10

5.2K 425 79
                                    


"Kau si A.D tu kan? Anggun Dellisya?" Tajam matanya merenung gadis di hadapannya. Kecik besar kecik besar je aku tengok minah ni.

Nasib baik aku ni bijak tau. Semalam si irham kata nama awek baju kurung itu sebenarnya nur Anggun Dellisya. Bila fikir balik bila ambil huruf depan nama gadis itu terhasilah A.D bukan?

Dan hadif terfikir juga bila agaknya anggun melakukan kegiatan yang bagi hadif kegiatan haram itu? Mestilah sebelum waktu dia datang ke universiti! Jadi hadif pun buatlah plan baik punya semata mata nak siasat betulkah apa otak pintar nya rumuskan. Ha amik kau pukul 7 dah tercangak macam tiang di universiti menunggu waktu yang ditunggu.

Rupa rupanya betul sangkaannya! Anggun Dellisya la punca angkara semua ini. Faktor utama surat mengarut tu budak ni rupanya! Patutla aku rasa something je pasal dia ni! Kau jaga kau. Siap kau aku tazkirahkan.

Anggun menelan air liur. Yakin anggun. Kau kena yakin nak pikat dia. Ingat steady anggun! Jangan tunjuk kau gelabah. Jangan tunjuk kau takut dengan mata helang dia!

"Aku tanya tu jawablah!" Jerkahan hadif berjaya mengejutkan anggun. Pantas kepala anggun angguk laju.

"Ya! Saya lah A.D tu. Kenapa?" Tanyanya dengan wajah yang sedaya upaya diselambakan. Tak takut pun dengan mata helang tu. Tak takut pun dengan jeritan singa dia. Tak goyang gentar pun lah!

Heh padahal dah menggeletar dalam hati tu.

Berkerut wajah hadif mendengar soalan selamba badak sumbu sumatera si anggun. Apahal minah ni rileks je? Tak nampak ke aku tengah hangin dengan dia ni?

Tangannya menghentak loker di sisi anggun kepala. Mengunci pergerakan anggun supaya terus memandang mata helangnya. Kepalanya ditundukkan membuatkan jarak wajahnya dengan anggun sangat rapat. Sengaja hadif buat begitu supaya anggun jelas dengan setiap kata katanya. Aku nak marah ni! Baik kau get ready telinga kau punya mental fizikal!

"Kenapa?!Kau boleh tanya kenapa? Sekarang biar aku tanya. Eh kau kenapa eh? Mental? Otak hilang?Yang kau bagi surat dengan lolipop ni hari hari pada aku kenapa?tak ada kerja lain ke?" Geram sahaja nada hadif berkata. Mendatar sahaja. Tengah tahan nak memgamuk! Dia melihat wajah anggun bagai terpaku. Heh takutla tu! Pandai buat pandaila tanggung!

Tetapi secara tiba tak dijangka dek akal hadif,riak wajah anggun berubah. Anggun tersenyum manis memandang wajah hadif. Seronok pula dengan keadaan mereka. Wow! Boleh nampak ultra hd muka crush dengan kedudukan begini. Wah rupanya dia ada tahi lalat kecil sekecil kuman di tepi bibir dia. Ya allah comel betul!Kalau dah halal, lama dah aku cium!
"Sedapnya suara awak. Merdu gila! Kalah suara khai bahar tau. By the way, berbalik pada soalan awak tadi, memang saya tiada kerja lain sepenting ni. Inilah kerja utama saya." Sempat anggun memuji hadif dengan membalas tepat renungan hadif.

"Ha?!" Bingung hadif mendengar ujaran anggun. Apa minah ni kata? Sukahati dia je nak puji aku?

Anggun tertawa kecil melihat wajah bengang tambah separuh bingung hadif. Tak dihiraukan suara hadif tadi yang hampir memecahkan gegendang telinganya. Kalau lagi sekali dia buat, rasanya aku auto pekak nanti.

"Kerja saya ialah pikat awak sampai awak jatuh cinta pada saya! Lepastu kita bercinta. Lepastu kita kahwin. Lepastu awak jadi suami yang amatlah sweet dan saya isteri solehah. Lepastu kita dapat anak. Satu perempuan satu lelaki. Dua dua comel. Mata hazel ikut mata awak. Sebab mata saya ni warna hitam jer. Lepastu kita together till jannah.Okeh Cun tak ?" Sekali lagi anggun mengukir senyuman manis. Tunjuk muka paling baik dan mulia!

Hadif terkelu sesaat sebelum mendengus geram tahap phd. Kenapa minah ni berani sangat? Eish! Siap dah plan dari A to Z fairytale dia ni!
"Eh geli aku dengar angan angan kau lah!Kau ni tengah buat challenge dengan member kau ke apa? Tak ada life ke sampai buat challenge libatkan aku? Pergila libatkan pakcik cleaner tu! Baru sesuai dengan kau. Aku tak kira. Aku nak kau hentikan mulai sekarang kegiatan haram kau ni!" Hamek!

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now