(Sila stream INCEPTION GAES!)
"APPA!"
Encik Choi tersenyum sebelum menutup matanya buat selamanya
San memeluk mayat Encik Choi lalu menangis sekuatnya
"ARGH!"
San terbangun dari mimpi ngerinya. San dibanjiri dengan keringatnya sendiri
"Shibal. Kenapa aku asyik mimpi pasal mendiang appa" San mengeluh lalu terus pergi ke bilik mandi untuk bersiap pergi ke kerja
....
San menghidupkan enjin motosikalnya lalu bergerak ke lokasi yang sepatutnya
"Penghantaran foodie panda!" San mengeluarkan makanan yang ditempah oleh pelanggan
San memberi makanan kepada orang itu lalu meminta diri
"Annyeong! Have a good day!" San tersenyum sebelum memecut motornya ke lokasi seterusnya
Itulah rutin harian seorang lelaki bernama Choi San, 21 tahun yang bekerja sebagai rider Foodie Panda
"Park's Holdings? Wah orang kaya pun order foodie panda eh"
San memecut motornya ke lokasi seterusnya iaitu Park's Holdings
San memarkir motornya di tempat yang telah disediakan lalu mengeluarkan makanan iaitu sekotak pizza dan kopi panas
"Annyeong ahjussi! Pejabat Park Ji Min tingkat berapa ya?" Tanya San kepada pakguard itu
"Kamu naik tingkat 10, belok kiri nanti kamu jumpa seorang wanita, minta dia bawa kamu berjumpa Tuan Park"
San mengangguk dan menunduk hormat sebelum berlalu pergi
Semasa San hendak keluar dari lif, dia terlanggar seseorang menyebabkan kotak pizza itu jatuh dan kopi itu terkena di baju lelaki itu
"Yahh mata kau mana hah?! Buta?!" Tengking orang itu
"Kau tu yang buta!" Tengking San pula lalu memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan tidak puas hati
Lelaki yang agak tinggi dari San itu pun memandang San dengan perasaan marah
Habis baju lelaki itu. Nasiblah bajunya berwarna hitam
"Patutlah, pendek rupanya" lelaki itu tersenyum sinis lalu menjeling San sebelum berlalu pergi
"Yahh! Elok sikit mulut kau tu eh! Dahlah muka macam Angry Bird!" San mengangkat semula kotak pizza itu
Akibat kata-kata San, lelaki itu menghentikan langkahnya lalu mendekati San
Lelaki itu mencengkam kolar hoodie San. Mata lelaki itu seperti api yang sedang membara
"Kau cakap apa tadi?" San menelan air liurnya. Meremang bulu roma San dibuatnya
"Seong Min buat apa ni?" San dan lelaki itu memandang seorang lelaki berambut blonde
Segak bergaya lelaki berambut blonde itu walaupun dia agak pendek dari San dan lelaki itu
Lelaki yang dikenali sebagai Seong Min itu melepaskan cengkamannya lalu menunduk hormat
"Mianhae hyung. Budak ni kotorkan baju Min dengan kopi dia tu" kata Seong Min lalu menjeling San
"Oh awaklah rider foodie panda tu kan? Lama saya tunggu awak. Perut saya dah berbunyi ni ha"
Kata lelaki berambut blonde itu sambil menepuk-nepuk perutnya. San ketawa kecil
"Mian encik. Saya dah nak sampai tadi tiba-tiba Angry Bird ni buat kecoh"
YOU ARE READING
LIFE for LOVE S1 & S2《sanhwa》
RandomPark Seong Hwa and Choi San ***** SanHwa ***** BOOK 1 Choi San, 21 tahun yang bekerja sebagai rider foodie panda bertemu dengan anak CEO Park's Holdings tanpa sengaja BOOK 2 Kejadian yang tidak diingini terjadi. Mampukah mereka mempertahankan...