Rayden mengorak langkah ke arah daun pintu rumahnya . Sambil mengorak dia mula berfikir tentang hal tempoh hari yang berlaku . Adakah dia perlu berjumpa dengan Batrisyia atau perlu menerangkan semuanya terlebih dahulu kepada orang tua Puteri ? Fikirannya mula bercelaru sehinggakan dia tidak menyedari bahawa dirinya sudah sampai di hadapan muka pintu . Dengan fikirannya yang sedang berfikir sehingga lupa bahawa dia ingin masuk ke rumah membuatkan ....
" Debummmm ! " bunyi kepalanya yang terhantuk di daun pintu . Kesakitan tersebut menyedarkan dia dari terus berfikir . Dia baru menyedari bahawa dia ingin masuk ke rumah . Kepalanya agak sakit dan dahinya kemerah - merahan .
" Adoii ! Sakit jugak kena pintu ni . " perlakuannya seolah orang yang tidak tahu benda keras boleh mengundang kesakitan . Dia menggosok - gosokkan dahinya yang agak sakit .
Setelah agak lama dia di hadapan muka pintu itu , dia mula menekan button pintu setelah selesai membuka kasutnya . Masuk sahaja ke rumah dia mendapati suasana di dalam rumah sunyi sepi . Tiada kelibat sesiapapun di dalam rumah itu . Dia berasa agak pelik namun dia berfikir bahawa mungkin mama dan daddynya keluar bersama - sama . Tanpa melengahkan masa memikirkan tentang orang tuanya , dia segera mengatur langkah mendekati sofa yang berada berdekatannya . Dia melabuhkan punggungnya di situ . Terasa begitu enak dapat duduk di sofa yang begitu empuk sekali . Dalam tidak sedar , dia terlena di sofa tersebut setelah menyandarkan tubuhnya serta melentukkan kepalanya di kepala sofa
. . . .
Batrisyia yang mengaturkan segala rancangan kini sudah bersiap sedia untuk meneruskan rancangannya yang kedua setelah rancangan pertamanya untuk memusnahkan hubungan Rayden dan Puteri kerana orang tua Puteri menyangka anaknya tidak sesuai dengan lelaki seperti itu berjaya . Kini rancangan keduanya bagi memasang perangkap kepada Rayden sewaktu orang tuanya tiada di rumah hampir berjaya . Batrisyia yang mengatur rancangan supaya mama dan daddy Rayden keluar berjalan - jalan hari itu . Dia berfikir inilah masa yang paling sesuai untuk menggunakan segala kelebihan yang ada pada dirinya terhadap Rayden . Oleh itu , dia segera bergegas mencapai kunci keretanya lalu menghidupkan enjin Volkswagen miliknya . Dia perlu sampai ke destinasi yang hendak dituju sebelum mama dan daddy Rayden pulang . Dia berharap agar rancangannya ini juga berjaya kali ini .
Setibanya di rumah Rayden , kelihatan hanya beberapa buah kereta milik Rayden sahaja yang berada di garaj . Batrisyia mula berasa senang kerana inilah masa yang paling sesuai dan peluang yang dia perlu gunakan . Peluang ada depan mata jangan disia - siakan ! Girang hatinya saat itu .
Setelah sampai di hadapan daun pintu , dia segera melebarkan daun pintu secara perlahan - lahan . Dia menjengulkan sedikit kepalanya ke dalam dan menoleh ke arah kiri dan kanan untuk melihat dan memastikan tiada siapa di rumah itu selain Rayden . Nyata sangkaannya tepat sekali . Tiada sesiapa di rumah pada waktu itu . Dengan rasa begitu tidak sabar dan seronok , Batrisyia segera melangkah masuk ke dalam rumah itu . Terlihat tubuh Rayden yang sedang tidur , Battisyia berasa seolah rancangannya kini hampir berjaya . Rayden yang terlalu lena tidur disebabkan penat itu tidak sedar akan bunyi tapak kaki seseorang yang masuk ke dalam rumahnya .
