DAKI KEBODOHAN KAT DIRI AKU NI." Kata Zayyan kuat sewaktu masuk ke ruang makan. Dia ni pun satu. Bila nak matang pun tak tahu. Penat layan dia ni. Tapi kena banyak bersabar. Kalau tak memang humban je masuk longkang.

  "Kau tak mandi sebab tu banyak daki. Bodoh dalam otak kau pulak memang tak boleh buat apa dah. Basuh dengan clorox pun tak hilang." Aaden muncul dari belakang tolak kepala si Zayyan. Mengamuk pulak member tu. Tolong lah Syifa nanti kalau nak hidang makanan diorang tu campur Clorox ke sianida ke penat aku layan dia ni.

  "Asal tak balik lagi?" Tanya Ayden selamba. Aaden buat muka meluat. Kang ada yang nyawa melayang dia hapuskan seluruh mafia lain pula. Kira baik la aku jaga juga isteri dia tu walaupun aku menumpang rumah dia ni. Nanti habis semua mafia lain dia bunuh sebab kacau isteri dia. Marah orang lain aku tak kisah tapi jangan salahkan orang lain pula.
 
  "Untuk kurangkan dosa kau bunuh orang." Balas Aaden balik. Zayyan dah gelak mengekek. Ye guys dia mana tau Ayden hancurkan empayar malaun sebab kacau isteri dia ni.

  "We kau betul ke nak bagi bini kau belajar? Kalau kau nak bagi kan aku cadangkan kau cari bodyguard untuk dia. Tak da la kau serabut menangis bila dia mati kena bunuh. Kan angel kan?" Ayden pandang Zayyan tajam. Berani dia panggil angel aku angel? Aku sorang je boleh panggil dia angel. Orang lain tak boleh! Exclusive aku je boleh panggil angel tu. Nak kena libas dengan pedang agaknya si Zayyan ni. Berani mati betul.

C  |  HIS ANGEL Where stories live. Discover now