ECC 3

31 6 3
                                    

👑Emperador Caden Cairo👑
He is the one

Tika ini, berlari sahaja yang aku mampu. Berlari tanpa menoleh ke belakang. Selagi diri ini masih mampu bernafas, aku akan lari sekuat hati. Lari dari semua masalah ini.

Lari untuk hidup.

Aku. Athalia Egda. Menjadi seorang pelarian  sejak aku berumur 14 tahun.

Kalau tidak disebabkan aku dijual pada Raja Benjamin, aku tidak akan menjadi seorang pelarian. Lari dari si raja Kerajaan Cenora.

Raja yang gila seks.

Raja yang kejam.

Raja yang angkuh.

Disebabkan hidup aku dan kakak miskin, kakak aku sanggup menjual adiknya sendiri untuk hidup mewah.

Allisya Luna. Kakak yang tak guna. Dia tipu aku. Dia kata dia nak bawak aku cari kerja. Kerja di istana. Tapi sebaliknya dia serahkan aku kepada Raja Benjamin untuk menjadi hamba seks baginda.

Aku tak sanggup. Aku tak sanggup jadi hamba seks. Aku tak sanggup biarkan kesucian aku dirampas oleh orang sebegitu.

Dan selama hampir 5 tahun aku masih lagi begini. Berlari. Lari dari realiti hidup yang menyeksakan.

Aku bersembunyi dari orang suruhan Raja Benjamin. Bersembunyi dari semua orang.

Aku tak percaya pada sesiapa. Sedangkan kakak kandung aku yang aku percaya pun sanggup menjual aku, tidak mustahil bagi orang lain buat perkara yang sama. Dunia ni..banyak penjahat.

Aku tidak tahu mengapa semua orang seakan terkejar kan aku. Setiap kali aku berhenti berlari dan singgah di sebuah kampung untuk berehat. Setiap kali itu juga pasti ada jejaka yang menghampiri diri ini.

Mungkin  hanya aku seorang sahaja manusia di tanah Ainsley ini yang mempunyai warna mata ungu.

Mungkin juga aku mewarisi warna mata ibuku.

Dan mungkin juga mereka semua mendekati diri ini kerana mahu menjual aku lagi. Atau lebih tepat.

Menjual mata aku yang unik ini.

Aku kadang kadang terfikir. Mengapa aku harus lahir dalam dunia yang kejam ini. Tinggal di dunia bersama kakak yang kejam. Tinggal di dunia bersama orang yang tamak haloba dan kuat hasrat dengkinya.

Sesungguhnya aku tak kuat. Aku tak kuat nak tempuh semua ini sendiri. Setelah 5 tahun aku menjadi pelarian, kini aku berumur 19 tahun.

Apa saja budak 19 tahun boleh buat. Cuba cakap pada aku. Aku tak seperti remaja yang lain. Mereka ada keluarga yang bahagia. Ada ayah yang akan menjaga dan melindungi mereka. Ada ibu yang akan bagi kasih sayang yang cukup kepada mereka.

Aku? Hanyalah seorang anak yatim piatu. Ayah mati disebabkan ketagih dadah. Ibu pula mati disebabkan serangan jantung mengejut.

Kawan? Siapa sahaja yang  mahu berkawan dengan anak penghisap dadah? Ada ke? Cuba bagitahu.

Dan tolong lah sesiapa . Walaupun seseorang. Sesiapa sahaja. Apa yang aku harus lakukan untuk berhenti berlari dari dibaham kegelapan dunia ini. Dari ketamakan manusia.

Dan tika ini, aku masih berlari. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Jika aku berhenti, pasti aku akan ditangkap oleh orang suruhan Raja Benjamin. Kembali menjadi hamba seksnya. 0

Tapi sungguh. Aku sungguh dah tak larat. Aku berhenti berlari dan berjalan seperti biasa bagi menghilangkan lelah. Tiba tiba aku ternampak sebuah kereta yang sedang memecut laju di jalan raya.

Mrs Caden Where stories live. Discover now