Rutin kebiasannya..
Selepas habis saja kelas dan kuliah, para pelajar akan habiskan baki masa yang ada sehingga 3 petang di kelab persatuan masing-masing.
Semua itu sangat penting sebab markah kehadiran ke kelab di kira. Banyak penglibatan banyak kredit yang boleh diperoleh. Nah..dari pengumpulan markah dan juga kredit ni la boleh bantu student akademi buat rekomendasi ke mana-mana kolej atau univerisiti lepas tamat belajar nanti.
Akademi Dumstrang Easton adalah akademi berprestij yang terkenal dengan sukan kelab mereka.
Bukan saja banyak pilihan malahan ahli-ahli kelab mereka kebanyakannya terlatih dan profesional.
Kerana itu akademi ini sering terpilih dalam mana-mana perlawanan yang berlangsung dalam atau luar negeri sendiri ke pusingan akhir tanpa susah payah.
Antaranya ialah kelab Catur, kelab hockey ice, kelab tenis, kelab bola keranjang, kelab renang berirama, kelab fencing , kelab judo, kelab kendo dan beberapa kelab yang lain. Berikut merupakan antara kelab paling popular di akademi ini.
Namun, di balik kegemilangan kelab-kelab berikut, terdapat sisi gelapnya.
Tiada siapa tahu mengenainya. Kecuali pelajar-pelajar dalam akademi ini sendiri.
Iaitu kelab fencing dan kendo.
Dua kelab yang saling bermusuhan sejak awal lagi.
Disebabkan basic mereka sama iaitu berunsurkan pedang, mereka kerap bergaduh untuk benda yang simple. Pendapat la apa lah malah mereka turut bergaduh gara-gara berebutkan bilik latihan.
Fencing dengan kendo
Kendo dengan fencing
Masing-masing tak mahu mengalah.
"Kita orang sampai dulu.."
"Siapa sampai dulu bukan itu masalahnya. Masalahnya sekaramg tempat ni kita orang dah dapatkan izinkan dulu. Kau orang dah ke?"
"Izin?Hello bilik latihan open okay. Sesiapa boleh masuk dan keluar even tanpa kebenaran."
"Ya sudah kalau macam tu..apa isunya sekarang kalau kita orang masuk?"
"Isunya kita orang sampai dulu..so kau orang dengan ahli kau orang BER.HAM.BUS!"
"Kau apahal..bilik tu bukan main lagi luas! Boleh je kita serentak berlatih sama!"
Bertekak la ahli kelab fencing dan kendo dekat pintu masuk bilik latihan tersebut.
Sebenarnya banyak je bilik lain, tapi cuma bilik latihan tu je yang fully equipment. Siap ada air cond, karpet yoga safety, tingkap besar, lantai cantik, ruang luas, bilik air yang bersih lagikan mewah dan mesin air gedegang! Sebab itu la dua kelab ni selalu je bergaduh untuk hal yang sama.
"Justin..arahkan anak buah kau undurkan diri." tegas Noah, naib presiden kelab fencing pada presiden kelab kendo.
Justin yang sedang mengunyah epal sewaktu sandar di dinding itu buat muka tak kisah. "Kau orang gaduh la...bila dah settle bagi tau aku eh."ujarnya sewaktu mahu bergerak pergi dari situ.
"Jus-"baru je Noah nak panggil Justin mulutnya terkatup semula setelah pandang ke depan koridor tu.
Begitu juga dengan keadaan Justin. Dia baru saja dua langkah maju ke depan, terus undur ke belakang sebab terkejut masa pandang orang yang berdiri di depannya.
"Sera."sebut Justin dengan muka terkejutnya.
Sera yang sedia menukar pakaian kendo dan memegang pedang buluh di tangan pandang presiden kelabnya dengan muka bengang.
YOU ARE READING
15. Breaking The Rule Breaker
General FictionPeraturan? Duhh! There no such word inside her vocabulary! Untuk dia. Peraturan di cipta untuk di langgar Bukan untuk di patuhi Mana seronok kalau hidup ikut peraturan Darah masih muda guys...enjoys la dulu selagi masa masih ada Kan? Julai 2020