ECC 2

50 3 0
                                    

👑Emperador Caden Cairo👑
He is the one

Maharaja Caden Cairo memandang tajam ke arah dua orang pengawal yang berada di hadapannya. Sangat tajam seperti helang yang ingin memakan mangsanya.

"How can she escape from the both of you?" soal Maharaja Caden Cairo serius. Suaranya tertahan tahan dengan mata yang sudah tertutup. Edward di sebelahnya hanya memandang.

Maharaja Caden Cairo menggenggam penumbuk. Kalau diikutkan barannya, dia memang nak bunuh sahaja dua orang pengawal ni.

Kedua dua pengawal tersebut meneguk liur. Habislah mereka kena pancung dengan maharaja sekejap lagi.

"Mi senor, ka.. Kami minta maaf. Ka.. Kami tak perasan" jawab salah seorang pengawal dengan tergagap. Kepala ditundukkan. Tak berani nak melihat wajah maharaja kerajaan Eleanor yang sungguh menggerunkan.

"I'll give you 30 minutes. Go and find her before I kill you guys" sempat Maharaja Caden Cairo menjeling ke arah dua orang pengawal tersebut. Pedang yang setia di sisinya diangkat sedikit. Menunjukkan yang dia tidak main main dengan apa yang dikatanya.

Terus dua orang pengawal tersebut berjalan laju meninggalkan Maharaja Caden Cairo.

Maharaja Caden Cairo mengeluh. Nak jaga seorang budak pun susah kah?

Malas nak menyerabutkan otak memikirkan tentang masalah, Maharaja Caden Cairo berjalan menuju ke taman bunga istana. Edward hanya mengikutinya dari belakang.

Pintu gerbang dimasuki.

Dia berjalan perlahan sambil membelek setiap bunga. Memastikan tiada bunga yang rosak ataupun sudah layu.

Sedang dia menikmati pemandangan, perjalanannya tiba tiba terhenti. Mata tertancap ke arah sebatang pokok bunga yang sudah layu.

Sungguh kasihan dia melihat bunga tersebut. Walaupun dirinya dikenali sebagai Maharaja yang kejam, tapi di dalam hati tiada siapa yang tahu.

Dia keseorangan.

Dia kesunyian.

Disebabkan itu dia membunuh. Bagi menghilangkan rasa kebosanan yang melanda jiwa. Dia suka mendengar jeritan penyesalan dan seksaan dari mangsa.

Gila bukan? Tapi ini kenyataan.

Dia tidak punya kawan. Dia pendam semuanya sendiri. Dia tidak pernah luahkan apa yang dia rasa pada sesiapa termasuklah Edward, iaitu sepupu yang paling dia rapat.

Pokok bunga itu dipandang sayu. Tangannya yang dari tadi berada di dalam poket seluar diraja dikeluarkan dan diletakkan ke atas pokok bunga tersebut.

Dia mengusap bunga itu lembut. Melihat kelopak bunga yang mula reput itu membuat kan Maharaja Caden Cairo sedih. Haih dekat bunga pun boleh kesian.

"Panggil seorang tukang kebun datang sini. Suruh dia tukar bunga ni," arahnya dengan suara mendatar.

"Baik, tuanku" Edward menurut. Di sebalik wajah maharaja yang datar itu , Edward dapat melihat kesakitan dan kesunyian yang dialaminya. Dia tersenyum nipis dalam diam. Caden.. muka beku tapi ada hati juga.

Maharaja Caden Cairo lebih suka orang melihat sisi kejamnya.

Kerana apa? Kerana orang akan lebih menggeruni dirinya. Dengan dirinya yang kejam, kerajaan lain akan menyanjungi kerajaan Eleanor. Kerajaan lain tidak akan mencari masalah dengan kerajaan Eleanor.

Mrs Caden Where stories live. Discover now