" Hahah .. tak de lah .. aku cuma .. " tidak sempat Puteri ingin menyambungkan ayatnya , tiba - tiba terdengar suara seorang lelaki yang datang dari belakang mereka .
" Cuma sedang fikirkan masalah your parents about me , kan ? " sambung Rayden bagi melengkapkan ayat yang tergantung dari Puteri tadi .
Kedua - dua mereka terperanjat besar akibat dari suara lelaki tadi .
Mereka berdua mula memusingkan sedikit badan untuk menghala ke arah lelaki tadi sambil mendongakkan kepala menghadap lelaki yang mempunyai ketinggian yang agak tinggi .
Rayden yang berbaju putih , berseluar jeans hitam , berkasut sneakers bercorak api yang kelihatan menarik , mempunyai rambut pacak sedikit , mata berwarna grey , giginya yang amat putih dan bulu matanya yang menawan itu sedang berdiri tetapi sedikit tunduk memandang kami berdua yang sedang duduk di sebuah kerusi di taman itu .
" Macam mana dia tahu .. ?? " bisik Puteri di dalam hati .
" Ehem ehem .. " Rayden mula bersuara apabila menyedari kedua - dua mereka terdiam setelah melihatnya .
Puteri yang mula tersedar dari lamunannya terhadap jejaka tampan itu mula berasa malu dan dicampuri perasaan serba salah kerana Rayden telah mengetahui isi tersirat yang terpendam di dalam hatinya .
" Aa .. aa .. ye .. betul la tu .. " balas Puteri gagap sambil mukanya yang kelihatan sedikit resah .
" Erm .. weyh aku bukan nak cakap apa tau . Masalah sekarang ni , hanya sebab sekor manusia tu habis si Rayden yang dipersalahkan " ujar Ara yang tidak berpuas hati dengan tindakan ibu bapa Puteri .
" Aku tak tau lagi nak bagitau ape dah kat diorang untuk kembalikan kepercayaan diorang yang dulu .. hurm " kata Puteri sambil memikirkan apa yang patut dilakukannya .
Rayden yang dari tadi hanya berdiam sahaja kini cuba untuk membuka gelanggang bicara namun dia lebih suka berbincang tentang hal peribadi di kawasan tertentu sahaja ..
" Erm okay guys . Aku rasa kalau nak bincang pasal hal ni .. kita perlu cari tempat yang sesuai kot .. takkan nak bincang dekat tempat yang bising macam ni , dh la tu crowded pulak tu . Mana boleh berfikir kalau kat tempat macam ni , " Rayden kini memberi cadangan yang lebih membantu mereka untuk menyenangkan lagi sesi perbincangan yang bakal dilakukan antara mereka .
" Jom .. lepak mana - mana cafe " sambung Ray lagi .
Puteri dan Ara hanya membuntuti Rayden tanpa membalas apa - apa lagi .
Sampai di kereta , tiba - tiba telefon Ara berdering . Ara menjawab panggilan tersebut namun wajahnya kelihatan agak pelik . Selepas itu , dia berkata " Weyh korang , sorry . Aku kena gerak la . Aku ada hal penting yang nak kena diuruskan segera ni " katanya dengan tergesa - gesa dan kami hanya membiarkan dia pergi begitu sahaja tanpa menyoal lagi . Kami hanya melihat dia berlalu hingga kelibatnya hilang di mata .
Seketika kemudian ..
" Ermm puterii .. " Rayden cuba mengembalikan suasana sepi di dalam kereta dari tadi kereta mula meluncur laju .
" Ye saya .. " Puteri membalas panggilan Rayden setelah dia mengambil masa yang agak lama untuk membalasnya .
" Ray rasa ... kita hanya boleh buktikan dekat mama daddy puteri yang Ray tak bersalah dengan bawa Bat jumpa mereka je . Tu je cara yang ada dan jalan penyelesaian yang agak mudah , " ujar Rayden memberi cadangan yang bernas bagi mengembalikan kepercayaan ibu bapa teman wanitanya .
Dalam erti kata lain , dengan cara tu sahaja boleh membuktikan yang Rayden tidak bersalah dan tidak ada kene mengena langsung dengan apa yang berlaku .
" Hurm , ye lah . Nanti kita fikir macam mana cara nak bawak dia jumpa mama daddy okay , " balas Puteri hanya mengikut sahaja cadangan Ray .
Ray hanya membalas senyuman dengan jawapan yang diberikan oleh Puteri .
Ketika di satu traffic light , sambil menunggu traffic light berubah menjadi lampu hijau , Rayden meliarkan matanya ke luar kereta melihat kesesakan jalan yang agak sesak . Sambil dia meliarkan matanya ke sana ke sini , tiba - tiba matanya terhenti di sebuah kereta yang berada di sebelahnya . Dia melihat pemandu yang berada di dalam itu dengan teliti dan mendapati bahawa pemandu yang memandu itu ialah seorang wanita yang dia kenali namun dia cuba memikirkan kembali siapakah wanita itu . Rupa - rupanya setelah memikirkan semua , dia segera memberitahu Puteri tentang wanita itu .
Rayden memanggil Puteri kembali sambil memandang ke arah wanita tersebut .
" Puteri , " panggil Rayden .
" Ye ?? " jawab Puteri ringkas sambil memandang ke arah Rayden yang berkelakuan agak pelik melihat ke luar dan seperti tidak senang duduk .
" Puteri , cuba tengok kereta sebelah ni . Kau kenal tak ?? Kau rasa .. betul tak aku fikir yang perempuan ni .. adalah .. " Rayden sengaja memberhentikan soalannya di situ supaya Puteri dapat menyambungnya dengan tepat .
Bersambung ..
2 Nov 20
YOU ARE READING
Seteguh Ikatan Cinta Kita Bersama ... ♡♡♡ ...
RomancePerasaan cinta yang bersemi di hati masing - masing semakin lama semakin pudar disebabkan seorang manusia yang sentiasa mencuba untuk meruntuhkan ikatan cinta antara Raydennick Nicholarosez dan Puteri Raysyaroses .. Goyahkah akhirnya ikatan cinta P...