" Ok , line clear ! " sorak hatinya sambil mendekati Rayden yang sedang lena tidur . Dia mula menunaikan hasrat niatnya seperti di dalam rancangan . Kunci keretanya diletakkan di atas meja berdekatan sofa tempat Rayden tidur lalu mendekati Rayden .
Batrisyia melabuhkan punggungnya berdekatan tubuh Rayden . Dia memainkan jari - jemarinya di bahagian muka Rayden bermula dari atas hujung muka hingga ke dagu Rayden . Mukanya sengaja didekatkan pada muka Rayden . Air mukanya begitu menggoda . Wajahnya yang cantik membuatkan sesiapa sahaja mudah tergoda tambahan pula jika dia melentukkan badannya seolah berjalan cat walk . Jari - jemarinya mula turun ke bahagian butang baju Rayden . Dia semakin geram terhadap Rayden . Sebaik sahaja jarinya menggapai butang baju Rayden untuk membukanya , Rayden tersedar lalu terus menolak Batrisyia .
Batrisyia terjatuh ke lantai yang beralaskan karpet bulu berwarna campuran merah , hitam dan putih . " Auch ! Sakitlah Ray ! You ni dah kenapa ha ?! " soal Batrisyia dengan penuh geram .
Tak guna betul ! Apa , dia ingat aku ni tak ada perasaan ke ?! Sakit tau tak kene tolak jatuh kat lantai ni ! Hish geram betul aku dengan dia ni ! Getus hati Batrisyia geram memikirkan apa yang telah terjadi seketika tadi .
" Kau ni dah gila ke hah ?! Agaknya kau ni dah tak siuman ! Sewel rasanya . Gamak kau buat sampai macam ni sekali . Eh aku ada maruah la ! Yang kau ni dah kenapa sampai sanggup buat benda tak senonoh dekat aku ?! Gila betullah kau ni ! " Bertubi - tubi Rayden tujukan kata - katanya yang penuh dengan sifat geram dan marah terhadap perlakuan kurang bermoral Batrisyia . Tangannya mula mengepal - ngepal penumbuk . Rayden tidak dapat menahan sabar lagi . Tika tangannya hendak menghinggap pipi Batrisyia tiba - tiba Puteri muncul di muka pintu .
Situasi menjadi bertambah rumit . Puteri yang menyedari perbuatan Rayden segera menghalang lalu meminta tangannya menjauhi dari dihinggap pipi Batrisyia .
Rayden marah dengan tindakan Puteri yang menghalang Rayden untuk mengajar si perempuan tak bermoral itu . " Kenapa ni ? Apa yang dah jadi ? What actually happened ? Tell me ! " soal Puteri kepada Rayden dengan mukanya yang merah . Hatinya mula menggelegak seperti larva di gunung berapi yang menunggu masa ingin meletus melihatkan butang baju Rayden sedikit terbuka .
Batrisyia mengambil langkah selamat dengan terus berlalu pergi begitu sahaja . Setelah diceritakan semuanya pada Puteri , hatinya bertambah menggegelak terhadap perbuatan tidak senonoh Batrisyia .
" Nasib perempuan tu tak ada depan aku . Kalau tak , agaknya dah makan penampar aku ni ! " Puteri sudah mula beraku . Menandakan tahap kesabarannya sudah mencapai limitnya . Puteri mengurut - urut dadanya menahan sabar dengan tingkah laku Batrisyia terhadap teman lelakinya itu .
Bersambung . . . .
28 Nov 20
YOU ARE READING
Seteguh Ikatan Cinta Kita Bersama ... ♡♡♡ ...
RomansaPerasaan cinta yang bersemi di hati masing - masing semakin lama semakin pudar disebabkan seorang manusia yang sentiasa mencuba untuk meruntuhkan ikatan cinta antara Raydennick Nicholarosez dan Puteri Raysyaroses .. Goyahkah akhirnya ikatan cinta P...