Puteri segera menoleh ke arah kereta yang diberitahu Rayden tadi . Anak matanya mula mencari kelibat yang dimaksudkan Rayden matanya mula terhenti lama melihat sang tubuh di dalam perut kereta tersebut setelah mendapati pemandu yang dimaksudkan Ray sebentar tadi . Matanya terbeliak melihat manusia itu .
" Omaigad ! Is it Batrisyia Camelia ? " balas Puteri sambil tangannya yang diletakkan di depan mulut yang ternganga itu .
" Yes , exactly ! " ringkas Ray membalas .
Sedang mereka terkejut dengan keadaan itu , tanpa disedari Batrisyia juga terpandang mereka sewaktu meliarkan matanya ke kanan dan ke kiri .
Batrisyia kelihatan sedikit terkejut namun dicubanya sedaya upaya untuk kelihatan seperti biasa . Tangan kirinya mula diangkat lalu tapak tangannya diletakkan tegak bagi menutup ruang mukanya .
Beberapa minit kemudian ..
Lampu isyarat menunjukkan tanda jalan iaitu lampu hijau . Rayden dan Puteri masih lagi dilema dengan apa yang mereka baru lihat tadi membuatkan mereka tidak menyedari akan lampu isyarat sudah bertukar warna . Bunyi hon kereta - kereta di belakang kereta mereka memecahkan suasana dilema tadi menjadikan mereka tersedar dari dilema tadi lalu kaki Rayden dengan segera menekan pedal minyak untuk meneruskan perjalanan .
Lama mereka berdiam .. Sunyi .. Sepi .. Ibarat di dalam dewan peperiksaan walaupun hakikatnya di dalam kereta . Setelah lama berdiam , Puteri mengambil keputusan untuk memulakan bicara terlebih dahulu bagi memecahkan suasana tegang itu .
" Erm kau kenapa ? Asal diam je dari tadi ? Macam ada benda yang tak kena je ? Kau ada problem ke ? Ke lepas kau ternampak ' dia ' tadi tu memang terus nak senyap ? " soalan ditanyakan bertubi - tubi kepada Rayden . Puteri keliru dengan keadaan itu . Mungkin ada sesuatu disebalik itu yang dia tidak ketahui .
" Mana ada , " ringkas jawabnya .
" Punya lah banyak soalan aku tanya kau tadi , itu je jawapan kau ? Dua patah perkatan je , huh ! " Puteri mula berasa dingin dengan sikap Rayden yang berubah secara tiba - tiba . Mulutnya mula mencebik lalu tangannya mula disilangkan di dada seperti orang tidak berpuas hati .
" Ye sayangku Puteri kiut miut ku sayang . Saya malas nak bercakap pasal dia . Lagipun saya tak nak bertekak dengan awak pasal dia tu . Saya dah malas . Penat . " kali ini jawapannya agak panjang memenuhi apa yang diinginkan Puteri tadi .
Puteri sudah biasa dengan Rayden yang suka berbahasa ' saya awak ' apabila dia ingin bermanja dan bersikap begitu bagi meredakan keadaan .
Puteri hanya tersengih dan memberikan ' mini love ' kepada buah hati tercintanya itu tanpa berkata lagi .
Perjalanan diteruskan . Kereta Rayden meluncur jauh ke hadapan dengan kelajuan yang biasa dibawanya antara 100 km/j hingga 110 km/j .
Bersambung . . . .
2 Nov 20
YOU ARE READING
Seteguh Ikatan Cinta Kita Bersama ... ♡♡♡ ...
RomancePerasaan cinta yang bersemi di hati masing - masing semakin lama semakin pudar disebabkan seorang manusia yang sentiasa mencuba untuk meruntuhkan ikatan cinta antara Raydennick Nicholarosez dan Puteri Raysyaroses .. Goyahkah akhirnya ikatan cinta P...