ECC 1

83 11 0
                                    

👑Emperador Caden Cairo👑
"He is the one"

Maharaja Caden Cairo.

Sebut sahaja nama ini, para jejaka yang gagah pun sudah kecut perut. Mukanya yang sangat bengis dan ketat, dapat mematahkan sayap sang garuda yang sedang terbang tinggi di awan. Apatah lagi rakyat serta hamba di kerajaan Eleanor yang bagaikan tikus jalanan.

Dia sangat berkuasa. Dia berdiri jauh di puncak angkasa. Mengangkat kerajaan Eleanor menjadi kerajaan yang digeruni dan dihormati. Meninggalkan kerajaan lain terkontang kanting di bawah.

Seorang raja yang begitu tegas dan sangat kejam. Siapa sahaja yang mengkhianati kerajaan, dia akan pastikan orang tersebut mendapat hukuman yang sangat keras. Malahan dia sendiri yang akan membunuh pengkhianat tersebut.

Mati dengan cara lembut atau dengan cara kasar.

Itu pilihan yang diberi. Dia pasti akan mengambil peluang untuk menyeksa pesalah habis habisan jika mereka memilih hukuman mati dengan cara lembut.

Disebabkan itu, semua rakyat Eleanor sangat menggeruni dan mengakui kehebatan Maharaja Caden. Bukan sahaja kerajaan sendiri, malah kerajaan lain juga mengakui kehebatan Maharaja Caden yang mampu mengangkat kerajaan Eleanor sejak dia berumur 15 tahun.

Mentah? Tidak. Dia tidak sementah remaja lain. Dia tidak sama dengan remaja lain.

Hidupnya kosong. Tidak dapat merasa dengan cukup kasih sayang bonda dan ayahanda sendiri membuatkan diri dia memberontak. Kemalangan yang berlaku di hadapan matanya sendiri membuatkan dia mahu membunuh orang yang sudah meragut nyawa ibu bapanya.

Dan ya. Di kala usia yang dikatakan mentah, dia sudah berjaya membunuh seorang rakyat Eleanor. Dan rakyat itu lah orang yang telah membunuh bonda dan ayahandanya.

Disebabkan dendam untuk membunuh orang yang meragut nyawa bonda dan ayahanda belum tercapai, dia mengambil keputusan untuk mengupah detektif untuk menyiasat punca kematian bonda dan ayahanda.

Pengkhianat kerajaan.

Itu lah gelaran yang diberikan kepada orang yang sudah meragut nyawa bonda dan ayahandanya. Berpura pura menjadi rakyat kerajaan hampir selama sepuluh tahun dengan hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Eleanor.

Disebabkan ini lah pengkhianat dilarang sama sekali berada di dalam kerajaan Eleanor. Maharaja Caden Cairo tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu kerajaan yang telah diusahakan oleh titik peluhnya sendiri dihancurkan begitu sahaja.

Kenapa dia tidak berganding tenaga dengan pemimpin kerajaan lain?

Heh. Tidak akan pernah sama sekali. Di mana pemimpin lain di saat dia memerlukan tunjuk ajar? Di mana pemimpin lain di saat dia memerlukan pertolongan?

Jawapannya tiada. Tiada seorang pun yang sanggup menghulurkan pertolongan. Tiada seorang pun yang mahu mengajar dia bagaimana hendak menguruskan sebuah kerajaan.

Dia buat semuanya sendiri. Tiada pertolongan diminta. Kecuali kepada Edward, iaitu penolong peribadinya merangkap sepupu yang paling rapat dengannya.

Maka terhasil lah kerajaan Eleanor yang baharu. Yang kini disanjung tinggi oleh kerajaan lain.

Kalau dahulu kerajaan ini dihina dan dicaci. Sekarang kerajaan ini lah kerajaan yang paling dihormati di tanah Ainsley ini.

Kerana apa?

Kerana dia ialah..

Si raja yang ditakuti.

Si raja yang digeruni.

Si raja yang dikagumi.

Kerana dia.

Maharaja Caden Cairo.

He is the one.

The only one.

_______________________________

-Suka saya ingatkan semua. Nama watak, setiap bab dan jalan cerita merupakan imaginasi saya sendiri. Dan seperti di tajuk , cerita ini masih on going walaupun dah 2 tahun saya mampus dari update anak saya yang kedua ni- 😓

-Plot boleh jadi tunggang langgang pada mata anda. Saya hanya menulis cerita ini untuk diri sendiri. Kalau anda tidak suka dengan gaya penulisan cerita ini atau cerita ini tidak menepati citarasa anda , anda dipersilakan pergi saya tak akan marah-

-Jangan tinggalkan sebarang hate comment-

-Kerjasama Maharani dan Maharaja sekalian sangat patik hargai-

Garis Masa
Mula: 7 Julai 2020
Tamat:

Dengan ini saya membuka tirai anak kedua saya

♡ Athalia Cairo ♡































Mrs Caden Where stories live. Discover now